Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERAJAAN KELANTAN AKAN TUMBANG ?

Saturday, March 1, 2014

PAS Kelantan dalam bahaya: Ahmad Yakub Yang Memang Nampak Gagal

Aku rakyat Kelantan dan tinggal di Kota Bharu
Aku dapat lihat dan aku mendengar dari semua lapisan rakyat

Sikapnya sama dengan Mahathir

Mengenepikan yang bijak, prograsif dan berkebolehan

Dan mengambil yang pasif dan 'yes-man'


Salah satu kerenahnya yang merugikan rakyat Kelantan baca kat sini


Korang tengoklah dan rasalah apa impak positifnya setelah beliau dan exconya mengambil alih tugas dari TGNA


Ahmad Yakub gagal satukan PAS Kelantan, kerajaan negeri dalam bahaya
MARCH 01, 2014
MI - LATEST UPDATE: MARCH 01, 2014 09:51 AM
Ahmad Yakub dikatakan tidak mempunyai kredibiliti setanding Nik Aziz.

Kerajaan PAS Kelantan dikatakan mempunyai masalah perpecahan, sembilan bulan selepas ikon parti itu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai menteri besar selepas 23 tahun berkuasa.
Penggantinya, Datuk Ahmad Yakub mula menerima kritikan daripada rakan dan lawannya ekoran kegagalan menyatukan rakyat dan penyokong PAS. Sesetengah pemimpin negeri memberi amaran bahawa Kelantan mampu mengulangi apa yang berlaku kepada Kedah sebelum ini.
Ekoran itu, pelbagai pihak mahu PAS Pusat campur tangan menyelesaikan perkara itu bagi menyelamatkan pentadbiran negeri.Dua fraksi utama dalam PAS Kelantan adalah mereka yang bersama Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah dan golongan menyokong bekas exco kanan, Datuk Husam Musa yang dilihat mewakili golongan progresif dalam parti.
Veteran politik Kelantan menyifatkan kerajaan yang ada masih selamat kerana Umno negeri berpecah dengan lebih teruk, memberikan kelebihan kepada PAS negeri.
Bagaimanapun mereka berkata, jika dibiarkan terlalu lama, pergaduhan dalaman ini akan menyebabkan kekuatan akar umbi PAS di Kelantan hilang.
Sebelum ini memang sudah terdapat beberapa fraksi dalam pimpinan negeri, termasuk ketika Nik Aziz memimpin namun Mursyidul Am PAS itu mempunyai aura dan sifat rendah diri yang menyebabkan beliau mendapat sokongan daripada semua kumpulan.
Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Nik Aziz mempunyai aura tersendiri yang mampu menyatukan semua pemimpin dan ahli PAS. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Pengganti Nik Aziz, Ahmad bagaimanapun tidak mempunyai ciri-ciri ini dan menyebabkan kumpulan yang berpecah bergaduh secara terbuka.
Ia bermula selepas kerajaan PAS negeri ditubuhkan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Husam digugurkan daripada senarai exco. Menurut Mohamad Amar, nama Husam ditolak oleh Istana Kelantan.
Hujah itu tidak dapat diterima oleh penyokong Husam yang kebanyakannya terdiri daripada golongan profesional muda dalam penjawat awam, syarikat berkait negeri dan sektor awam.
Tidak lama selepas itu, penyokong Husam turut kehilangan jawatan, terbaru adalah bekas Timbalan Pendaftar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Che Ibrahim Mohamad.
Che Ibrahim dan Husam belajar bersama-sama di Universiti Malaya. Surat pemecatan Che Ibrahim ditandatangani Mohamad Amar yang juga adalah pengerusi Kias, kata seorang pemimpin PAS Kelantan kepada The Malaysian Insider.
Ekoran itu, Che Ibrahim bersama rakan-rakannya berhimpun dan membuat tunjuk perasaan di hadapan Kias.
Sebelum ini beberapa penyokong Husam lain turut dipecat, Asrul Afendi (Pegawai IT KGT Sdn Bhd yang juga bekas pegawai akhbar Husam), Khir Zahri Abdul Ghani (Pengurus Tabung Tok Kenali) dan Fauzi Mohamad (Pengurus Besar PMBK Sawit).
Sejak dilantik menjadi exco pada 2004, Husam mempunyai pengaruh besar dalam pembuatan polisi negeri dengan sebahagian daripadanya berjaya menangkap imiginasi rakyat Kelantan, kedua-dua di dalam negeri dan golongan yang berhijrah kerana pekerjaan.
Dikatakan pengundi luar Kelantan adalah yang terbesar dan akan pulang membuang undi setiap kali pilihan raya.
Kempen menuntut kerajaan pusat agar membayar royalti minyak adalah idea Husam. Ia berjaya mendapatkan sokongan majoriti rakyat Kelantan dan pelekat “R” berwarna merah boleh dilihat di seluruh negara.
Cadangan pembinaan lebuh raya Kota Bharu–Gua Musang yang dicadangkan Husam juga menyebabkannya mendapat sokongan lebih besar.
Projek yang sedang berjalan itu dibuat hasil sumbangan orang ramai mensasarkan pembinaan lebuh raya empat jalur yang menghubungkan Kelantan dan Kuala Lumpur.
Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri terhadap Husam menyebabkan penyokongnya berasa kepimpinan sedia ada perlu berundur.
Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Tindakan Husam mengkritik kerajaan negeri secara terbuka tidak disenangi beberapa pihak. - Gambar The Malaysian Insider, 1 Mac, 2014.Husam sudah mengkritik kerajaan negeri secara terbuka semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober lalu.
Bekas speaker DUN Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah menggesa PAS Pusat campur tangan dalam krisis di Kelantan sebelum terlambat.
Wan Rahim mengatakan, apabila Husam mengkritik kerajaan negeri Oktober lalu, lawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mampu menenagkan semua pihak.
"Pentadbiran Kelantan ini dari dahulu sangat menghormati PAS Pusat berdasarkan hierarki parti. Jadi saya rasa PAS Pusat perlu berbuat sesuatu," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kota Baru.
Wan Rahim meminta PAS Pusat mengaktifkan kembali Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan pada 2012 untuk menyelesaikan krisis kerajaan negeri Kedah.
Salah seorang bekas ahli Jawatankuasa Pemandu itu, Datuk Kamarudin Jaffar berkata Kelantan perlukan perhatian PAS Pusat sebelum menjadi lebih parah.
Seorang lagi veteran PAS Kelantan Hashim Omar mengatakan pimpinan pusat tidak boleh beranggapan sokongan rakyat Kelantan merupakan anugerah tanpa mengira kualiti kerajaan negeri.

