Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TU LA KOME CEPAT SANGAT NAIK MINYAK

Friday, August 15, 2014

Umno Berputih Mata Dengan Pendirian Terbaru Akar Umbi PAS




Walaupun berpendirian PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR), pemimpin akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka akan “wala” (patuh) dengan keputusan kepimpinan dalam kebuntuan isu menteri besar Selangor yang boleh memecahkan gabungan itu.

Kepimpinan PAS masih berdolak-dalik malam tadi sama ada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus memberi laluan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tetapi mengatakan ia bukan disebabkan masalah gender.


“Kita tidak mahu bersama Umno. Kita mahu PAS kekal setia bersama PR. Kita sudah bersama begitu lama, kita selesa bekerja dengan PKR dan DAP,” kata Yang Dipertua PAS Subang Mesni Mohd Dahlan kepada The Malaysian Insider.

Tetapa kita mesti ‘wala’ kepada kepimpinan tertinggi. Kita akan menunggu keputusan mereka. Kita akan ikut apa sahaja mereka putuskan – walaupun untuk menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar,” katanya.

Walaupun jika sokongan tidak berbelah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kepada Khalid akan menyebabkan perpecahan gabungan itu, pemimpin akar umbi parti Islam itu mengatakan mereka yakin dengan kebijaksanaan pimpinan parti.

Selepas seminggu ditangguhkan, Jawatankuasa PAS Pusat akan bertemu Ahad ini untuk membincangkan cadangan PKR untuk menggantikan menteri besar Selangor dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah.

Akan tetapi Hadi bulan lepas sudah mengisytiharkan sokongan kepada Khalid dan pertemuan beliau dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal mencapai konsensus.

Pendirian Hadi menyebabkan pergeseran di antara parti komponen PR dengan DAP mendesak parti Islam itu menyatakan pendirian sebelum mesyuarat 17 Ogos.Beberapa pemimpin PAS dalam mempertahankan Khalid sejak beberapa minggu lalu menyerang DAP, mengeruhkan hubungan tiga parti itu.

Di sebalik semua perkembangan ini Ismail Hassan daripada PAS yang juga Ahli Majlis Selayang yakin kepimpinan parti tidak akan memutuskan hubungan dengan PKR dan DAP.

“Saya rasa mustahil PAS meninggalkan PR atau akan berlaku perpecahan dalam isu ini. Masa akan menentukan.“Apa pun berlaku, saya patuh kepada apa yang pemimpin saya putuskan, terutamanya apabila Majlis Syura sudah membuat keputusan mereka,” katanya.

Minggu lalu Majlis Syura Ulama PAS yang diketuai Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sokongan mereka kepada Khalid agar kekal sebagai menteri besar.Keputusan itu mungkin mempengaruhi mesyuarat pada Ahad kerana Majlis Syura merupakan badan kedua tertinggi dalam PAS.

Yang Dipertua PAS Bandar Baru Kundang Basri Zakariah percaya pemimpin mereka mempunyai kebijaksanaan berbanding ahli biasa dalam membuat keputusan ketika krisis.“Pandangan peribadi kami mungkin tidak tepat dan hanya berdasarkan andaian.

“Pemimpin kami mempunyai maklumat tepat, mereka berbincang dengan pakar dan pelbagai sumber lain sebelum membuat keputusan.“Jadi kami bergantung kepada pimpinan untuk membuat pilihan, mereka lebih bijak dalam menilai keputusan. Kita hanya perlu tunggu dan lihat,” katanya.

Bagaimanapun, Yang Dipertua PAS Selayang Country Homes Mohamad Abdul Rahman tidak bersetuju dengan tindakan Hadi mengisytiharkan sokongan terbuka kepada Khalid sebelum perkara itu dibincangkan Jawatankuasa Pusat.Beliau berkata, beberapa pemimpin kanan parti tidak gembira dengan apa yang berlaku dan kekal setia kepada PAS kerana menghormati Nik Aziz.

“PAS seharusnya mencadangkan untuk memanggil mesyuarat PR sebelum memberikan kenyataan menyokong Khalid yang sudah pun ditolak partinya sendiri.“Walaupun beliau (Hadi) presiden, beliau sepatutnya menghormati nilai perbezaan pendapat untuk perbincangan,” kata Mohamad.

“Saya fikir PAS sendiri boleh berpecah dalam isu ini kerana terlalu banyak perbezaan pendapat di pelbagai peringkat,” katanya.Mohamad menambah PAS “harus” kekal dengan PR untuk terus hidup.“Bagaimanapun saya lihat reputasi PAS tercalar sedikit dalam isu Khalid. 

Masalahnya presiden bersuara ketika kita masih lagi membincangkan isu itu.“Ini tidak bermakna saya engkar atau tidak patuh kepada pemimpin  tetapi saya menyampaikan suara akar umbi,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin semalam menyatakan sokongan terbuka mereka terhadap Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar Selangor yang baharu. 

Mereka Adun PAS Selangor pertama menyokong presiden PKR yang juga merupakan isteri kepada Anwar.Saari yang juga Adun dua penggal mengatakan beliau bersedia dipecat parti dan prospek menjadi Adun Bebas tidak akan mengubah keputusannya.

Beliau berkata pendiriannya bukan untuk menentang PAS tetapi untuk memastikan Selangor terus berada di bawah PR.Semalam 30 Adun Selangor turut mengisytiharkan mereka hilang kepercayaan terhadap Khalid sebagai menteri besar di Subang Jaya, Selangor semalam.

Khalid yang merupakan Adun Pelabuhan Klang dan ahli Parlimen Bandar Tun Razak mengatakan pada Isnin beliau mempunyai sokongan majoriti daripada 56 anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Sultan Selangor mahu beliau kekal sebagai menteri besar. ~mk
Addin

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.