Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Saturday, September 13, 2014

Yang Dilakukan Di Dunia Berkait Akhirat Termasuk P' raya.- TG Nik Aziz Posted by Ibnu Hasyim



TUMPAT: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berharap Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pengkalan Kubor berjalan baik mengikut amalan demokrasi.

Katanya, tidak perlu melakukan perkara yang bertentangan demokrasi kerana pengundi telah akil baligh. Beliau berkata demikian kepada media di tempat penamaan calon, di sini hari ini. Katanya lagi, setiap perkara yang dilakukan di dunia ini akan berkait dengan akhirat, termasuk pilihan raya.

"Hanya ajaran Islam sahaja yang akan mengingatkan umat manusia pada hal akhirat dan bukannya ajaran sekular.
"Setiap pembalasan akan berlaku di akhirat kelak sama ada yang baik atau yang buruk," ujarnya.

Walaupun tidak mengenal secara peribadi, namun apabila kepimpinan PAS kawasan memilih calon, sudah tentu ia cukup baik untuk mewakili Pakatan Rakyat.

 
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjabat tangan dengan Datuk Nik Aziz semasa penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 13 September, 2014.

"Insya Allah, hasil kerjasama kita semua pihak, sokongan padu rakan Pakatan Rakyat, calon kita akan dipilih rakyat," ujarnya. -  
HARAKAHDAILY 13/9/2014

1 orang berkata:

Anonymous said...

Insyaa allah dikabulkan tuhan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.