1 / 1
SHAH ALAM - Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali digesa supaya memulihkan hubungan dengan pihak istana khususnya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Abdul Aziz Shah yang nyata sudah tercalar akibat krisis menteri besar tidak lama dahulu.

Penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, selepas pelbagai kritikan dan teguran dibuat baginda, Azmin patut menjernihkan semula hubungan kerajaan negeri dengan istana dalam kadar segera.

"Sudah tiba masanya Azmin pulihkan semula hubungan dengan istana. Kita sendiri sedar yang akibat krisis menteri besar, istana kerap menegur dan terpaksa campur tangan dengan urusan dan pentadbiran kerajaan negeri.

"Hinggakan pemilihan Azmin sebagai menteri besar tidak mencapai kata sepakat kerana ada yang mahu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Krisis ini sedikit sebanyak menyebabkan hubungan istana dengan kerajaan negeri terjejas kerana tiada kesepakatan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

AKAN MENYUSUL.