Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

OPP COOOOT ! GUWAAA TEKUJUUUUUT !

Chong Wei terkejut dicadang tanding PRK
  • Lee Chong Wei Lee Chong Wei
1 / 1
SHAH ALAM- Pemain perseorangan badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei terkejut ketika diajukan soalan tentang cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui tentang cadangan agar beliau menukar haluan dan mencuba nasib melawan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam arena politik.


"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut," katanya yang dipetik Utusan Malaysia, hari ini.


Semalam, nama Chong Wei disebut-sebut sebagai calon BN untuk PRK Dun Kajang.


Chong Wei juga menolak untuk memberikan sebarang komen tentang kesediaan beliau untuk beralih ke bidang politik jika diberi peluang bertanding di kawasan tersebut.


Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman mikro Twitter miliknya menegaskan beliau tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.


Susulan cadangan parti komponen BN yang ingin meletakkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menegaskan tidak akan membenarkan perkara itu berlaku.


Khairy melalui laman mikro Twitternya berkata, Chong Wei adalah "harta" negara dan tidak boleh disentuh untuk tujuan PRK Dun Kajang.

Sabtu, 1 Februari 2014

Pemimpin PKR Berbalas Kecaman Di Twitter


SHAH ALAM - Perang Twitter antara ahli dan pemimpin PKR terus hangat di laman sosial itu, hari ini.Terbaharu Timbalan Speaker Dun Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad turut membidas bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Nik Nazmi melalui Twitternya berkata, Faekah tidak perlu bercakap soal politik ekoran tidak lagi memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim."Kata sudah bukan Setiausaha Politik, tapi masih banyak cakap soal politik."Anda perlu tahu masa anda sudah tamat," tulisnya.


Semalam, media melaporkan, Faekah yang juga penyokong Abdul Khalid mula membela majikannya itu dengan membuat serangan balas dan menyifatkan pihak yang mengejar jawatan bernafsu besar.


Faekah juga turut menasihatkan supaya ahli politik belajar mengenai undang-undang sebelum malakukan apa-apa tindakan."Yang mengejar bernafsu besar, yang mengendong patutkah berjiwa besar?"


"Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri," katanya.


Susulan itu, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dilaporkan telah membidas kembali kenyataan Faekah."Lebih baik turun ke Kajang dan bantu kempen PR dan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meracau di rumah."Atau sudah tak relevan," katanya.


Dalam perkembangan sama, Sinar Harian Online cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia itu berhubung kenyataannya di laman mikro itu."Saya tidak mahu komen lagi."Kalau sudah tahu itu, cukuplah," ujarnya ringkas.SH

BN BAIK JANGAN LETAK CALON

PR Ada Kelebihan Main Banyak Isu, BN Cuma Serang Peribadi Anwar

Pakatan Rakyat (PR) dijangka mempunyai kelebihan berbanding Barisan Nasional (BN) daripada segi penggunaan isu yang mampu menambat hati pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang bakal dilangsungkan dalam masa terdekat.

Penganalisis Politik, Dr Maszlee Malik (gambar), berkata antara isu dijangka mampu mempengaruhi pengundi akan dibawa PR dalam PRK terbabit seperti kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat.

“Di pihak PR memang kelebihan ada dengan isu berkisar kos sara hidup seperti kenaikan harga barang, kegagalan BN menunaikan janji sebelum pilihan raya umum tidak menaikan harga barangan keperluan utama atau tarif perkhidmatan tertentu,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, hari ini.

Dr Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata beliau menjangkakan pengundi Cina di Kajang ketika ini masih kekal dalam mood memilih calon PR sebagai wakil mereka di Dewan Negeri Selangor.

Sementara itu, BN pula pada peringkat awal akan memainkan isu perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Katanya, isu peletakan jawatan itu secara perlahan akan hilang ekoran penerangan yang dibuat barisan kepimpinan PR.

“Ramai terkejut dengan perletakkan jawatan, tidak kira penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau pengundi biasa di peringkat akar umbi tetapi kita lihat dua tiga hari ini penjelasan oleh Rafizi, Dr Manuaty, Khalid Samad dan kepimpinan PR lain akan meredakan suasana. Jadi isu letak jawatan ini akan hilang.

“Manakala, isu prestasi ADUN lama bukan isu besar sebab bila Anwar bertanding, banyak isu nasional yang timbul,” katanya.

Dr Maszlee berkata, BN tidak mempunyai banyak pilihan melainkan menggunakan strategi politik tipikal mereka dengan menyerang peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PR dalam PRK Kajang itu.

“Tun Mahathir sendiri sudah mula tidak menekankan isu persoalan perletakan jawatan ADUN PKR tetapi main isu peribadi Anwar. Menyerang peribadi Anwar juga bukan isu yang besar sebenarnya tetapi hanya itu sahaja pilihan yang BN ada ketika ini,” katanya. -selangorku
PKR rela ditolak pengundi
1 / 1
SHAH ALAM - PKR sedia ditolak oleh pengundi dalam PRK Dun Kajang sekiranya pengundi berasa parti tersebut mempermainkan demokrasi ekoran tindakan mengosongkan kerusi tersebut untuk diberikan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjayakan satu agenda.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, tindakan itu sebenarnya berisiko tinggi kerana taruhan yang dibuat terlalu besar dan bukan calang-calang.


“Ini terpulang kepada rakyat untuk tentukan siapa yang mereka mahu pilih, jadi kita tunggu orang Kajang buat keputusan mereka.


“Kalau ini didakwa permainan PKR, kami rela ditolak. Kami tidak memanipulasi sistem demokrasi seperti yang didakwa pihak lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.


Sebelum itu, pada forum ' Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' semalam, Rafizi berkata keputusan tersebut amat menyakitkan orang ramai namun ia perlu dilakukan demi tanggungjawab dan kepentingan bersama.


“Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar ke dalam perkara ini dan ia bukan perkara yang mudah.


“Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda, apa lagi yang anda boleh lakukan?” katanya.


Terdahulu, PRK itu terpaksa diadakan berikutan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada 27 Januari lalu.


Berikutan itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi PRK Kajang.


Pada PRU13 lalu, calon PKR,  Lee Chin Cheh menang dengan majoriti 6, 824 yang mengalahkan calon BN, Lee Ban Seng dan empat calon Bebas.