"Kalau mereka melihat dalam Pakatan pun berpecah, macamana mereka hendak sokong?” soal beliau. – 1 Mac, 2014.

TENAGA PAS KEDAH AKAN TURUN KAJANG

'Tiada arahan boikot PRK Kajang'

  • Mohd Azam Abdul Samat Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat
1 / 1
KOTA SARANG SEMUT - Kemelut membabitkan kes saman antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan PKR, diyakini tidak akan menjejaskan persiapan jentera PRK Dun Kajang.

Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat berkata, walaupun insiden itu tercetus menjelang pilihan raya kecil, semua jentera parti dari setiap kawasan bersiap siaga untuk membantu PRK Kajang, dan menunggu arahan lanjut daripada ibu pejabat.

“Tidak ada arahan daripada mana-mana pihak yang mengeluarkan arahan agar memboikot kempen PRK Kajang, sebagai usaha mensabotaj calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tiada arahan (seperti itu) berikutan kes mahkamah itu,” katanya.

Menurutnya, sebagai rakan, Pas tetap akan membantu calon daripada rakan yang bertanding dalam pilihan raya.

Sebelum ini, Abdul Hadi diperintahkan oleh mahkamah tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul Mat Amin berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.

Mohd Azam turut kesal kerana kes terbabit muncul menjelang PRK Kajang, seolah dirancang,, namun menyerahkan kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menyelesaikannya.

