Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

UMNO LEBIK BAIK DAR PAS, BIAR RAKYAT TENTUKAN

Saturday, September 13, 2014

PAS tamak Ibrahim Ali kata..


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan calon Barisan Nasional (BN) di Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail lebih baik dan menuduh parti Islam PAS sebagai tamak kerana mahu bertanding dalam pilihan raya kecil di negeri Kelantan itu.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata calon BN lebih baik dan berpengalaman berbanding calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

"Saya berpandangan, calon BN mempunyai kelebihan, terutamanya dari segi pengalaman, selain mempunyai latarbelakang agama," kata beliau yang dipetik dalam Utusan Malaysia hari ini.

Ibrahim yang juga turun berkampung di Pengkalan Kubor juga menuduh PAS bertanding atas sifat tamak walaupun tidak membawa sebarang pembangunan di kawasan tersebut.

Tindakan PAS bertanding menunjukkan sifat tamak.

Walaupun DUN berkenaan diwakili oleh mereka yang mempunyai kedudukan dalam kerajaan negeri termasuk Menteri Besar (Pasir Pekan) dan Exco (Wakaf Bharu), namun kawasan berkenaan tetap jauh ketinggalan.

"Apa yang dilihat, kawasan-kawasan yang dikuasai PAS masih tidak membangun. Kalau ada sekalipun bangunan, itu projek swasta, bukan melalui kerajaan negeri," katanya.

Beliau juga turut menggesa pengundi kawasan supaya memilih BN jika mahu melihat perubahan.

PRK Pengkalan Kubor diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar, 57, pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Noor Zahidi yang mewakili BN mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

PKR pada awalnya menyatakan hasrat untuk bertanding di kerusi tersebut, bagaimanapun PAS Kelantan berkeras berkata kerusi tersebut hanya dipinjamkan kepada PKR lapor The Malaysian Insider

2 orang berkata:

Anonymous said...

Begitilah hujah ibrahim ali alkataki yg memang tak boleh pakai kalau dia bertanding mau hilang deposit dikerjakan oleh pengundi pengkalan kubur

Anonymous said...

Ibrahim ali nak Komen pas...BN x pilih dia, dia x sedarkah. Rasa nak termuntah ibrahim ali Komen. Katak x boleh bagi fatwa nanti hujan turun.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.