Sebelum ini pada PRU ke 12, kerusi itu turut dimenangi PKR yang mendapat majoriti 3,268.


Selain itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, dakwaan mempermainkan demokrasi sebenarnya tidak wujud kerana pihaknya sama sekali tidak membelakangkannya demi rakyat.


“Ada orang kata kita tidak hormat demokrasi, tapi saya kata sebenarnya cara kita kini yang paling demokrasi beri peluang kepada rakyat untuk memilih.


“Kita meletakkan Anwar itu memang mengundang kontroversi, tapi kita buat ini langsung tidak membelakangkan demokrasi," katanya.

ha, ha, kerajaan mana satu ?

Agong minta rakyat sokong kerajaan
  • Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
1 / 1
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bertitah agar semua lapisan rakyat memberi sokongan penuh kepada kerajaan dalam usaha memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Seri Paduka bertitah usaha pembangunan negara yang dilakukan kerajaan ketika ini seharusnya dipuji kerana ia telah dapat melonjakkan Malaysia ke kedudukan ke-12 negara paling berdaya saing bagi menjalankan perniagaan.


"Beta bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan. Beta yakin usaha transformasi yang dilakukan ketika ini akan memastikan Malaysia mencapai negara maju menjelang tahun 2020," titah baginda pada majlis penganugerahan darjah kebesaran, bintang dan pingat di Istana Negara, Jalan Duta di sini sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada Sabtu.


Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berkenan hadir ke majlis tersebut.


Hadir sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.


Tuanku Abdul Halim bertitah status sebagai negara ke-12 paling berdaya saing dalam menjalankan perniagaan perlu ditingkatkan kerana ia merupakan kekuatan yang akan menjadikan Malaysia sebagai destinasi tumpuan terutama oleh pelabur asing.

  
Seri Paduka turut mengingatkan rakyat mengenai betapa pentingnya perpaduankaum yang wujud ketika ini dikekalkan kerana ia merupakan benteng dan tunjang utama dalam menghadapi segala cabaran mendatang selain dapat terus memacu Malaysia ke arah kemajuan.
  
"Ketepikanlah perbezaan politik dan sikap perkauman dalam diri. Utamakanlah kepada perpaduan kaum yang menjadi asas sejak negara merdeka 56 tahun lepas," titah baginda.
  
Mengenai Kuala Lumpur, Yang di-Pertuan Agong melahirkan harapan agar kawasan yang menjadi ibu negara Malaysia ini dapat membangun dengan lebih pesat lagi dan seterusnya menjadi bandar raya paling berdaya saing menjelang tahun 2020.
  
Baginda yakin segala usaha dan projek yang dilakukan kerajaan di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar seperti MyRapid Transit (MRT), River of Life dan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang dapat terus menjadikan ia sebagai bandar raya yang selesa untuk kesejahteraan penduduk.

"Beta berharap agar Kuala Lumpur dapat menarik banyak syarikat multinasional dan antarabangsa untuk datang serta menjadi bandar raya destinasi kewangan," titah Tuanku Abdul Halim.

  
Seri Paduka bertitah, Kuala Lumpur perlu mengambil kesempatan daripada Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan menganjurkan pelbagai program serta aktiviti untuk memastikan sasaran ketibaan 15 juta pelancong tahun ini berjaya.
  
"Tahun Melawat Malaysia 2014 perlu menjadi misi nasional untuk pastikan ketibaan 28.3 juta pelancong berjaya.
  
"Pastinya Kuala Lumpur akan turut jadi tumpuan pelancong. Beta berharap sasaran 15 juta pelancong Kuala Lumpur dan keuntungan RM24.9 juta daripada perbelanjaan (pelancong) dapat dicapai", titah baginda.
  
Seri Paduka juga mahu agar Wilayah Persekutuan Labuan dapat terus dibangun dan dimajukan bukan sahaja sebagai pusat kewangan pesisir pantai,
malah dipromosikan sebagai destinasi pelancongan menarik di peringkat antarabangsa.

"Labuan merupakan Wilayah Persekutuan yang berpotensi dari segi ekonomi kerana ia mempunyai industri minyak dan gas serta sebuah kawasan bebas cukai," titah baginda.

  
Tuanku Abdul Halim juga bertitah agar Wilayah Persekutuan Putrajaya yang  merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan dapat melaksanakan lebih banyak aktiviti komersil dalam usaha menarik kehadiran pelabur tempatan dan antarabangsa.
  
"Hanya dengan usaha sebegini Wilayah Persekutuan Putrajaya dapat menjadi sebuah bandar yang termaju dan berdaya saing," titah baginda.
  
Yang di-Pertuan Agong mengakhiri titah ucapan dengan mengingatkan para penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat agar menjaga maruah diri.
  
Pada majlis itu, sebanyak 320 orang menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat daripada Seri Paduka dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa yang dianugerahi Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri Utama, mendahului senarai penerima. - Bernama

c alon jamban


Sabtu, 1 Februari 2014

Calon bebas PRK Dun Kajang terperangkap dengan isu kaum

Yuktes Vijay, bekas pembantu kepada Sankara Nair, peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini terperangkap dengan isu perkauman selepas status kontroversi berhubung Tahun Baru Cina di Facebook pada Khamis.

Semuanya bermula apabila Yuktes, yang menawarkan diri bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada “5 peratus orang Cina yang baik dan kenang budi”.


“Kepada semua Cina DAP dan yang Cina lain yang sehaluan dengan mereka, sila minum banyak dan pandu kereta ke genting...


“Kalau sempat sampai tolong judi macam ianya hari kiamat dunia... Kalau sempat bangun esok, dah ditakdirkan... tak mampu kita ubah... terpaksa lawan perangai rais ini untuk satu tahun lagi....


“Kepada keluarga saya yang 5% itu, you know
I sayang you all,” tulisnya.

Ketika laporan ini ditulis, status itu dikongsi 40 kali serta mengundang 226 komen dengan banyak pengguna Internet mengutuk kenyataan itu.

Beliau yang juga pernah berkhidmat sebentar dengan Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan bagaimanapun mempertahankan tulisan itu dengan berkata tidak adil menggelarkannya seorang rasis.


Selain Yuktes, calon bebas lain yang disebut-sebut untuk pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) itu adalah
Ramlan Abu Bakar yang terkenal dengan gelaran "reformis bogel" serta calon parti parti NewGen. 
 

