Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PRESIDEN PAS BERHALANGAN UNTUK HADIR HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH 13 SEPTEMBER 2014


KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PRESIDEN PAS
11 September 2014
"PRESIDEN PAS BERHALANGAN UNTUK HADIR HIMPUNAN SOLIDARITI UMMAH 13 SEPTEMBER 2014"

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih di atas penghormatan yang diberikan oleh pihak Aman Palestin kepada YB Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang atas jemputan untuk menyampaikan ucapan dalam Himpunan Solidariti Ummah pada Sabtu, 13 September 2014 di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

PAS sememangnya meletakkan komitmen tinggi terhadap hal ehwal Palestin sebagai isu umat Islam dan manusia sejagat yang perlu ditangani dan diselesaikan.

Sehubungan dengan himpunan berkenaan, pihak PAS memohon maaf dan ingin memaklumkan bahawa Presiden PAS tidak dapat menghadirinya disebabkan terlibat dalam program lain yang diatur lebih awal.

Semoga himpunan berjalan lancar dan penuh jaya.

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.