Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAKYAT NAHU YANG TERBAIK, JIKA MAJLIS SYURA TAK BETUL ..... ?

Jika majlis Syura PAS tidak betul untuk mentafsirkan Perlembagaan parti dalam perkara bertahaluf dengan PR tentulah ada yang tidak kena dengan mentafsirkan perlembagaan PAS ATAU PAS telah meletakkan kuasa muktamar mengatasi dasar perjuangan parti yang berasaskan al quran, hadis, ijma ulama dan qias rasanya ini suatu yang sanggat janggal

Mengikut Fasal 7 (1)  Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh kuasa Muktamar PAS. Agak ganjil juga rasanya apabila dasar yang terdapat didalam perlembagaan PAS di tindas oleh kuasa Muktamar, ini bererti dasar PAS yang berasaskan al quran, hadis, ijma Ulama serta qias dibawah kuasa muktamar, rasanya ini sudah mensekularkan dasar yang terdapat di dalam perlembagaan - Pak Karamu

Peguam PAS Akui Majlis Syura Ulama Langgar Perlembagaan parti

Lajnah Undang-undang PAS bersetuju serta menyokong pendirian anggotanya bahawa Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti apabila melibatkan entiti itu dalam krisis pelantikan Menteri Besar Selangor.

Ketuanya Asmuni Awi berkata penegasan Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi (LUHAM) PAS Pusat itu adalah tepat selain berasaskan kepada fakta dan perlembagaan parti.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut namun mengakui turut menyertai perbincangan yang diadakan.

"Saya cuma nak kata saya setuju keseluruhannya di situ sebab saya pun turut dalam perbincangan dan saya tak nak ulas lebih daripada itu.

"Lepas ini apa-apa pun kenyataan akan dikeluarkan oleh LUHAM secara rasmi.

"Yalah, LUHAM akan keluarkan kenyataan secara rasmi selepas daripada ini," katanya kepada Antarapos.

Semalam Setiausaha LUHAM PAS Pusat Abang Ahmad Kardee Abang Masagus menegaskan Majlis Syura Ulama telah melanggar perlembagaan parti itu apabila badan itu membuat keputusan dalam krisis yang berlaku di Selangor.

“Menurut Fasal 7 (1) Perlembagaan PAS, kekuasaan parti adalah dipegang oleh Muktamar PAS.

“Memandangkan Muktamar PAS, sebagai kuasa tertinggi, telah memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan maka tidak dapat tidak, di dalam apa sahaja tindakan dan keputusannya, maka Majlis Syura Ulama mahupun PAS mesti bertindak selari dengan ketetapan Muktamar PAS tersebut," katanya.

Menurut beliau, PAS sebelum ini bersetuju mengadakan tahaluf atau kerjasama dengan Pakatan Rakyat dan kerjasama tersebut telah disahkan oleh Muktamar PAS dan sehingga kini tidak pernah dibatalkan.

“Isu pokok yang berbangkit dalam isu Menteri Besar Selangor ini adalah Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) telah membuat ketetapan untuk menghantar nama daripada PAS sebagai calon menteri besar (yang kemudiannya disokong oleh Majlis Syura Ulama).

“Sedangkan, presiden sendiri sebelum ini telah menyatakan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor memandangkan ia adalah milik PKR," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas Asmuni lagi, kenyataan dikeluarkan Abang Kerdee cukup jelas dengan berlandaskan peruntukan perlembagaan PAS.

"Yalah, benda itu dah disebut dalam itu sebab itu saya kata saya tak nak ulas lanjut sebab tak nak ada kenyataan bercanggah.

"Tapi apa yang disebut di situ clear, perkara itu diperbincangkan dan saya pun turut di dalam perbincangan tersebut keseluruhannya," katanya.

Ahmad Kardee turut mempertikaikan tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR apabila menghantar nama daripada PAS, sedangkan Abdul Hadi sebelum ini menyatakan PAS tidak akan menuntut jawatan itu kerana ia milik PKR.

“LUHAM percaya ini adalah berdasarkan kepada ketetapan Muktamar yang memutuskan bahawa PAS bertahaluf dengan Pakatan. Justeru, apabila nama ADUN PAS turut dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, tidakkan ia menyalahi perjanjian PAS di dalam Pakatan itu sendiri?

“Tidakkah perlanggaran ini menjurus kepada pelanggaran keputusan Muktamar itu sendiri?


“Oleh itu, LUHAM berpendapat tidak wujud sebarang perselisihan faham dalam hal keputusan Muktamar ini yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura Ulama,” katanya lagi. -wargamarhaen









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





3 orang berkata:

Anonymous said...

X habis2 menyebuk...yg menyebuk ni org pas ka...kalau parti lain x yah sibuk.

Unknown said...

Org pas sibuk hal umno boleh pulak.. Munafik.....

Unknown said...

Org pas sibuk hal umno boleh pulak.. Munafik.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.