PAS&PKR JANGAN JADI HANTU TIDAK BERTUAN


Ate ? kalo nak sangat jadi MB bincang la dengan pucuk pimpinan PAS Pusat, jangan la hangpa keluarkan kenyataan yang panas baran, macam tak de mak bapak bila buat kenyataan, PKR juga jangan la tunjuk berlagak apabila buat kenyataan bodoh, kita tahu ramai dari ahli PKR yang buat kenyataan seolah-olah Selangor ni mereka yang punya,

Sementara itu PAS pula jangan  dijadikan macam buah catur oleh bajang yang telah terbuang, PAS dan PKR serta DAP tidak sekuat mana di Negara ini, oleh sebab itu apa juga masalah kena rujuk pada pucuk pimpinan dulu, kemudian baru buat kenyataan, jangan buat perangai macam hantu tidak bertuan - Pak Karamu

Sabtu, 1 Februari 2014

Nak tahu sebab sebenar mereka marah sangat PRK Dun Kajang?

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali , kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

  "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita," katanya lagi.

Tidak ada sebab untuk menggantikan Khalid sebagai MB kerana beliau telah mentadbir negeri dengan jayanya. 
 Jika terdapat keperluan untuk menggantikan jawatan tertinggi itu, ia akan lebih mudah diberikan semula kepada PAS, dengan melantik pesuruhjaya Selangor , Iskandar Abdul Samad, yang merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Cempaka dan exco negeri. 

 Katanya lagi, bahawa sebab sebenar di sebalik langkah itu adalah untuk menggantikan Menteri Besar PKR dan untuk mengelakkan kedudukan itu diambil oleh PAS.

Sepatutnya, kedudukan Menteri Besar milik PAS kerana ia memegang majoriti kerusi di negeri ini dengan 15 kerusi, selain dari sekutu yang lain, DAP, juga dengan 15 kerusi. PKR mempunyai 13 kerusi. 

Kenyataan Khairudin ini mendapat pujian wartawan Sinarharian ~ Ketegasan yang ditunjukkan oleh blok Dr Khairuddin, Nasrudin dan Mohd Sany adalah yang terbaik untuk parti itu mempertahankan hak mereka yang mempunyai 15 anggota di Dun Selangor berbanding PKR yang pada masa ini hanya 13 kerusi. Sila baca di sini
 
 Saya tidak berapa pasti samada Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS ini benar-benar mahu mempertahankan Khalid sebagai Menteri Besar dalam isu  PRK Kajang ini atau kerana kepentingan sesuatu? Bak kata orang, ada udang di sebalik batu ....

Walau apapun sebelum saya komen mengenai kenyataan garang Khairudin diatas tadi, terlebih dahulu perlu dinyatakan bahawa PAS dan DAP sokong Anwar tanding di Kajang

 DAP berjanji akan bekerja keras untuk memenangkan Anwar dan mengisytiharkan sokongannya itu tanpa syarat! Tidak sebagaimana Pemuda PAS yang walaupun memberi akuan akan bantu tetapi seolah-olah macam terpaksa sahaja kerana banyak songelnya di sini


 Menyentuh kenyataan Khairudin, pertamanya perlu diperbetulkan mengenai apa yang beliau katakan : " .... bahawa kedudukan Menteri Besar adalah keputusan yang dibuat oleh parti Islam, melalui presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang."

Tetapi apa yang kita semua sedia maklum perlantikan itu adalah atas keputusan bersama termasuk DAP yang ada 15 kerusi (sama dgn PAS). Bukan semata-mata keputusan yang dibuat oleh PAS sebagaimana dakwaan Khairudin.

 Tetapi kenapa DAP memberikan restunya untuk PKR menerajui Selangor walaupun cuma mempunyai 14 kerusi, sedangkan PAS mempunyai 15? Umumnya, kita dinyatakan dengan alasan bahawa 'prestasi Khalid adalah baik.

 Kalaulah itu alasan yang sebenarnya, tidakkah PAS boleh membantah atas perkiraan bilangan kerusi yang lebih itu? Dan kalau PAS yang jadi MB, mungkin akan jadi lebih baik lagi...

 Namun saya merasakan  bahawa DAP terpaksa condong kepada PKR lantaran mahu menghukum PAS diatas kerja sabotaj yang PAS lakukan di Kota Damansara. PKR sepatutnya  boleh dapat satu kerusi di situ dan menjadikannya jumlah 15 kerusi kalau Presiden PAS tidak terpengaruh dengan hasutan menantunya lalu mengeluarkan watikah untuk PAS bertanding sama.



 Maka yang demikian, Khairudin janganlah nak mendabik dada dengan dakwaannya bahawa PAS berhak untuk jadi MB di Selangor. Dan tak payahlah mengungkap kata-kata yang sebagimana yang sering diguna pakai pencacai Umno ~ "Berterusan mempersoalkan Khalid sebagai Menteri Besar bermakna mereka mempersoalkan kebijaksanaan presiden kita" Sebagai seorang yang faqeh, beliau sepatutnya berasa malu diatas kerja-kerja khianat yang PAS lakukan di Kota Damansara pada PRU 13 lalu

Benarkah Presiden PAS kita tu bijaksana ketika beliau mengeluarkan watikah / lesen untuk mengkhianati rakan sendiri dan memenangkan Umno di situ?
  Korang perasan tak kenapa statement yang merah dan diboldkan kat atas itu? Sekali imbas kita merasakan bilangan 13 kerusi PKR itu adalah satu kesilapan angka sahaja kerana PKR mempunyai 14 kerusi sebenarnya kan?

 Tetapi kesilapan yang mungkin disengajakan itu boleh jadi 'kenyataan' sekiranya PAS memboikot PRK Kajang dan memberikan undi mereka kepada BN nanti! PAS Selangor dah mula mahukan sangat kerusi MB  di sini 

  Khairudin dan sewaktu dengannya berkata PRU ini hanya membazir wang dan tenaga rakyat dan berbagai …. Hoi! Bukankah Umno/BN membazir duit rakyat lebih banyak lagi dan hari-hari depa buat kerja pembaziran ini....

