Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Thursday, September 11, 2014

Dr. Asri sindir siapa pasal Kajang ni?


Bekas Mufti Perlis Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin kini melihat Kajang lebih kepada sebuah kegagalan dan tidak seperti dulu popular dengan keenakan sate yang merupakan tarikan pengunjung ke kawasan itu.

Kenyataannya itu dipercayai cuba menyindir Langkah Kajang yang digerakkan PKR apabila presiden parti itu yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu masih belum dilantik sebagai menteri besar Selangor.

“Pantasnya dunia berubah. Turut mengubah persepsi dan rasa pada tempat dan nama.

“Dulu, apabila disebut perkataan Kajang, maka terbayang gambaran keenakan sejenis makanan, Sate Kajang.

“Hari ini apabila disebut Kajang, entah mengapa terbayang sebuah kegagalan,” katanya melalui laman Facebook peribadinya, DrMaza.com.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga hari ini masih belum melantik menteri besar baharu walaupun sudah sebulan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipecat daripada PKR.

Adun Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga menemui jalan sukar, tidak dilantik sebagai menteri besar walaupun PKR sudah menghantar 30 akuan berkanun (SD) Adun Selangor yang menyokongnya kepada Sultan.

Semalam, Khalid meminta semua pihak memberi ruang kepada Sultan Selangor memilih calon menteri besar baharu dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Katanya, pihaknya dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan tentang calon MB kerana akan mengelirukan rakyat dan memberi persepsi negatif terhadap institusi raja.

"Kita dinasihati supaya beri ruang dan usaha kepada Tuanku Sultan melalui pejabat istana negeri melaksanakan perkara ini dengan tertib dan teratur.

"Jadi, saya rasa kebijaksanaan dan kesabaran Tuanku patut diberi kepercayaan dan saya harap perkara ini dapat selesai dengan baik dengan mengutamakan kepentingan Selangor," katanya pada satu sidang media di Shah Alam.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.