Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, September 13, 2014

Akhirnya Khalid Ibrahim Berjaya Muktamatkan Perjanjian Air dengan Tergesa-gesa

 

Alamak !!!!... Tan Sri Khalid Ibrahim... apa sudah jadi ni Tan Sri, kalau ya pun TERGESA-GESA takut terlambat untuk Memuktamatkan Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat tak kan sampai TANDA NAMA pun Tan Sri TERLUPA untuk dipakai Tan Sri. Atau pun gua tersilap yang sebetul nya Tan Sri sendiri Tak Nak pakai Tanda Nama tersebut atas sebab Tan Sri MB sementara sahaja... kah kah kah !.

JIka semasa Perjanjian Persefahaman (Mou) terdahulu dibuat sewaktu Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang sedang berjalan, dan diwaktu itu juga CATUAN mula dijalankan akibat dari Kurang nya Hujan serta Cuaca Panas. Yang mana keadaan tersebut telah mengakibatkan Kolam-Kolam Takung Air di Negeri Selangor berada dalam keadaan KRITIKAL.

Apa yang DIPERTIKAIKAN dengan Mou tersebut ialah cara dan waktu Mou ditandatangani, dikatakan adalah sesuatu yang BODOH jika ianya TIADA BERMAKSUD LAIN, bila mana Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menandatangani Mou diwaktu Kempen PRK Kajang sedang berjalan serta keadaan Cuaca yang tiada hujan dan Panas Melampau.

Ia nya seolah-olah Mengambarkan yang Kerajaan Negeri Selangor TERDESAK dan telah SALAH bila Menghentikan Projek Langat 2 yang dirancang dibawah Kerajaan terdahulu iaitu Kerajaan Umno/Bn, sedangkan Kempen PRK DUN Kajang sedang berlangsung. Ditambah lagi Mou dibuat tanpa Memaklumkan ianya kepada Kepimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat (PR).

Benar bila ada yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim adalah seorang MB Negeri Selangor, oleh itu beliau mempunyai Kuasa Pemutus membuat apa juga Keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Tetapi harus di ingat bahawa Khalid Ibrahim Menang dalam Pilihan Raya dan menjadi Ahli Dewan Negeri (ADUN) bukan atas tiket Parti Khalid Ibrahim (PKI).

Tetapi beliau menjadi ADUN atas tiket Parti Keadilan Nasional (PKR) dibawah Pakatan Rakyat (PR), ditambah lagi beliau bukan pun Pengerusi PKR di Negeri Selangor yang mana ianya di pegang oleh YB Azmin Ali. Disini lah timbul nya PRASANGKA BURUK terhadap beliau bila mana Memutuskan sesuatu tanpa Pengetahuan Ketua Parti beliau.

Yang lebih Menarik lagi selepas Mou Air beliau Tandatangani keadaan Catuan Air bukan Bertambah Baik bahkan Bertambah Buruk, dimana dikatakan dalam jadual Catuan Air seperti 1 Hari Ada Air dan 2 Hari Tiada Air tetapi yang terjadi adalah 1 Hari Ada Air 5 Tiada Air di sesetengah tempat. Oleh itu untuk apa Mou beliau Tandatangani dikala Hujan Tiada dan Cuaca Panas.

Hari ini beliau telah Berjaya MEMUKTAMATKAN Perjanjian Air dengan Kerajaan Pusat dalam keadaan beliau yang bukan lagi seorang MB Pilihan Majoriti ADUN, serta beliau juga telah menghantar Surat Perletakan Jawatan sebagai MB kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor namun Perletakan Jawatan ditangguhkan sehingga seorang MB Baru dipilih.

DITANGGUHKAN membawa erti Perletakan Jawatan beliau diterima namun diminta Tangguh Sekejap sementera menunggu MB Baru dipilih, untuk itu seharusnya beliau TAHU DIRI yang beliau adalah seorang MB yang SEMENTARA sahaja. Jadi kenapa beliau Perjanjian Memuktamatkan Perjanjian Air yang melibatkan KOS sehingga Berbillion Ringgit yang seperti TERGESA-GESA.

Persoalan ini yang sedang Bermain-main di Pemikiran gua, kenapa mesti beliau Muktamatkan Perjanjian Air yang berharga Berbillion Ringgit dikala beliau hanya seorang MB sementara. Mungkin ada yang kata beliau adalah seorang yang bijak dalam Pengurusan Kewangan, mungkin betul dakwaan tersebut namun jangan dilupa yang beliau juga adalah antara Peminjam Bank yang GAGAL Melunaskan Hutang... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... jangan marah ya penyokong-penyokong khalid ibrahim... yang gua pasti krisis mb negeri selangor akan berakhir sedikit masa lagi dan wan azizah akan dilantik menjadi mb negeri selangor yang baru atas sebab mou air adalah halangan utamanya... kah kah kah !.

6 orang berkata:

Myshah said...

Apa komenbmengarut ni...

Anonymous said...

Wan azizah mb baru? Ada lagi yang masih bermimpi. Tak salah untok bermimp , tapi harap harap janganlah sampai dihantar ke hospital bahagia lepad ni.

Anonymous said...

Mat indera ni baru kuar dr gua... Bodoh punya org... Phuiii..!!!

Anonymous said...

Patutlah lambat mb baru nnk bagi peluang khalid selesaikn masalh air. Kenyamglagi umno ank lelaki yahud

Anonymous said...

Jangan harap UG nak jadi MB...pergi mampos lagi baik....

Anonymous said...

Bodo mu nulih..mu ingat nikah hari ni tubik slalu anak ko..kayu api punya otak..buat pjanjian utk masa depey kayu...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.