Jangan pula nanti ada yang kata "Masih ada lagi saki baki pengikut  Hasan Ali yang sangat mengidamkan ....  SUMBER

BN Muflis calon



Apa pasal BN meraba-raba mencari calon ? Lee Chong Wei adalah ahli sukan yang tak tahu apa itu alif ba ta politik tiba-tiba dicadangkan menjadi calon BN menentang Anuar Ibrahim kat Kajang, ini menunjukkan BN sudah muflis calon, mereka mahu jadikan sesiapa juga sebagai batu loncatan setelah menteri mereka kecut untuk berhadapan dengan Anuar Ibrahim - Pak Karamu

 

PRK Kajang!! Lee Chong Wei Jawab Isu Bakal Dicalonkan Menentang DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!


Respon Lee Chong Wei isu dicalonkan DUN Kajang - Berita pencalonan jaguh badminton negara, Lee Chong Wei untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kajang merupakan antara kejutan menarik minggu ini. 

Bermula dengan cadangan Ketua Umno Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul untuk meletakkan Chong Wei sebagai calon kerana popularitinya yang dapat menandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim, kini ada kemungkinan cadangan itu bakal dipertimbangkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai.
Ditanya tentang respon Lee Chong Wei berhubung cadangan beberapa pihak supaya beliau bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, beliau memberitahu langsung tidak mengetahui tentang perkara tersebut.

"Saya tidak tahu apa-apa dan tidak pernah dimaklumkan pula tentang cadangan untuk meletakkan saya sebagai calon di kawasan tersebut."

Terdahulu, dua calon popular iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Liow Tiong Lai dan Lee Chong Wei adalah dua nama yang disebut kemungkinan menjadi calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

Dalam pada itu, Chong Wei menolak untuk memberikan komen lebih lanjut tentang kesediaannya untuk menukar haluan ke bidang politik jika diberi peluang. Katanya, dia belum berfikir tentang perkara tersebut buat masa ini.

Jumaat, 31 Januari 2014

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Nikahkan Exco Kerajaan Kelantan



 Foto : Facebook Tok Guru Nik Aziz

SHAH ALAM - Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Abdul Fatah Mahmood telah selamat menamatkan zaman dudanya hari ini.

Abdul Fatah telah dinikahkan oleh bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pasangannya Wan Sakinah Wan Ismail.

Majlis pernikahan itu diadakan di Kampung Banggol, Kota Bharu selepas solat Jumaat, petang tadi.

Abdul Fatah yang juga Adun Bukit Panau itu  telah kehilangan isteri pertamanya, Datin Fahimah Mahmod, 49 kerana meninggal dunia akibat mengidap barah paru-paru  pada Mei, tahun lepas.SH

KOPIAH PUTIH KENA MAKI HAMUN

 Malangnya sapa yang pakai kopiah putih, orang kopiah putih yang sokong ngan PRK kajangpun kena maki sama, pedasnya artikal ini sama dengan pedasnya maki hamun yang dilakukan ketua penerangan dewan ulama PAS, kita tidak tahu apa pasal depa maki cara berpolitik golongan berkopiah putih secara total pada tajuk artikal nih, agak geram sangat la kot, mungkin geram ni belum lagi habis ?

Andainya geram ini berterusan maka kesan geram ini akan berpanjangan sehingga peputusan pilihan raya kecil Kajang sama ada kalah ataupun menang, hasilnya permusuhan ini rasanya akan kekal sehingga PKR dan PAS berpecah dan membawa haluan masing-masing, soal siapa untung dan rugi tidak timbul, apa yang penting bagi dua golongan pada dua jenis parti poltik ini ialah melayan perasaan syaitan

Sengat menyengat diantara dua kumpulan ini nampaknya disimpan sebagai pusaka. Di Selangor memang banyak batu api dari kedua belah pehak ini, batu api daripada orang yang telah kena tendang masih lagi memainkan peranannya yang tidak siapa  mengintif aktiviti mereka, kononnya kerana berbaik sangka ! Secara ikhlas Pak Karamu ingin jelaskan bahawa PAS juga akan menjadi PKR sekiranya sikap berjihad mereka tidak diselaraskan, kerana apa yang saya lihat bertambahnya ahli PAS bukan kerana mereka berminat dengan dasar parti, akan tetapi kerana  terikut-ikut dari golongan yang frust dan yang ada gelaran yang menyertai parti tersebut! Pak Karamu


 

Friday, January 31, 2014

Buruknya cara golongan ‘kopiah putih’ berpolitik dalam PAS


Baru-baru ini iklim politik Malaysia “panas” dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.

Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim. Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan.

Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.

Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.

PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.

Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.

Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan “kopiah putih” ini.

Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng “kopiah putih” yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan

. Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.

Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam.

Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan “kopiah putih” yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.

Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang.

~ Hafiz Ahmad

asma ni macam batu api plak !

Isma kecewa Najib diam isu kalimah ALLAH
  • Abdul Rahman Mat Dali Abdul Rahman Mat Dali - Foto Ihsan Ismaweb.net
1 / 1
SHAH ALAM – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) kecewa dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendiamkan diri berhubung isu kalimah ALLAH.

Naib Presiden II (Isma), Abdul Rahman Mat Dali berkata, sebagai Perdana Menteri beliau perlu tegas dalam menangani isu ini.


“Pendirian beliau berhubung isu kalimah Allah ini, membuktikan bahawa beliau lebih menjaga kaum minoriti yang  melampau," katanya yang dipetik dari Ismaweb.


Semalam, Najib dalam satu pertemuannya bersama pimpinan 40 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum Melayu dan Islam telah menyatakan bahawa beliau perlu berdiam diri dalam isu kalimah ALLAH kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan dengan menambah bahang kemarahan.


Kata Najib, beliau merupakan seorang pemimpin semua rakyat Malaysia dan bukan semata-mata pemimpin satu kaum.


Tambah Abdul Rahman, jawapan Najib sangat mengecewakan kerana gagal memberi perhatian kepada rakyat beragama Islam.


"Ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang lemah dan dilihat tidak mampu menguasai keadaan yang celaru ketika ini.


"Beliau juga dilihat tidak mampu menangani ancaman terhadap agama Islam demi kepentingan bangsa Melayu pada masa akan datang," katanya.


Sebelum ini, isu penggunaan nama ALLAH telah menimbulkan pelbagai provokasi.


Bermula dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah Katolik The Herald menggunakan nama ALLAH dalam penerbitan mereka.

Namun, selepas mendapat bantahan dari pelbagai pihak Mahkamah Rayuan telah menolak keputusan itu.

