Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANAI-ANAI DALAM PAS RAMAI WOIIII !

'Letak jawatan atau berhenti bertindak seperti ‘anai-anai’'


 
Pergolakan dalam PAS berkaitan krisis jawatan menteri besar Selangor berterusan apabila seorang ketua Pemuda PAS hari ini membidas Naib Presiden, Datuk Husam Musa yang didakwanya tidak sehaluan dengan pendirian Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketua Pemuda PAS Sekijang, Shazni Munir Ithnin (kanan) mendakwa bahawa umummengetahui bahawa Husam dan rakan-rakannya dalam Jawatankuasa Pusat PAS tidak bersetuju dengan keputusan Hadi untuk meletakkan lebih daripada satu nama sebagai calon menteri besar Selangor

Oleh itu, beliau menggesa Husam agar tidak berkias-kias dalam membangkang keputusan presiden PAS itu.

"Husam perlu menyatakan protes terhadap keputusan tersebut secara terbuka," kata Shazni yang juga eksekutif komunikas menteri besar Selangor dalam satu kenyataan hari ini.

"Ahli-ahli sudah sedia maklum pendirian presiden, dan tidak kurang yang menyokong," katanya sambil mendakwa hanya Husam dan rakan-rakannya masih berlapik-lapik kononnya ingin menjaga survival politik.

Menurut Shazni, budaya demikian tidak sihat kerana ia ibarat "anai-anai yang makan senyap-senyap".

Katanya, jika Husam merasakan presiden sudah tidak layak memimpin parti, maka beliau seharusnya mengusulkan undi tidak percaya terhadap presiden parti.

Tetapi jika Husam merasakan sokongannya tidak cukup, tegas Shazni LAGI, maka Husam dan rakan-rakannya perlu meletakkan jawatan sebagai isyarat menegakkan pendirian mereka yang dirasakan betul.

Menurutnya, jika Husam masih tetap tidak bersetuju, beliau hanya ada dua pilihan - melakukan usul undi tidak percaya atau meletak jawatan.

"Jika kedua-dua ini pun Husam dan rakan-rakan tidak lakukan, sebaliknya terus bersikap seperti anai-anai yang ‘makan senyap-senyap’, lebih baik beliau bersetuju sahaja dengan presiden parti," tegasnya lagi. 


Malaysiakini

8 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau Husam di ibaratkan anai2 kau pula di ibaratkan kuman kanser.lebih cepat Pas kena barah nanti

Anonymous said...

Kalau Husam di ibaratkan anai2 kau pula di ibaratkan kuman kanser.lebih cepat Pas kena barah nanti

Anonymous said...

Dalam amalan demokrai, sesiapa pun boleh bersetuju atau sebaliknya dalam sesuatu isu yang tertentu. Tak logiklah sekiranya seseorang itu bila tidak sependapat dengan ketua dia kena letak jawatan atau dipecat. PAS bukanlah parti Hadi Awang atau sesiapa saja. Kenapa teruk sangat otak kami ini ?

Anonymous said...

Kalau guna logik tu kenapa PKR pecat TSKI? TSKI tak setuju dengan Anwar, kenapa pecat TSKI?

Anonymous said...

Xpa la klau kena kanser barah pun..yg dia lagi la kena RESDUNG hari2 bersin..pagi2 nk tidor payah.

Anonymous said...

Aku pn heran juga kenapa pkr nk pecat tski klau setakat jual tanah kpd adik vincent tan dn bg projek kt ex peguam daim tnsri manaf..pastu main politik adu domba dgn pas..

Anonymous said...

Aku takut puak2 ni ada berkiblat kat iran kot....ada masalah ni
..pas kena cuci bersih puak ni

Anonymous said...

Wahai org2 pas...den nak tanyo korang ni sokong pas ka sokong pkr.
....kalau sokong pas ...yg pi sibuk sokong anwar tu apasal...kalau dh suka anwar kluar dr pas masuk pkr. Org pkr @ dap@ umno x pyh dok sibuk hal pas...kami menyokong pendapat TGHH 100%.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.