Terdahulu, Mohd Azam mengetuai lebih 150 umat Islam menunaikan solat mohon hujan dan dijauhi bala berikutan negara kini berdepan dengan cuaca panas dan kering melampau, sehingga beberapa negeri berdepan krisis air meruncing.

Solat hajat diadakan sejurus selesai kuliah dhuha yang diadakan setiap Jumaat di Masjid Tuan Guru Hj Othman al-Yunusi, Kompleks Pas Kedah.

“Kuliah mingguan kali ini lebih istimewa kerana kita adakan solat hajat umum, termasuk mohon diturunkan hujan agar tanah kembali subur dan tak lagi kering kontang. Kita juga mohon mensejahterakan rakyat dengan dijauhi bala dan malapetaka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya tidak mengadakan solat hajat khusus mohon hujan, iaitu solat hajat istisqa kerana solat hajat itu meliputi beberapa perkara.

“Jika hanya khusus mohon hujan, kaedah pelaksanaannya berbeza, antaranya berpuasa tiga hari sebelum solat dan banyak istighfar. Selain mohon hujan, kita juga mohon agar kesihatan para pemimpin dipelihara dan berdoa agar umat Islam dijauhi pemikiran yang tidak selari dengan ajaran,” katanya.

Saturday, March 1, 2014

Abdul Hadi, pilihan raya kecil Kajang membawa mesej besar

ULASAN                                                                                               

Malam tadi buat pertama kali Presiden Pas, Abdul Hadi Awang turun ke gelanggang pilihan raya kecil di Kajang dalam rangka memastikan Pakatan Rakyat menerusi Anwar Ibrahim akan menang dengan majoriti besar bagi melonjakan sokongan rakyat untuk PR ke Putrajaya.
Hadi PRK Kajang penting.
Kehadiran Abdul Hadi itu secara automatik menolak suara-suara sumbang termasuk di kalangan anggota Pas sendiri yang menganggap pilihan raya itu tidak perlu dan membazir. Saya tidak kira kehadiran Abdul Hadi itu hanya sebagai pemanis mulut saja, tetapi ia adalah komitmen serius Pas dalam pilihan raya berkenaan.

Berucap melancarkan jentera pilihan raya pemuda PR, di Taman Mesra Kajang malam tadi, Abdul Hadi berkata pilihan raya kecil Kajang besar makna dan ertinya untuk menyampaikan beberapa mesej kepada kerajaan BN.

Mesej pertama, bahawa demokrasi bukan sahaja setakat memberi peluang kepada pengundi memilih pemimpin, tetapi ia juga merupakan untuk melihat sejauh mana media massa berfungsi mengikut lunas-lunas demokrasi.

"Media harus diberi kebebasan dan hak demokrasi seluas-luasnya tanpa batas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka serta memaknakan erti demokrasi," katanya.

Apa yang hendak ditekankan oleh Abdul Hadi setiap pilihan raya atau sistem demokrasi yang diagung-agungkan itu biarlah berjalan betul, tidak tempang, barulah ianya boleh diikhtirafkan sistem ini sempurna dan kerajaan yang dipilih menerusinya merupakan sebuah kerajaan yang halal.

Beliau menarik perhatian dalam hal ini, memandangkan banyak berlaku kecacatan dalam demokrasi dan pilihan raya, yang dimana beliau sering menganologinya sebagai 'bermain' di atas padang yang tidak sama rata.

Mesej kedua, pilihan raya Kajang adalah untuk melonjakkan sokongan rakyat kepada PR bagi persiapan ke Putrajaya. Bagi beliau pilihan raya kecil Kajang bukan main-main tetapi sesuatu yang serius dan perlu didokong.

Katanya, peluang dan harapan Pakatan Rakyat cerah untuk ke Putrajaya berpandukan kepada keputusan pilihan raya umum lepas dimana lebih 50% undi popular diraih oleh Pakatan Rakyat.