31 Januari, 2014

Mahathir Terkedu Apabila Tembelangnya Pecah..

Pembabitan Tun Mahathir Mohamed dalam gerakan menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak bukan sesuatu yang menghairankan kerana sejarah membuktikan perkara sama pernah berlaku ketika era bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam. 
Penulis buku politik, Shahbudin Husin, berkata tindakan menjatuhkan pemimpin yang tidak sebulu dengannya adalah perkara biasa bagi Mahathir, bahkan membuat penafian juga sudah sebati dalam gerak kerja politiknya selama ini. 
Beliau berkata, perkara sama turut menimpa beberapa bekas pemimpin terkemuka Umno sebelum ini antaranya Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas disingkirkan Mahathir.
Ketika hubungan tidak mesranya dengan Musa dihidu ramai pada awal 1980-an dulu, Mahathir beberapa kali menafikannya, bahkan beliau juga kerap menunjukkan sifat mesranya di depan umum dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu. 
“Begitu juga dengan Anwar apabila beliau sering menafikan hubungan renggang mereka dan berulang kali menegaskan Anwar adalah penggantinya,bahkan sehari sebelum pemecatan Anwar ,pada 2 September 1998, beliau sekali lagi menafikan hubungan mereka bermasalah. 
“Namun ,akhirnya Anwar bukan saja dipecat, bahkan juga dimalu, diaibkan dan dihantar ke penjara seperti tidak pernah bersahabat baik serta duduk makan semeja sebelum itu. 
Tetapi itulah Mahathir, apa yang dinafikan selalu yang dilakukannya,” katanya di dalam blog. Shahbudin berkata, gerakan untuk menggulingkan Najib yang dikaitkan dengan Mahathir bukan lagi rahsia Umno berikutan beberapa blogger pro-bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu semakin giat meningkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib.
Beliau berkata, desakan supaya Najib segera berundur daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri adalah bagi mengelakkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti. 
Katanya, selain Datuk A Kadir Jasin; bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin juga secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihan raya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada kini. 
“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan dikatakan selalu bertemu untuk berbincang berkenaan isu politik semasa. 
“Walaupun menafikan berada di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib, beliau pada masa sama mulai kritis terhadap Najib dengan mengkritik sikap bermewah kerajaan dan menyokong kenyataan Daim dengan menyatakan pandangan bekas Menteri Kewangan itu ada asas dan kebenarannya. 
“Mahathir juga seperti menyindir Perdana Menteri bahawa pemimpin sekarang lebih mengutamakan mencari kekayaan berbanding memberi khidmat kepada rakyat. Siapa pemimpin sekarang yang ghairah mencari kekayaan kalau bukan Najib dan keluarganya?” katanya. ~selangorku 

Friday, January 31, 2014

Putrajaya bakal hadapi persepsi negatif jika lantik Shafee sebagai peguam negara OLEH V.ANBALAGAN




Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee dan Putrajaya akan menghadapi pesepsi negatif jika dia dilantik sebagai peguam negara, kata sekumpulan peguam.

Penasihat dan pengasas kepada Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen (gambar) berkata, Putrajaya tidak sepatutnya mempertimbangkan langsung Shafee sebagai calon untuk jawatan itu kerana beliau membawa bebanan tersendiri.

"Peguam negara adalah satu jawatan yang tidak boleh dipertikaikan dan calon-calon untuk jawatan ini perlu dilihat bebas dan mengatasi kuasa politik," katanya kepada The Malaysian Insider.


Beliau berkata, jika Shafee dilantik atau dipertimbangkan untuk jawatan itu, maka keseluruhan Jabatan Peguam Negara akan terjejas daripada kedudukan sekarang kepada lebih buruk lagi kerana beliau (Shafee) dikenali sebagai peguam Umno.

Katanya, Shafee telah menjadi penasihat perdana menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang serta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata, Shafee juga dikenali kerana mengambil sikap menentang pembangkang khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apatah lagi ia sangat tidak sesuai setelah beliau terlibat dalam kes sodomi Anwar. Persepsi umum adalah jika beliau berjaya menang kes bagi pihak pendakwa, hadiah untuknya adalah jawatan Peguam Negara seterusnya."

Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan apabila Mahkamah Rayuan mendengar rayuan pendakwa raya pada 12 Februari ini.

Paulsen berkata demikian ketika mengulas Shafee yang mendedahkan keinginannya untuk menjadi penasihat undang-undang negara dan pendakwa raya.

Peguam kanan berusia 61 tahun itu berkata beliau sedia mengambil alih jawatan itu untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan tidak memikirkan soal membuat wang.

"Saya akan menerima apa-apa jawatan untuk berkhidmat. Jika saya layak untuk jawatan itu dan kerajaan benar-benar inginkan saya, saya akan menerimanya," kata Shafee di pejabatnya dekat Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Khamis.

Paulsen berkata pengakuan Shafee mengesahkan apa yang telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama di kalangan pengamal undang-undang.

Beliau berkata, tidak ada keraguan Shafee memahami undang-undang dan mempunyai keupayaan yang cemerlang tetapi soalannya adalah samada beliau mendapat keyakinan umum sebagai peguam negara atau tidak.

"Jawatan Peguam Negara tidak boleh tercemar," katanya.

Paulsen berkata, ia telah berlaku kepada pelantikan Tun Zaki Azmi, bekas Peguam Umno, yang telah dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dan kemudian Ketua Hakim Negara.

"Beliau adalah seorang peguam kanan tetapi tidak sehebat Datuk Seri Gopal Sri Ram (yang dilantik terus ke Mahkamah Rayuan) dengan ensiklopedia pengetahuan undang-undangnya," katanya.

Beliau berkata, semua mata tertumpu setiap kali ada kes berkaitan Putrajaya dan Umno seperti krisis Perlembagaan Perak sama ada Zaki campur tangan dalam memanipulasi penghakimannya.

Shafee berkata, khabar angin beliau menjadi Peguam Negara telah wujud sejak 15 ke 20 tahun lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Shafee, yang dilantik secara ad hoc sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk memimpin pasukan pendakwaan untuk membatalkan pembebasan Anwar pada tahun 2012, juga perlu dilihat sebagai tugas untuk perkhidmatan awam.

Beliau berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah tidak mengambil kes ini kerana tuduhan terhadapnya, seperti manipulasi keterangan dan bekas pendakwa raya (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) pula telah bersara.

