Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OK LA TU, AMPUN TUANKU. DAH TAK DERHAKA DAH !

Tuesday, September 9, 2014

PKR turut mohon ampun dari Sultan Selangor..


Bagi pihak Parti KeAdilan Rakyat, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan KeAdilan mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

KENYATAAN MEDIA

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan Pakatan Rakyat tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berpelembagaan dan demokrasi berparlimen. Ini jelas dalam perlembagaan KEADILAN dan kenyataan muafakat bersama pimpinan Pakatan Rakyat.

Dato’ Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 takkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

Kenyataan Dato’ Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian KEADILAN yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan.

Dato’ Seri Najib juga sedia maklum bahawa dalam sejarah pemerintahan UMNO sejak negara merdeka 1957, UMNO dan Perikatan, dan kini Barisan Nasional hanya mengemukakan satu nama Ahli Dewan Negeri atau Ahli Parlimen untuk jawatan Ketua Menteri, Menteri Besar, atau Perdana Menteri.

Selaku Perdana Menteri, Dato Seri Najib sewajarnya jujur dengan pendirian parti beliau dan Kerajaan Barisan Nasional dan tidak menyerang KEADILAN kerana mematuhi amalan yang sama.

Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan (“convention”) sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan.

KEADILAN mengulangi pendirian untuk menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu, dan institusi raja berperlembagaan. Ini juga telah ditegaskan dalam warkah-warkah Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden KEADILAN kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor.


Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

9 September 2014

4 orang berkata:

Anonymous said...

Itu bukan permohonan ampun yang tulen dan ikhlas. Jangan ingat tuanku tidak dapat menelah apa yang tersirat disebalik kenyataan maaf itu.
Kalau betul betul sedar,phon lah pun secara ikhlas.tak perlu nak menegak yang perbuatan pkr itu tak salah. Dam menyeret orang lain.
Nampak benar anwar masih keras kepala. Permohonan maaf dari anwar,nampak se nada dengan lim guan eng

Anonymous said...

Malaysia akan kacau bilau, bangsa melayu akan ME LA YU semua disebab ideologi politik anuar demi survival politiknya yang tak bermatlamat tak tau hala tuju pembawaannya. PAS dengan ISLAM nya DAP dengan pejuangan bangsa CINAnya tapi pkr ????? semuanya demi anuar semata

Anonymous said...

All bullshit

Anonymous said...

Betul 2..minta suatu hari majlis raja raja bermesyuarat agar smua wakil rakyat bertanding dalam pilihan raya terdiri dari melayu islam sahaja bagi menjamin kesinabungan pejuang2 terdahulu..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.