Kejayaan itu katanya menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat berjaya memecan sempadan perkauman yang dibina oleh BN untuk mengukuhkan kedudukannya. "Kawasan bandar campuran dimenangi oleh Pakatan Rakyat ini membuktikan kita berjaya memecan sempadan perkauman," tegasnya.

Mesej ke tiga, pilihan raya kecil Kajang itu untuk menghumbankan kerajaan yang tahu berjanji tetapi tidak melaksanakannya. Memang dalam pilhan raya lalu BN membuat pelbagai janji molok-molok untuk mempengaruhi rakyat tetapi tidak ditepati.

Misalnya janji untuk tidak menaikkan harga minya, tetapi selepas pilihan raya subsidi minyak ditarik balik menyebabkan harga minya naik. Begitu juga dengan barangan dan keperluan lain seperti gula, kadar takrif eletetrik dan sebagainya semuanya naik.

Jadi kegagalan kerajaan menunai janji itu perlu dihantar melalui pilihan raya kecil berkenaan.

Berdasarkan kepada beberapa mesej dan tujuan itu, kata Abdul Hadi pilihan raya itu perlu didepani dengan bersungguh dan jentera pilihan raya hendaklah sampai masej ini kepada pengundi di Kajang. [wm.kl.10:54 am 01/03/14]

Sabtu, 1 Mac 2014

Khalid sah cabar Azmin untuk timbalan presiden PKR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan pada April.
Beliau mengumumkan pencalonan tersebut semalam dan berkata mahu penyokongnya menganggap hasratnya untuk bertanding tidak membelakangkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
"Saya menawarkan diri untuk menerima tawaran saudara bertanding sebagai timbalan presiden PKR," katanya yang disambut dengan tepukan meriah dalam program "Malam Bertaut Kasih‎" di kediamannya rasminya di Shah Alam.

Menggemparkan!!! (Gambar2) Ketua Wanita UMNO Felda Mati Dibunuh, Apa Puncanya? Jom Terjah!!!


KOTA TINGGI - Ketua Wanita UMNO Cawangan Felda Semenchu ditemui mati hari ini selepas dipercayai disamun dan dibunuh di rumahnya di Blok 2, Felda Semenchu dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superintendan Rahmat Othman berkata, mayat Zalifah Jamaluddin, 68, ditemui oleh anak lelakinya yang ke rumah itu pada kira-kira 12.20 tengah hari tadi.
Anak mangsa yang berumur dalam lingkungan 40 tahun mendapati pintu dapur rumah itu terbuka dan keadaan dalam rumah berselerak sebelum menemui Zalifah, yang juga peniaga kain, tidak sedarkan diri di dalam bilik tidur.
Anggota polis dari Balai Polis Teluk Sengat, Kota Tinggi dan Jabatan Forensik yang menyiasat tempat kejadian mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia, katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, mayat Zalifah kemudian dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Baharu untuk dibedah siasat.
"Dari segi luaran, tidak terdapat sebarang tanda luka atau serangan fizikal terhadap mangsa. Kita tunggu laporan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” katanya. 
- Bernama
Pimpinan PKR cuba pengaruhi Khalid?
  •  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM - Susulan pucuk pimpinan PKR menyatakan tidak dimaklumkan mengenai perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung industri air di negeri ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia adalah langkah untuk mengelak campur tangan parti dalam isu tersebut.

Abdul Khalid juga mendakwa, terdapat beberapa pimpinan PKR cuba untuk mempengaruhinya dalam menentukan harga aset air tersebut.


"Saya pernah menjadi pegawai bank pelaburan sekian lama... saya melihat prinsip penilaian itu sebelum menentukan harga (aset). Saya berpendirian dengan prinsip saya mengenai penilaian dan menetapkan harga pada RM9.65 bilion.


"Mereka ini mahu menetapkan harga dan mahu penilaian untuk memberikan justifikasi pada harga mereka," katanya yang dipetik dalam laporan akhbar The Star, hari ini.


Kelmarin, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor akhirnya menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk penstrukturan semula industri air di negeri itu yang telah berlanjutan sejak 2008.

