PAS rasanya tidak akan berpecah disebabkan jawatan MB Selangor, kerana PAS tidak menuntut jawatan itu, PAS hanya tidak bersetuju cadangan yang dikemukakan oleh PKR tentang nama bagi jawatan MB Selangor, yang dianggap tidak sesuai dengan mengemukakan alasan yang menesabah, namun kedegilan PKR dan DAP yang menyebabkan krisis ini berpanjangan sehingga mengheret kemurkaan Sultan
PAS hanya akan berpecah adalah kerana adanya kumpulan yang disebut sebagai PASMA. PASMA ujud dikatakan sebagai mempertahankan kerajaan PR yang dilihatnya semakin pincang, soalnya adakah PASMA berkemampuan untuk menyelesaikan masalah PR ? Sedangkan sikap PASMA sendiri membela keputusan dua orang ADUN PAS yang membelakangkan wala' parti yang dikatakan sebagai penyelamat di dalam kemelut jawatan MB Selangor
Apabila PASMA menyokong sikap dua ADUN daripada PAS yang menyokong PKR untuk mendapat lebih suara, bukankah ia bererti PASMA telah dianggap menderhaka terhadap keputusan PAS, sekali gus menderhakai pucuk pimpinan parti sekalipun PASMA menafikan yang mereka bukan untuk nenecahbelahkan parti, namun sikap mereka adalah kearah itu
Dua golongan di dalam PAS, iaitu golongan profesional dan ulama berkumandang kembali, yang mana istilah ini telah lama kita dengar dan sekarang telah muncul kembali, sekalipun Timbalan Presiden Mohd Sabu menafikan ujudnya golongan ini, nah sekarang apa yang dinafikan Mat Sabu ini telah menjadi kenyataan dengan tertubuhnya PASMA. Dengan ujudnya PASMA, maka dengan ujudnya PASMA inilah maka PAS akan berpecah belah, sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi - Pak Karamu
Jangan kerana isu MB, Pas pula berpecah
SHAH ALAM - Pucuk pimpinan Pas perlu duduk berbincang bagi
menyelesaikan perselisihan yang berlaku dalam parti itu sebelum keadaan
menjadi lebih parah.
Penganalisis politik, Prof Dr Mohd Fuad Mad Jali berkata, isu Menteri Besar Selangor sepatutnya tidak mengheret Pas untuk turut sama bergolak seperti PKR.
“Pas sepatutnya lebih terbuka dalam isu ini dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh presiden,” katanya.
Menurutnya, keadaan ketika ini agak merisaukan apabila sudah ada tanda-tanda perpecahan apabila dua kumpulan berbeza dalam Pas semakin lantang bersuara.
“Perselisihan antara kumpulan ulama dan profesional nampak jelas, jika tidak dikawal dikhuatiri akan memberi impak kepada keseluruhan parti dan akhirnya menggugat sokongan rakyat,” katanya.
Seorang lagi penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian berkata, politik berpuak wujud dalam semua parti, namun apa yang merisaukan apabila masalah itu tidak dikawal dengan baik.
Beliau berkata, Muktamar Tahunan Pas ke-60 yang akan berlangsung bulan ini adalah jalan terbaik untuk memulihkan keadaan dalam parti.
“Pasti akan ada timbul banyak persoalan daripada perwakilan, namun itulah jalan terbaik untuk beliau jelaskan kenapa keputusan (berkaitan isu Menteri Besar Selangor) diambil.
“Selain itu, inilah masalah untuk ulama dan profesional berwacana bersama bagi mencari jalan penyelesaian di atas kemelut yang berlaku,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment