Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

mesra

PRK: Proses penamaan calon hari ini

  • PRK Pengkalan Kubor
1 / 1
TUMPAT - Proses penamaan calon bagi PRK Dun Pengkalan Kubor berlangsung di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, pagi ini.

Berikut perkembangan mengenai proses ini:

7.00 pagi: Pasukan keselamatan sudah berada di lokasi penamaan calon seawal jam 5 pagi bagi memastikan keadaan selamat dan terkawal.

7.10 pagi: Calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary buat kejutan akan tanding lagi PRK Dun Pengkalan Kubor meskipun tewas teruk pada PRU13 lepas.

8.00 pagi: Pimpinan tertinggi Pas dan sebahagian penyokong mengadakan solat hajat sebelum berarak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, pagi ini.

Antara pimpinan Pas yang hadir Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat.

Solat hajat diimamkan oleh Nik Razi Nik Mat, adik kepada Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

8.05 pagi: Ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disambut President MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai di pekarangan stesen bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) Tumpat.

8.12 pagi: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di lokasi penyokong BN berkumpul di stesen bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), Tumpat.

8.15 pagi: Naib Presiden PKR, Tian Chua turut hadir memberikan sokongan kepada calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

8.20 pagi: Calon Pas bagi PRK Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang segak mengenakan baju Melayu hijau mula diarak oleh pemimpin dan penyokong Pas ke pusat penamaan calon.

8.20 pagi: Turut kelihatan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyertai kepimpinan tertinggi lain berkumpul di stesen bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK), Tumpat.

8.28 pagi: Calon Pas bersama penyokong tiba di pekarangan pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

8.30 pagi: Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim masuk ke pekarangan pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

8.32 pagi: Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim bersama antara berberapa pimpinan PR sebelum masuk untuk menyerahkan borang pencalonan.

8.37 pagi: Penyokong Pas setia menanti di luar pekarangan pusat penamaan calon bersama bendera Pas dan sepanduk yang tertulis, "kukuhke pakate, pakoh bulan" (Kukuhkan Pakatan, pangkah bulan).

8.40 pagi: Calon BN, Mat Razi Mat Ail tiba di pusat penamaan calon dan ditemani Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta penyokong BN seluruh negeri.

8.55 pagi: Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob beramah mesra dengan kepimpinan tertinggi Umno di khemah BN.

9.00 pagi: Tempoh penyerahan borang pencalonan dibuka selama sejam dari jam 9 pagi hingga 10 pagi.

9.04 pagi: Calon BN, Mat Razi Mail Ail bersama pencadang dan penyokongnya masuk ke dalam Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan.

9.16 pagi: Keadaan tenang di luar pekarangan pusat penamaan calon, Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dengan penyokong Pas sesekali melaungkan takbir dan slogan bangkit rakyat.

Manakala penyokong BN pula membalas dengan laungan hidup BN.

9.36 pagi: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat penamaan calon.

10 pagi: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli umum masa penyerahan borang penamaan calon ditutup.

10.10 pagi: Pegawai Pengurus  Pilihan Raya, Mohd Sobri Ramli mengumumkan menerima tiga nama bagi PRK Pengkalan Kubor N01, Wan Rosdi Wan Ibrahim (Pas), Mat Razi Mat Ail dari (BN) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary dari Bebas.

Borang pencalon bagi calon Pas diterima pada jam 9.05 pagi, BN 9.06 pagi manakala Bebas pada 9.17 pagi. Semua pencalonan diterima tanpa bantahan.

Pengundian awal adalah pada 21 September.

10.23 pagi: Penyokong mula beredar meninggalkan pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selepas nama calon diumumkan.

10.27 pagi: Calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim beredar dari pusat penamaan calon diiringi kira-kira 1000 penyokong Pas.

10.50 pagi: Calon BN, Mat Razi Mat Ail meninggalkan pekarangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat bersama kepimpinan tertinggi Umno.

10.55 pagi: Sidang media SPR berlangsung.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.