  
Bagaimanapun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi Selangor pada hari sama mendakwa dirinya tidak diberitahu mengenai perjanjian tersebut oleh Abdul Khalid.

Menjelaskan perkara itu, Abdul Khalid berkata, kerahsiaan maklumat dalam perjanjian tersebut perlu bagi mengelakkan kesan kepada nilai saham berkaitan dengan aset-aset air.


"Saya juga mengambil berat mengenai kemungkinan penyebaran maklumat yang tidak benar dan urusan pihak dalaman. Ini adalah sebab-sebab mengapa pemimpin-pemimpin PKR tidak dimaklumkan lebih awal sebelum menandatangani perjanjian air antara kerajaan negeri Selangor dan kerajaan Persekutuan, " katanya.

Friday, February 28, 2014

Mahkamah Sahkan Identiti Papagomo Dan Arah Bayar Anwar RM800,000




Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Wan Mohd Azri Wan Deris adalah Papagomo dan beliau didapati memfitnah Ketua Umum Datuk seri Anwar Ibrahim.
Sewaktu memberi keputusan, Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi.
Peguam yang mewakili Anwar, N Surendran berkata mahkamah juga mengarahkan Wan Mohd Azri membayar kos sebanyak RM50,000. Rosilah membuat keputusan itu dalam kamar.
Wan Mohd Azri yang hadir hari ini, masih menafikan beliau adalah Papagomo.
 

Friday, February 28, 2014

Mukhriz Mahathir Sudah Pening...




Baru-baru ini, sewaktu Perhubungan PAS Kedah mengadakan program untuk memantapkan organisasi di SP Inn Sungai Petani; Umno Bahagian Merbok pula mengadakan pertemuan khas dengan Pengerusi Perhubungannya Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir. 
 
Meriah hotel milik anak syarikat kerajaan negeri itu apabila dua buah parti utama yang bersaing mengadakan program sebelah menyebelah.

Jika PAS sebagai pembangkang sedang bangkit semula membina kekuatan, Umno pula sedang berhempas pulas untuk memulihkan masalah dalaman parti pemerintah itu satu demi satu bahagian. 
 
Baru minggu lalu Mukhriz terpaksa campurtangan menasihati seorang ADUN BN supaya tidak meneruskan hasrat untuk menyaman pemimpin Umno bahagian berhubung pertikaian politik dalaman mereka. 
 
Setiap bahagian Umno ada masalahnya masih-masing yang lebih merumitkan berbanding sewaktu jadi pembangkang dahulu.

Selepas sembilan bulan berlalu, tempoh berbulan madu Menteri Besar Kedah itu sudah berakhir. Apa yang terpaksa dilaluinya kini ialah masalah demi masalah yang melanda sebuah parti tua lagi nazak yang talian hayatnya cuma kuasa dan wang dari kerajaan Pusat dan bukan jatidiri perjuangan.

Semua orang tahu Mukhriz diangkat menjadi Menteri Besar bukan kerana keikhlasan Najib. Ia adalah kerana Tun Mahathir dan atas desakan konco-konconya.

Tun Daim Zainuddin mengadakan perjumpaan dengan pemimpin Cina Kedah dan meminta Najib mengumumkan Mukhriz sebagai bakal menteri besar. Ia dibantu dengan penolakan sebahagian besar ahli Umno Kedah, khususnya generasi muda, terhadap Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah – pengerusi Perhubungan Umno ketika itu.

Sebaik terlantik, Mukhriz cuba membawa imej baik di hadapan para pemimpin Umno Kedah. Dalam mesyuarat perhubungan yang pertama, beliau dilaporkan berjanji akan memberikan mereka tempat dalam GLC. Tapi biasalah, masakan semuanya dapat ditunaikan.

Mukhriz membawa balik beberapa bekas pegawainya sewaktu bertugas di kementerian dahulu. Terlepas lagi pejuang Umno dari Kedah. 
 
Bahkan beliau telah meletakkan orangnya dalam post yang sepatutnya milik pegawai kerajaan negeri (KCS). Ini menimbulkan kemarahan sebahagian KCS.