Lawyers for Liberty dua minggu lalu mempersoalkan peranan Shafee sebagai pendakwa selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya selepas didenda RM5, 000 oleh Lembaga Tatertib Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.

Paulsen kemudian berkata ini merupakan satu lagi sebab mengapa Gani perlu mengambil balik lesen yang diberikan kepada Shafee untuk mengendalikan kes Anwar. – 31 Januari 2014

GAJI TAK CUKUP AGAK NYEW !

M16 hilang: 8 askar direman
  • M16 hilang: 8 askar direman Lapan anggota tentera dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Tanah Merah selepas dikenakan tahanan reman berhubung kes kehilangan selaras raifal M16, semalam.
1 / 1
TANAH MERAH - Mahkamah majistret, di sini, memerintahkan lapan anggota tentera direman empat hari bagi membantu siasatan kes kehilangan selaras raifal M16 di Kem Batalion ke-2 Rejimen Sempadan Batu Melintang, dekat Jeli, kelmarin.

Majistret Lukman Hakim Abu Bakar Sedik membenarkan perintah reman itu bermula semalam hingga Ahad ini.


Lapan anggota tentera terbabit yang berpakaian lokap polis tiba di pekarangan mahkamah menaiki trak polis pada jam 9.15 pagi sebelum dibawa keluar pada jam 11.27 pagi.
Ketika kejadian petang kelmarin, pegawai pemerintah kem itu dimaklumkan selaras raifal M16 hilang dan belum dimasukkan ke dalam stor senjata Kompeni C setelah selesai menjalani latihan kawad di kem berkenaan.

Pegawai pemerintah kem kemudian mengarahkan pintu pagar utama kem dikuatkuasakan dengan ketat sebelum membuat laporan pada jam 5.12 petang, di Balai Polis Batu Melintang, Jeli.


Siasatan awal polis mendapati, pemilik senjata api berpangkat Lans Koperal dari Kem Sungai Tumbi menyerahkan senjata tersebut kepada seorang rakan untuk dipulangkan ke stor selepas selesai menjalani latihan kawad.


Rakan pemilik senjata itu bagaimanapun melonggokkan senjata tersebut bersama senjata rakan-rakan lain dan dimasukkan ke dalam Land Rover untuk dibawa balik ke kem, kira-kira tiga kilometer dari tempat latihan.


Semua senjata milik kompeni C kemudian dilonggokkan di hadapan stor senjata kem berkenaan.


Namun, apabila pemilik senjata api itu memulangkan kelopak peluru M16 dan sebilah benet pada jam 1.30 tengah hari, penjaga stor memaklumkan senjata miliknya masih belum dipulangkan dan belum dimasukkan ke dalam

stor.

Susulan laporan polis dibuat pegawai pemerintah terbabit, lapan anggota tentera termasuk pemilik senjata dan rakannya serta penjaga stor ditangkap.

laa ! yang ko sebok buat apa ? Letak la calon kalo ko jantan !

NI DIA ORANG KENA PENYAKIT ASMA ! Pak Karamu
 
Dun Kajang: Kredibiliti PKR hancur
  • Mohd Hazizi Abd Rahman Mohd Hazizi Abd Rahman . - Foto ihsan Ismaweb.net
1 / 1
SHAH ALAM - Keputusan bekas Adun Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan yang munasabah telah menghancurkan kredibiliti partinya.

Setiausaha Biro Politik Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Mohd Hazizi Abd Rahman berkata, tindakan meletakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR bagi menggantikan Chin Cheh merupakan langkah tidak bertanggungjawab pucuk pimpinan parti tersebut.

“PKR yang selama ini melaung-laungkan akauntabiliti, amanah, ketelusan dan anti pembaziran telah meranapkan seruan mereka sendiri, akibat perebutan kuasa sesama mereka,” kata beliau yang dipetik Ismaweb.

Tambahnya tindakan itu tidak masuk akal dan membazirkan wang rakyat untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dun itu.

“Ibarat meludah ke langit, tanpa sebarang sebab yang masuk akal, pucuk pimpinan PKR dengan sewenang-wenangnya membazirkan wang rakyat apabila memaksa PRK berlaku dan mempermainkan pemilihan rakyat terhadap wakil rakyat mereka,” katanya lagi.

Justeru, beliau menyeru para pengundi di Kajang agar tidak lagi menaruh sebarang kepercayaan kepada parti yang “cakap tak serupa bikin”.
Umno gagal pulih hubungan sesama mereka
  • Zahid Hamidi Zahid Hamidi
1 / 1
PERSETUJUAN Naib Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi agar formula menentukan calon BN di pilihan raya kecil Kajang seperti mana dicadangkan Khairy Jamaluddin menunjukkan komponen itu masih gagal memulihkan hubungan sesama mereka.

Persetujuan Ahmad Zahid itu juga menunjukkan BN tidak yakin pilihan raya kecil itu dapat diuruskan oleh MCA dan BN akan menang.

Kerusi Dun 25 Kajang adalah diperuntukan kepada MCA.

Sekiranya hubungan sesama mereka, Umno - MCA sudah dalam keadaan baik dan mantap seperti mana didakwa, sudah pasti tidak timbul cadangan agar formula menentukan calon di PRK Kajang itu dibangkitkan. Ia pastilah meneruskan status quo yang ada.

Sebelum ini pemimpin Umno beriya menegaskan bahawa orang Cina sudah kembali meyokong kerajaan.

Ratusan juta peruntukan, khasnya untuk pendidikan di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina diberikan bagi mengambil hati orang Cina sehinggakan ada orang Melayu Umno mempertikaikan kejujuran kerajaan.

Akhbar lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia pula beberapa kali menggertak orang Cina dengan provokasi-provokasi seperti, tsunami Cina, apa lagi orang Cina ingini dan sebagainya.

Golongan fanatik dan rasisme Umno pula secara terang-terangan mahukan kerusi itu ditandingi oleh Umno.

 Ini menunjukkan bahawa pemulihan kepada persefahaman Cina dan Melayu dalam BN masih tidak wujud.

Dengan hakikat yang ada  ia amat sukar untuk BN merampas kerusi berkenaan menerusi pilihan raya kecil nanti.

