Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SESUAT YANG TERSANGAT BESAR

Rabu, 10 September 2014

Hartal, perkataan yang masih boleh menggoncang negara

Pendakwaan mengikut Akta Hasutan yang dikenakan terhadap pensyarah undang-undang Prof Madya Dr Azmi Sharom mencetus kepada cadangan penganjuran hartal bagi menuntut kebebasan bersuara
Kali terakhir 'hartal' atau mogok besar-besaran diadakan, Pulau Pinang 'tutup' pada November 1967. Dua puluh tahun sebelum itu, hartal dianjurkan All-Malaya menutup keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu.

Tiada satu pun kedai, restoran atau pejabat dibuka. Filem tidak dimainkan di panggung wayang. Tiada bas, lori atau teksi berada di jalan raya dan tiada yang hadir bekerja di pelabuhan, ladang dan lombong bijih timah yang menjadi tunjang ekonomi Tanah Melayu.

Berlainan daripada himpunan biasa, hartal yang berasal daripada perkataan Gujerat bermaksud menutup perniagaan, dan ia sesuatu yang jarang berlaku.

Namun apabila ia berlaku, kata penganalisis politik Dr Wong Chin Huat, kerajaan dan rakyat perlu menerimanya sebagai tanda 'krisis kesahihan' sudah mula timbul. Dalam kes ini, ia berikutan pendakwaan yang dibuat terhadap pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Azmi Sharom mengikut Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan pendapat berkaitan krisis menteri besar Selangor.

Persatuan mahasiswa UM merancang mengadakan hartal hari ini bagi membantah kes mahkamah Azmi.

Hartal lebih daripada memilih untuk menyertai satu aktiviti berbentuk keingkaran awam, kata Wong.

"Hartal adalah secara beramai-ramai memilih untuk 'mengasingkan diri' daripada aktiviti normal. Ia merupakan bentuk keingkaran awam yang lebih tinggi.

"Itulah sebabnya ia tidak selalu berlaku, dan apabila ia berlaku, pihak berkuasa dan berkepentingan dalam masyarakat perlu mengambilnya sebagai satu petanda yang serius," kata Wong yang mengetuai bahagian analisis politik dan sosial di Penang Institute.

Hartal pada 1967 yang dianjurkan Parti Buruh Pulau Pinang bertujuan membantah penurunan nilai mata wang lama oleh kerajaan pada masa itu, di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman.

Menurut artikel Koay Su Lyn pada September 2013 di fz.com, penurunan nilai mata wang tersebut lebih menyusahkan rakyat sewaktu mereka memang sedang berdepan dengan kemelesetan ekonomi.

Pada Oktober 1947, hartal All-Malaya anjuran gabungan kumpulan pro-kemerdekaan pelbagai etnik, bertujuan menekan kerajaan penjajah British supaya memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

Hartal tersebut yang dijadikan dokumentasi dalam filem bersejarah "10 Days Before Merdeka", merupakan hasil daripada kempen Putera-AMCJA, gabungan parti politik, kesatuan pekerja dan kumpulan belia dan wanita.

Menurut filem karya Fahmi Reza itu, hartal tersebut diadakan selepas British enggan memenuhi cadangan gabungan tersebut bagi Perlembagaan Persekutuan yang baru.

'Perlembagaan Rakyat' Putera-AMCJA  sepatutnya memberikan hak politik kepada rakyat dan membuka jalan kepada pembentukan sebuah kerajaan yang mendapat undi popular di Tanah Melayu yang baru mencapai kemerdekaan.

Pihak British, dengan gandingan pemerintah Melayu dan Umno, meneruskan juga dengan perlembagaan mereka sendiri yang menyebabkan Tanah Melayu terus berada di bawah jajahan British.

British rata-ratanya tidak mengendahkan hartal tersebut, yang boleh dikatakan demonstrasi politik terbesar pernah dialami negara, dan menguatkuasakan Perlembagaan mereka pada Februari 1948.

Wong berkata, hartal 1947 itu tidak berkesan kerana isu bangsa dan warganegara memecahkan masyarakat mengikut garisan etnik.

"Sementara penganjur hartal 1947 termasuk parti haluan kiri Melayu diwakili Putera, ia masih merupakan urusan bukan Melayu di kawasan bandar.

"British lebih risau kehilangan sokongan Melayu daripada bukan Melayu, jadi mereka tidak mengendahkannya," kata Wong.

Namun katanya, hartal dalam suasana politik yang tegang masa kini, selepas tsunami pilihan raya pada 2008, mungkin berbeza.

"Mendakwa seorang profesor undang-undang mengikut Akta Hasutan, hanya kerana dia menyuarakan pendapat undang-undangnya, menunjukkan sesuatu yang penuh kesinisan dan keangkuhan.

"Merdeka apa yang kita katakan apabila profesor undang-undang tidak boleh bercakap secara bebas tentang perlembagaan?

"Dari 1786 ke 1957, sepanjang 171 tahun apabila British menjajah sebahagian atau seluruh Malaysia, tidak pernah seorang profesor didakwa kerana berkongsi pendapat profesionalnya.

"Kita tidak bebas sebelum 1957 dan 1963, dan selepas itu mendapat kebebasan, pasti ada yang akan bertanya, lawak apakah ini,” katanya.

Wong berkata, signifikan yang sama ialah bagaimana rakyat Malaysia dan komuniti Melayu bertindak balas terhadap seruan hartal terbaru ini.

Tidak seperti hartal 1947 yang berkisar tentang kemerdekaan, hartal ini memperjuangkan hak asasi dan kebebasan yang perlu bagi sebuah negara berdikari untuk maju.

"Umno-BN dan mesin propaganda mereka sudah mempengaruhi komuniti Melayu yang kebebasan bersuara tidak baik untuk kepentingan mereka.

"Tetapi adakah Melayu hari ini akan menentang – bukan saja kebebasan bersuara, tetapi juga dalam kes Azmi - kebebasan akademik, seperti yang mereka lakukan terhadap Malayan Union kira-kira 7 dekad lalu?

"Ini abad ke-21. Bagaimana sebarang masyarakat atau negara boleh maju tanpa kebebasan akademik?,” katanya. 
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Dulu profesor pon kurang..memang la takda yg nak gatal mulut dr tahun 1786 -1957...yg ade pong profesor omputih..yg tak tau konsep raja bplembagaan...nape skrg dah mggatal ....kalu tak mau kena ..sembang la dlm parlimen..m

Anonymous said...

Sepatutnya kerajaan memikirkan halatuju univesiti kita,perhalusi apa yg di cadangkan oleh pakar2 akedemi yg layak dan dipilih oleh kerajaan untuk mengisi tmpt yg selayaknya untk mereka,apa guna jika segala pndpt yg dicurah tdk dpt digunakan dlm mendidikanak bangsa,jika begini keadaannya tak hairanlah kdudukan ipt kita sangat 'membanggakan'

Anonymous said...

IPT...institut pend tertakluk...lwn bn out..sokong bn Yes..Yes....adat dunia

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.