Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERBAIK SANGKA ATAS PILIHAN SULTAN

Wednesday, September 10, 2014

Bila Satu Calon Sudah Dapat Sokongan Majoriti - Calon2 Yang Lain TERBATAL !

Photo: Rabu, 10 Sep 2014.

Pemuda PAS nasihat PKR, DAP akur pilihan sultan??
 
PKR dan DAP perlu akur menerima sesiapa sahaja yang dilantik istana sebagai menteri besar Selangor baru selagi ia seorang wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Seruan itu dibuat Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang melihat krisis menteri besar ini sudah terlalu lama berlarutan.

"Rakyat akan bertambah bosan dan muak jika masih ada usaha mengheret krisis ini tanpa penghujung.

"Saya nasihatkan PKR dan DAP untuk akur sahaja dahulu dengan sesiapa yang Sultan lantik sebagai MB selagi ia dari Pakatan Rakyat.

"Pulihkan kembali muafakat kita. Kembali ke meja rundingan. Susun kembali strategi untuk menguasai suasana politik yang berkecamuk ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily hari ini.

Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin sudah menjangka krisis ini akan berlaku sejak awal lagi.

Justeru, MP Marang itu memilih untuk tidak bertembung dengan istana dan langkah yang sama sewajarnya diteladani PKR dan DAP, kata Suhaizan.

'Elak pertembungan'

"Kini krisis masuk fasa yang baru. Sultan murka kepada PKR dan DAP. Mungkin ini yang berada di pemikiran Presiden dari awal.

"Mengelakkan pertembungan dengan istana sementelah PAS adalah sebuah parti yang amat dekat dengan orang Melayu," katanya.

Suhaizan menegaskan kestabilan perlu dikembalikan di Selangor agar "Umno tidak dapat mengambil peluang."

"Dengan itu saya mengharapkan adanya cahaya di hujung terowong gelap ini," katanya.

Sementara itu, Wanita Pakatan Rakyat turut menggesa agar pemimpin ketiga-tiga parti mencapai kata sepakat menyelesaikan isu itu.

"Majlis Pimpinan Wanita Pakatan Rakyat mengambil pendirian bersama mendesak agar pemimpin utama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat segera duduk semeja.

"Ia bagi membincangkan penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat oleh Pakatan Rakyat atas kemelut berlanjutan berkaitan isu menteri besar Selangor," kenyataan bersama mereka dipetik.

Wanita Pakatan gesa duduk bincang

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan Wanita Pakatan hari ini mendesak ketiga-tiga parti dalam gabungan itu duduk semeja membincangkan "penyelesaian terbaik, harmoni dan terhormat" bagi krisis itu.

"Prinsip-prinsip bersama Pakatan Rakyat yang dipersetujui selama ini perlu dihormati dan dipatuhi bagi memastikan kelangsungan kesepakatan rakyat selari dengan tekad kita bahawa Pakatan harapan rakyat," kata ketiga-tiga pemimpin wanita Pakatan.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ketua Wanita DAP Chong Eng, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusoff. 

Malaysiakini.

4 orang berkata:

paksu said...

Sama2 muhasabah diri. Masa utk betulkan saf dan kuatkan mufakat. Jgn bg ruang iblis mengoda dgn bisikan pepecahan dan adu domba

Anonymous said...

Seeloknye utk selesaikn kes mb sgor sultan lantik sajo adun umno jadi mb. Kan sultan ade kuase lantik mb. Ape perlu ade pru

Anonymous said...

Bagus juga cadangan anon 8.41 tu
Pru menghabiskan duit.
Menyusahkan rakyat.
Membuat ramai orang hilang akal(pemimpin)
Melayu gadoh sama melayu
Orang lain tepok tangan.

Anonymous said...

Buku dah boleh tutop. Besok,jumaat segala galanya akan selesai. Bukan selesai dengan perlantikan MB baru. Tapi ,selesai dengan pembubaran dewan. Bayangan semakin jelas.
Jangan lagi menusing jari kepada PAS. Pas sudah melakukan perkara yang betul dengan menjunjong titah sultan.
Tapi sebaliknya, kegilaan Dap dan pkr telah menyebabkan sultan murka.
Tahniah umno.tanpa menggunakan peluru yang canggih, anda akan berjaya menawan semula selangor.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.