Apakah Najib Razak akan mengambil pendekatan untuk tidak meluka hati sesama sendiri dengan tidak menghantar calon ke Kajang? Boleh jadi. Kata Najib, BN akan bermesyuarat dan mengkaji keperluan itu.

Walaupun tindakan tidak menghantar calon ke Kajang itu satu tindakan bijak tetapi ia pasti akan ditafsirkan dengan berbagai tafsiran.

Tafsiran yang popular nanti bahawa sudah wujud persefahaman secara senyap di antara Najib dengan Anwar.

Boleh jadi pilihan raya kecil itu adalah perasmian kepada konsensus (rekonsiliasi) nasional.
Kalau ini terjadi bermakna rakyat Malaysia sedang berada dalam keindahan seni politik yang menakjubkan.

Selepas ini kita dengar pula apa komen Mahathir Mohamad, setelah Muhyiddin Yassin awal-awal lagi dengan nada tidak yakin mengatakan; bila ada pilihan raya kita akan meletakkan calon ia memberi petunjuk di pihak sebelah sana pasti tidak seronok dengan tindakan Najib.

PRK Kajang: Apa Kata Prof Aziz Bari & Prof Muhammad Agus?


Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”


“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi. -KD


PRK DUN KAJANG: WAJARKAH?


Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?

Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?

Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.

Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.

Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.

Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.

AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal.
-fb Prof Mohd Agus


Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Isnin depan


31/01/2014 7:40pm

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora kategori pertama, yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, dijangka berterusan hingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, keadaan sama turut melanda Sarawak, Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Keadaan itu membawa angin kencang berkelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ombak dengan ketinggian melebihi 3.5 m

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0131&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_14.htm#ixzz2ryYvqH3Z
Hakcipta terpelihara
Anak pasangan Sweden diserah ke kedutaan
  • empat beradik kes pukul anak Sumber Internet
1 / 1
STOCKHOLM - Empat anak pasangan Malaysia, yang kini ditahan reman kerana dakwaan memukul tangan anak lelaki mereka, semalam diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Sebelum ini, anak-anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal  itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan pasangan itu pada 18 Dis lepas.

Semalam, selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, anak-anak itu yang dikenali sebagai Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif,7, dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia di sini pada 4 petang  waktu tempatan (11 malam waktu Malaysia).

Empat beradik itu, yang kelihatan teruja dan dan gembira, dibawa dari sebuah sekolah ke Kedutaan Malaysia di sini sebelum dipertemukan dengan saudara mara mereka.

"Saya sangat gembira dan terharu. Tidak sangka bertemu dengan saudara mara. Terima kasih semuanya," kata Aishah pada majlis penyerahan mereka oleh pihak berkuasa Sweden kepada Kedutaan Malaysia di sini.

Kedutaan Malaysia dijangka menyerahkan mereka kepada keluarga angkat baharu iaitu keluarga Islam Malaysia di sini.

Aishah yang mewakili adik-adiknya turut berterima kasih di atas sokongan padu kerajaan dan rakyat Malaysia sejak kes mereka dilaporkan bulan lepas.

Empat beradik itu juga dilihat seronok berbual dan bergurau senda dengan saudara mara mereka sambil menjamu hidangan nasi lemak yang disediakan pihak kedutaan.

Majlis itu disaksikan Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, Duta Besar Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman, Pengerusi Biro Aduan Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous dan timbalannya yang juga Pengerusi Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam) Datuk Khairul Anwar.

Dalam sidang berita kemudian, Hamzah berkata kerajaan Malaysia menerusi Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di sini menzahirkan penghargaan kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar Negeri Sweden, Frank Belfrage, pihak Khidmat Sosial Sweden dan semua pihak yang menjayakan usaha itu.   

"Mereka faham dan sedar bahawa anak-anak ini patut berada di bawah jagaan keluarga yang memahami budaya kita...mereka sedar mengenai perbezaan ini.

"Ini (kes) kali pertama berlaku pada rakyat kita. Kita perlu rancang strategi dan inilah hasilnya," katanya.

Sementara itu, Sheikh Nafiq berkata pihaknya juga menyampaikan pelbagai barangan, hadiah dan permainan yang disumbangkan beberapa pihak kepada keempat-empat beradik itu.

"Misi kita ke sini bagi membantu mendapatkan maklumat mengenai kes anak-anak ini...akhirnya (ia) berjaya hasil semua kerjasama semua pihak," katanya.

Beliau berkata Biro Aduan Pemuda Umno akan mencari jalan penyelesaian kepada isu itu dengan menjadi jambatan kepada agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Pagi tadi, Mahkamah Daerah Solna melanjutkan tahanan reman Azizul Raheem selama 11 hari lagi sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Difahamkan mahkamah sama akan bersidang esok bagi memutuskan penahanan reman isteri Azizul, Shalwati Norshal, seorang guru yang bercuti tanpa gaji. - Bernama
Anwar mampu selesai 'ekonomi kangkung'
  • Ir Zamri Yusof
1 / 1
ALOR SETAR – Percaturan PKR Selangor mengumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PRK Dun Kajang adalah langkah paling bijak untuk menyelesaikan masalah ‘ekonomi kangkung’ di negeri itu.

Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Ir Zamri Yusof berkata, pengumuman itu jelas bahawa Anwar mungkin akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

“Dia (Anwar) bukan saja boleh selesaikan masalah di negeri itu, tetapi langkah paling bijak menyelesaikan masalah rakyat. Tambahan pula rakyat sekarang berada dalam ‘ekonomi kangkung’ selepas PRU13.

“Sekarang ini rakyat mencari seorang pemimpin yang boleh membantu menyelesaikan masalah mereka dan mencari tempat untuk pergantungan harapan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, pengumuman Anwar sebagai calon PRK Dun Kajang juga adalah tepat dengan harapan boleh membawa kuasa ekonomi lebih menyeluruh yang berpusat di Selangor dan memberi kesan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Selain menyelesaikan masalah ekonomi, masalah air di Selangor juga mungkin dapat ditangani sebaik mungkin pada masa hadapan.

“Walaupun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah lakukan yang terbaik, tetapi rakyat di negeri itu mengharapkan sesuatu yang lebih baik,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai PRK Dun Kajang, beliau berkata, PKR Kedah akan beri kerjasama sepanjang kempen tersebut berlangsung.

“Kita sedia maklum bahawa PKR Selangor adalah antara parti yang terkuat di Malaysia. Bagaimanapun, kita di Kedah akan turut membantu dan hantar jentera parti ke sana.