Dalam pengisian jawatan GLC tentulah kroni yang jadi keutamaan. Mukhriz melantik Dato’ Abu Hasan Sarif yang memberi laluan kepadanya menjadi Ketua Bahagian Jerlun sebagai Pengerusi Kumpulan Ladang PKNK dan Ali Lembaga Pengarah Kedah Medical Center walhal beliau dianggap tidak layak untuk berada di tempat tersebut berdasarkan latarbelakangnya.

Bekas Naib Ketua Bahagian Jerlun (sepenggal) Abd Aziz Mahamud dilantik sebagai pegawai khas bergred tinggi, pengarah GLC dan mendapat anugerah DSDK (Dato’).

Pemimpin yang tidak menjadi kroni, apatah lagi kalah dalam pemilihan bahagian tidak mendapat tempat yang baik. Dato’ Zaini Jakpar (Bukit Kayu Hitam), Dato’ Ahmad Lebai Sudin (Bukit Lada) dan Dato’ Ali Yahya (Pantai Merdeka) tidak mendapat tempat yang baik sekalipun mereka adalah ADUN. Jawatan ADUN angkat terhadap kawasan yang BM kalah juga ditarik balik.

Sewaktu Kedah ditadbir Pakatan Rakyat, urusan pelantikan majlis Ketua Kampung (MKK) diserahkan kepada ADUN atau ADUN angkat. Pakatan ‘mengajar’ pejabat daerah supaya lantikan kakitangan khas kerajaan negeri itu (MKK) biar ditentukan oleh ADUN yang menjadi sebahagian entiti kerajaan bukannya parti politik.

Kini pejabat daerah menjadi ‘pening’ dengan Umno bahagian kerana mereka juga ingin mengatur kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKP). 
 
Ertinya satu senarai calon JKKKP oleh ADUN dan satu lagi senarai JKKKP oleh Umno bahagian. Akibatnya selepas sembilan mentadbir terdapat beberapa daerah yang belum dapat memuktamadkan kedudukan JKKKP. 
 
Semuanya gara-gara perebutan kuasa dalam parti tua itu. Rakyat pula yang terpaksa tanggung padah.

Bukan rahsia lagi bahawa KCS yang sudah sepenggal terbiasa dengan corak pentadbiran Pakatan, rasa tidak selesa dengan pendekatan BN yang mahu campurtangan dalam urusan pentadbiran. 
 
Saya masih menyiasat benar atau tidak cerita yang tersebar kononnya seorang pegawai hilang sabar apabila didesak oleh Exco membayar RM1.2 juta untuk program Rajalawak lalu bersuara, “Ingat duit bapak hangpa ka?” Hanya RM200 ribu yang dikeluarkan kemudiannya.

Kedudukan Mukhriz di peringkat pusat juga semakin terancam dan kelihatan tiada masa depan, sama seperti gelapnya masa depan Umno itu sendiri. 
 
Lebih-lebih lagi apabila beliau dikaitkan dengan cubaan untuk menjatuhkan Najib dengan bantuan Tun Daim, Dato’ Zainuddin Maidin, Tan Sri Sanusi Junid, Datuk Sabarudin Chik dan beberapa orang lagi. Sumber mengatakan ‘mujur’ Tan Sri Muhyiddin sendiri tidak merestui cubaan tersebut.

Mukhriz kalah pertandingan Naib Presiden Umno, antaranya, adalah kerana Najib selaku presiden tidak merestuinya. Mukhriz tidak mendapat undi dari Pahang. 
 
Kedah dianggap kubu sokongan terhadap beliau; namun kalah di Alor Setar, Sungai Petani, Baling dan lebih mengejutkan lagi tewas di bahagiannya sendiri iaitu Jerlun.

Cakap Mukhriz tidak lagi berwibawa di peringkat Pusat. Contohnya, dia mahukan Ketua Pemuda Sik Mahadhir Abdul Hamid jadi Ketua Pemuda Negeri tetapi Khairy Jamaludin tidak pedulikan kehendak Mukhriz, sebaliknya melantik Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok.

