Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LUHAM Terengganu Tidak Patuh (Wala) Kepada LUHAM Pusat (?)


Jawapan kepada kenyataan rakan2 bijaksana LUHAM TERENGGANU.

Aku ucapkan terima kasih kpd rakan2 Luham Terengganu kerana telah menunjukkan kpd dunia bahawa kita peguam2 bukan pak turut... Kita peguam2 beramal & mengamalkan profesyen kita secara bebas tanpa memihak malah kita telah membuktikan bahawa kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju.

Jika semua peguam bersetuju dengan satu pandangan dlm perundangan maka bagi aku, tidak akan ada peguam plaintif dan peguam defendan kerana semua peguam berfikiran yg sama.

Atas dasar bersetuju untuk tidak bersetuju maka izinkan aku untuk menjawap hujah rakan2 bijaksana dari Luham Terengganu.

Pertama, Luham Pusat dlm kenyatannya tidak pernah pd bila2 masa menafikan bhw MSU adalah satu2nya badan di dalam PAS yg diberikuasa mentafsir, menghurai & menjelaskan peruntukkan Perlembagaan. Itu amat jelas.

Luham Pusat tidak pernah menafikan.

Kedua, Luham Pusat tidak mengambil tugas MSU mentafsirkan Perlembagaan. Luham Pusat hanya memberikan pandangan atas kapasiti sebagai badan yg ditubuhkan untuk menasihati badan2 di dlm PAS dari sudut undang2. Menasihati bukan mentafsir. Hal yang sama berlaku di dalam Mahkamah selama kita (peguam) bertindak bg pihak anak guam di mahkamah. Kita bkn mentafsir undang2 tetapi kita membantu Mahkamah mentafsir undang2 kerana kuasa mentafsir undang2 dan membuat keputusan ialah Mahkamah bukan peguam. Jadi Luham telah bertindak sebagai penasihat kpd MSU dr sudut undang2. Sebenarnya Luham bkn sekadar menasihati MSU tetapi lebih dr itu Luham menasihati PAS. Itu lah tujuan Luham diwujudkan iaitu sebagai badan penasihat undang2 PAS.

Ketiga, jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu berpendapat bhw Luham Pusat tlh melangkaui Perlembagaan mentafsirkan Perlembagaan, maka aku juga mengatakan kenyataan Luham Terengganu juga melanggar Perlembagaan krn Luham Terengganu juga mentafsir Perlembagaan sedangkan hanya MSU berhak mentafsirkan Perlembagaan.

Bagaimana boleh Luham Terengganu menghuraikan peruntukkan2 Perlembagaan dlm mempertahankan tindakan MSU sedangkan Luham Terengganu tiada kuasa mentafsir dan menghurai seperti mana Luham Terengganu mengatakan Luham Pusat tiada kuasa?

Jika rakan2 bijaksana Luham Terengganu mempertahankan kenyataan mereka maka Luham Pusat juga mempunyai hak yang sama malah jika mengikut hierarki, Luham Pusat lebih berotoriti berbanding Luham Negeri sepertimana PAS Pusat lebih berotoriti berbanding PAS Negeri.

Akhirnya, terima kasih rakan2 bijaksana Luham Terengganu kerana mengesahkan secara tidak langsung bhw Luham Pusat berotoriti menasihati dlm hal undang-undang.

Jawapan ini aku kapasiti peribadi bkn atas arahan atau bagi pihak Luham Pusat.

Zulhazmi Shariff
11/09/2014

3 orang berkata:

Paksu Ali said...

Bila semua org bijaksana. Maka yang cerdik nampak huduh. Malang sungguh jamaah bila ada yg bijaksana tp tiada roh. Menyanggah utk menambah retak. Menjadi duri dalam daging. Semoga muktamar di BP akan ada kebijaksanaan dalam merapatkan saf. Sejarah itu pasti indah buat murabi spt ku...

Unknown said...

Masalah yg sebenar ialah dalam pkr.. Namun sekarang pas pula yg dpt bahananya.. Mungkin kerana solat hajat perdananya yg mahu KO kan umno kah?... ALLAH MAHA BESAR...

Anonymous said...

Anon 7.18.
Memang masaalah berpunca drp
Pkr
Tetapi yang turut sakit ialah Pas.ketika sakit inilah parasit parasit mula bertindak. Ketika dalam keadaan seperti inilah pelesit pelisit mula mengacau.
Ada yang buat pandai dan ada yang memandaiamdai.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.