Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HANGPA DOK BINCANG DULU KEMUDIAN BARU BUAT ROOD SHAW !

Panggil semua yang berkaitan dan bincang ! Jangan ada yang panggil dan ada yang tidak, contohnya Trengganu, PASMA apa pasai dok ulas kerja LUHAM dan perhubungannya dengan Presiden ?, agaknya PASMA tu dah masuk daun kot ngan kumpulan LUHAM. Bolehlah PASMA pinang LUHAM semuanya untuk menjadi ahli hangpa - Pak Karamu

 

Friday, September 12, 2014

Inilah Jadinya Bila Golongan Bukan Ahli Mentafsir Undang-Undang......

Golongan berserban sepatutnya mereka terjemah dan tafsir Qur'an dan Hadis sahaja sebab itulah bidang kemahiran mereka
Tapi bab undang-undang dengan bahasa yang bersifat kompleks yang direka manusia biarkanlah ahlinya yang tafsirkan!

Syura jadilah 'syura' jangan cuba menjadi 'bubur'
Driver lakukan jer tugas pemanduan janganlah cuba jadi mekanik!

PasMa dan Luham kritik kuasa veto presiden
Published: 12 September 2014 - TMI
Forum pertama anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) diadakan minggu lalu di Kuala Lumpur. Gambar fail The Malaysian Insider.
Menjelang forum kedua anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) Ahad ini di Kangar, Perlis, badan bukan kerajaan (NGO) yang berusaha mengekalkan PAS dalam Pakatan Rakyat itu kini mempunyai rakan baru iaitu Lujnah (Biro) Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham).
Luham mengkritik kuasa pemutus atau veto Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Syura Ulama yang membuat tafsiran sedemikian.
Setiausaha PasMa Taib Ahmad berkata kenyataan Luham tentang kuasa presiden dalam kenyataan mereka baru-baru ini perlu diperhalusi kerana ia bertentangan dengan kenyataan Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS dan berhak menafsir perlembagaan PAS.
"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan penjelasan Luham tentang kuasa presiden sebenarnya dan sedang menyusun pertemuan secepat mungkin," katanya.
Kenyataan Luham sangat ketara bertentangan dengan kepimpinan ulama tidak disiarkan dalam media rasmi PAS iaitu Harakahdaily tetapi sebaliknya media PAS itu menyiarkan kenyataan Kluster Undang-undang Ilmuan, sebuah badan yang berpusat di Bangi yang banyak memberi nasihat kepada presiden PAS dalam tindakannya.
Setiausaha Luham Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus dalam satu kenyataannya semalam mempertikaikan presiden PAS mempunyai kuasa penuh sebagaimana ditafsirkan Majlis Syura.
Katanya, presiden PAS didapati melanggar Perlembagaan PAS apabila membuat keputusan sendiri memilih calon menteri besar Selangor melangkaui kuasa Dewan Harian dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Kardee berkata, tidak wujud sebarang peruntukan dalam perlembagaan parti itu mengenai jawatan presiden secara bersendiri, sebaliknya termasuk dalam Fasal 26 Perlembagaan PAS di bawah "Tugas-Tugas Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat".
Katanya, presiden tidak mempunyai kuasa pemutus tanpa bermesyuarat dengan AJK PAS Pusat terlebih dulu mengenai apa saja perkara.
Beliau berkata, Fasal 27 (6) Perlembagaan PAS jelas menyatakan Dewan Harian yang merangkumi presiden, timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung dan sebagainya perlu membawa keputusan mereka kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi kelulusan.
Ini berikutan tindakan Hadi menamakan tiga exco kerajaan negeri Selangor daripada PAS sebagai calon untuk dipilih Sultan Selangor sedangkan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 Ogos memilih Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Mohamed Azmin Ali.
Namun pada 3 September dalam satu surat yang lain, Hadi menamakan 2 Adun PKR dan 1 Adun PAS sebagai calon menteri besar.
Ia dibuat selepas satu mesyuarat 5 anggota paling kanan Majlis Syura di Kota Baru diadakan.
Majlis Syura pula dalam kenyataannya selepas mesyuarat 7 September berkata, presiden mempunyai kuasa pemutus dan semua AJK PAS Pusat perlu mematuhinya.
Mengulas tentang kenyataan itu, Kardee berkata, mesyuarat Luham memutuskan MSU bertindak melampaui kuasanya apabila badan itu membuat keputusan dalam isu yang melibatkan pelantikan menteri besar Selangor.
Katanya, kenyataan MSU itu membawa makna presiden mempunyai kuasa membuat apa-apa keputusan di luar mesyuarat AJK PAS Pusat, sekali gus menjadikan peranan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat tidak lagi relevan.
"MSU silap menyatakan kuasa presiden mengikut Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS adalah satu kuasa pemutus yang secara tersiratnya satu kuasa bersifat mutlak atau veto," katanya.
Presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi sebelum ini berkata PasMa adalah NGO yang akan berusaha untuk memperkukuhkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Ketika bercakap dalam forum pertama anjuran PasMa di Dewan Perhimpunan Cina, 8 September lalu, Phahrol berkata walaupun PAS Pusat menegaskan tiada usaha kerjasama antara PAS dan Umno, tetapi sesetengah tindakan pimpinan PAS dilihat ke arah itu.
Dalam forum itu, AJK PAS Pusat Datuk Mujahid Yusof berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno dan menegaskan apa yang berlaku sekarang adalah tindakan Umno untuk cuba memecahkan Pakatan Rakyat secara halus.
Antara tindakan Umno adalah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar ketika presiden PAS dan juga Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong Khalid kekal sebagai menteri besar.
Sementara itu, PasMa dalam kenyataannya berkata, mereka akan meneruskan program ke seluruh negara dengan Kangar, Perlis menjadi lokasi seterusnya diikuti Kedah dan Pulau Pinang (15 September), Wilayah Persekutuan (17 September) manakala di Temerloh, Pahang (27 September).
"Semua program kita adalah untuk memperkasakan PAS dengan Pakatan Rakyat," kata Taib. – 12 September, 2014.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.