“Seramai 200 orang jentera parti akan berkampung di sana bagi memastikan kemenangan itu kekal milik PKR,” katanya.

PRK Kajang Membazir Kata Najib, Kos Berjuta Sewa Jet Tidak Membazir?


Pilihan Raya Kecil Kajang satu pembaziran, kata PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang akan datang adalah pembaziran wang awam yang disebabkan oleh Pakatan Rakyat.
“Bagi menyelesaikan perebutan kuasa dalam PKR, Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk membawa beban pilihan raya kecil di Kajang.

“Anwar membebankan rakyat dan masyarakat Kajang. Saya dimaklumkan bahawa penduduk Kajang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku setakat ini,” katanya.

Bercakap kepada wartawan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini, Najib bagaimanapun enggan mendedahkan calon Barisan Nasional yang akan bertanding di Kajang.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai siapa yang bakal menjadi calon BN sehingga saya tahu bila tarikh penamaan calon,” katanya.

Najib juga enggan mengulas berhubung cabaran Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali supaya Najib sendiri bertanding di Kajang menentang Anwar.

“Ini bukan masalah saya, ia masalah PKR. Ia adalah isu yang ditimbulkan oleh pertelingkahan dalaman parti.

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik parti mereka. Jangan heret Barisan Nasional dalam isu itu,” katanya.

Semalam, Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor mencabar Najib melawan Anwar dalam PRK Kajang.

PKR itu terpaksa diadakan berikutan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletakkan jawatannya pada Isnin.

“Umno, jika anda berani, mari bertanding. Jangan letak calon MCA, MIC atau Gerakan,” kata Azmin.

“Minta Najib bertanding di Kajang. Mari jika berani,” katanya ketika majlis taklimat jententera parti di Kajang, semalam.

Lee, yang menjadi Adun bagi penggal pertama mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar untuk menyertai 56 kerusi dalam DUN Selangor.

Tetapi wujud spekulasi menyatakan Anwar akan menggantikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sudah lama bercakar dengan Azmin. -TMI

ULASAN GB

Mengadakan PRK satu pembaziran tetapi bagaimana membelanjakan RM28.8 juta untuk kos sewa tahunan jet PM? itu bukankah lagi besar punya pemembaziran? Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam tidak mebazir?

PRK membebankan penduduk rakyat, kata Najib. Kenaikan harga barang, pengenaan GST, rasionalisasi subsidi dan seumpamanya tidak membebankan rakyat?



31 Januari, 2014

Ini Dia Arkitek Utama "Langkah Kajang".. Ikuti Penjelasan Terperinci Dari Beliau

Jika beliau menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, peranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kerajaan negeri Selangor ialah untuk membantu dan bukan menggantikan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kata Rafizi Ramli.

Pengarah Strategi PKR yang merangkap arkitek utama ‘langkah Kajang’ penuh kontroversi itu berkata, Anwar akan memberikan Abdul Khalid perisai politik untuk mempertahankan kerajaan negeri daripada apa yang PKR percaya peningkatan serangan politik daripada ekstremis Umno.

“Anwar boleh jadi MB (menteri besar), Khalid boleh jadi penasihat, Anwar boleh jadi MB, Khalid jadi exco, Khalid boleh jadi MB, Anwar jadi exco. Pilih atur itu ada banyak.

“Tetapi gabungan pakar politik dan pengurusan dalam kerajaan Pakatan pada masa ini amat diperlukan untuk berdepan dengan perkembangan politik akan datang,” katanya dalam temubual bersama The Malaysian Insider.

PKR percaya pesaingnya, parti Melayu, Umno kini bertambah agresif dalam memarakkan ketegangan kaum, dan contohnya ialah roadshow isu kalimah Allah yang dilihat sebagai usaha untuk meletakkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berada dalam keadaan tidak stabil.

Pada masa sama, Rafizi mengakui bahawa kehadiran Anwar dalam kerajaan Selangor bertujuan menyelesaikan permusuhan yang jadi bertambah buruk antara Azmin, yang mengetuai PKR Selangor dan Abdul Khalid.

Bagaimanapun, Rafizi menekankan menyelesaikan apa juga masalah di antara kedua-dua pemimpin itu, yang dilihat secara jelas tidak sehaluan dalam pelbagai isu, adalah perkara “kedua” penting.

“Jika ia persoalan (menyelesaikan) permusuhan Abdul Khalid dan Azmin seperti yang diperkatakan, jadi mengapa kami tidak melakukannya dua atau tiga tahun lalu?“Persengketaan itu memang sudah ada. Ia bukan hanya sebab permusuhan. Itu adalah perkara kedua.

“Kami mahu memperkukuhkan Selangor untuk menjadikan ia negeri contoh dan kami mahu mempunyai pilihan sebaik mungkin untuk tindak balas terhadap BN,” kata ahli Parlimen Pandan itu.

Anwar akan bertanding untuk mendapatkan kerusi DUN Kajang selepas ia dikosongkan secara sukarela oleh penyandangnya, Lee Chin Cheh, dan tindakan itu menerima kritikan daripada pelbagai kumpulan persatuan sivil.

PKR mendedahkan peletakan jawatan Lee adalah bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi itu bagi membolehkan Anwar menjadi Adun atau ahli badan perundangan Selangor.

Parti itu mempertahankan plot berkenaan walaupun tindakan itu menimbulkan kemarahan ramai yang menyatakan pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat.

PKR mendakwa “langkah taktikal” itu perlu bagi memperkukuh Selangor dan menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya.

PKR juga dituduh mengunakan pilihan raya untuk membenarkan Anwar menangani persaingan antara Abdul Khalid dan Azmin.Dalam temubual semalam, Rafizi turut mempertahankan rancangan itu sebagai satu keperluan untuk menambah sokongan Pakatan di Selangor terutama ketika rakyat kini menjadi semakin mendesak terhadap kerajaan negeri.

“Ketika penggal pertama, kami adalah kerajaan baru dan rakyat beri kami kepercayaan walaupun ada sedikit sangsi. Tetapi, dalam penggal kedua ini, mereka mahu kami selesaikan masalah mereka.“Kita tidak boleh terus-terusan jadi defensif dan beroperasi dalam keadaan terkepung dan bermain kad simpati,” katanya. ~tmi
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.