Nampaknya laluan Mukhriz tidak sangat cerah, mentadbir negeri tanpa majority dua pertiga. Mukhriz naik kerana Tun. Wibawa Tun semakin luntur seiiring usia. Sampai waktunya Tun kena ‘pergi’ juga. Masa itu, jalan Mukhriz akan lebih sukar.

http://notautara.blogspot.com/2014/02/umno-kedah-kembali-bergolak.html

 
Empangan Klang Gate mampu bekal air 89 hari lagi
  • Maximus Ongkili Maximus Ongkili
1 / 1
KUALA LUMPUR - Paras air di Empangan Klang Gate yang kini berada pada tahap 52 peratus daripada kapasiti maksimumnya mampu membekalkan air kepada pengguna untuk tempoh tiga bulan.       

Menteri Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata prosedur operasi standard (SOP) akan dipatuhi jika paras air di empangan itu mencecah paras kritikal.
  
"Jika cuaca panas berterusan maka langkah-langkah penjimatan perlu dilaksanakan. Semuanya bergantung kepada keadaan cuaca untuk dua minggu yang akan datang," katanya kepada pemberita selepas melawat empangan itu di sini hari ini
  
Dalam lawatan itu, Ongkili mendengar taklimat mengenai empangan berkenaan yang disampaikan Pengarah Eksekutif Operasi dan Penyelenggaraan Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Abd Rashid Abd Satar.
  
Menurut Abd Rashid, paras maksimum air di empangan itu ialah 95.2 meter dan paras air pada hari ini adalah 89.9 meter iaitu lima meter lagi sebelum mencecah paras kritikal 84 meter.
  
Dari segi peratusan pula paras air pada hari ini adalah pada 52 peratus berbanding 72 peratus pada awal tahun ini, katanya.
  
Jelas Abd Rashid, secara purata peratus penurunan air di Empangan Klang Gate ialah pada kadar 0.6 peratus sehari. - Bernama
Anwar mohon kali ketiga batal kelayakan peguam

  • Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim
1 / 1
PUTRAJAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan kali ketiga untuk membatalkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwa raya dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada pertuduhan liwat.
  
Peguam utama Anwar, Karpal Singh ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa permohonan itu dikemukakan di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di sini dua hari lepas.
  
Beliau berkata Mahkamah Rayuan menetapkan Isnin depan (3 Mac) untuk mendengar permohonan itu.
  
Anwar, 67, dalam afidavit menyokong permohonannya menyatakan bahawa peguam kanan itu (Muhammad Shafee) tidak layak dan bukan orang yang sesuai untuk mengetuai pendakwaan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bulan lepas mengekalkan keputusan Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara.

Lembaga Tatatertib mengenakan denda RM5,000 ke atas Muhammad Shafee kerana salah laku mengikut Akta Profesion Guaman 1976 kerana melanggar peraturan publisiti berhubung dengan satu artikel dalam akhbar.
  
Anwar juga meminta mahkamah mengambil kira bahawa ia akan menimbulkan percanggahan kepentingan jika Muhammad Shafee mengetuai pendakwa raya selepas beliau mempengerusikan panel tiga anggota siasatan Suhakam yang memutuskan bahawa bekas pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira adalah saksi yang tidak bercakap benar.
  
Secara kebetulan, saksi itu menjadi pegawai penyiasat dalam kes liwat kedua Anwar.
 
Muhammad Shafee telah mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan selepas rayuannya terhadap keputusan lembaga tatatertib ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari, tahun ini.
  
Anwar mulanya telah mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee di bawah Kanun Tatacara Jenayah tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 17 September, tahun lepas.
  
Beliau juga gagal dalam rayuannya apabila ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 20 November, tahun lepas.
  
Permohonan kali keduanya untuk membatalkan Muhammad Shafee berdasarkan akuan berkanun oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, juga ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Disember, tahun lepas.
  
Rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan juga ditolak pada 11 Feb tahun ini.
  
Pada 9 Januari tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.
  
Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara 'fiat' (pemberian kuasa) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk menjalankan rayuan di Mahkamah Rayuan.
  
Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Rayuan menetapkan esok (Jumaat) bagi pengurusan kes rayuan utama. - Bernama

Friday, February 28, 2014

Surat Dr Mahathir Semasa Tunku Lemah Menghadapi Kebiadapan Orang-Orang Cina.





 
KENAPA ORANG CINA PERLU TOLAK BEE END DI PRK KAJANG INI RAHSIA BESAR...
MAHATHIR MEMANG RASIS SEJAK LAHIR heheee..MADDEY KUTTEY ADA DUA SUDU KETURUNAN DARAH PAKISTAN.???....CUBA BACA SURAT INI...

 

Batu 6, Titi Gajah,
Alor Star,
17 hb. Jun 1969

Y.T.M. Tunku,

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. 
Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya. 
Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. 
Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. 
Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu "bertolak-ansor," ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. 
Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu. 
Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. 
Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. 
Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu.

Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu. 
Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. 
Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat. 
Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. 
Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku. 
Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai "The Happy Prime Minister" walau-pun ra’ayat menderita. 
Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. 
Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker. 
Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku "naïve" dan tidak ada kaliber. 
Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. 
Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. 
Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. 
Pegawai Melayu dari Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. 
Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku. 
Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula "lose control over the armed forces".

Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. 
Tunku biasa jadi "Happy Prime Minister" tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai "happiness" apa2. 
Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata "satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya". 
Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno. 
Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. 
Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. 
Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan. 
Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. 
Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. 
Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. 
Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek. 
Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu.

Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?
Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. 
Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.

Patek Yang Ikhlas,

(Dr. Mahather bin Muhammad)

~AK

Patutla Bercerai!

Jantan jenis bagaimana agaknya yang boleh kekal kawin artis?

Minta kurang babak intim: Erra Fazira
Oleh Farihad Shalla Mahmud - 2014/02/27 - 22:27:29 PM
Tiada babak intim berlebihan yang dapat disaksikan dalam Konsert Teaterikal Suara Kita kerana pelakon utamanya, Erra Fazira, tidak mahu perkara itu mengundang persepsi negatif, sekali gus meletakkan dirinya dalam perangkap kontroversi.

Dengan situasi terkininya yang masih dalam tempoh edah selama tiga bulan selepas bercerai dengan bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 18 Februari lalu, aktres jelita ini meminta pengarah teater berkenaan, Erma Fatima, supaya membuat perubahan drastik membabitkan babak memaparkan kemesraannya bersama Awie.

“Memang saya ada meminta kepada Erma supaya babak intim saya dengan Awie dalam teater ini... 

Thursday, 27 February 2014

Gempar!! Mahathir Hentam Lagi Golongan Ulama Dalam Tulisannya..

Tun Dr Mahathir Mohamad yang diserang dengan tuduhan anti hadis kerana dikatakan menyokong intelektual Melayu, Dr Kassim Ahmad mempertahankan dirinya dengan mempersoalkan apakah umat Islam wajib menerima apa sahaja disampaikan golongan fasih berbahasa Arab walaupun jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu turut mempersoalkan apakah umat Islam perlu mengiktiraf sesiapa sahaja yang mendakwa dirinya sebagai ulama

"Amatlah merbahaya dan mengelirukan apabila sesiapa sahaja, hanya kerana fasih dalam bahasa Arab dan mendapat ijazah sarjana dalam bidang agama Islam, diberi gelaran ulama," tulis Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.
"Perpecahan umat Islam kepada pelbagai mazhab adalah disebabkan orang seperti ini. Pengikut mereka turun temurun bermusuh dan membunuh. Tidak ada toleransi di kalangan mereka sedangkan al-Quran tidak menyuruh kita bermusuh walaupun dengan penganut agama lain, melainkan mereka bermusuh dengan kita."

Menurut Dr Mahathir, umat Islam lemah hari ini kerana ajaran "golongan ulama" ini yang tidak boleh ditegur dan menuntut kesetiaan tidak berbelah-bahagi kepada mereka.

"Memberi label dan mengecap orang apabila kita tidak bersetuju dengannya memanglah satu cara orang yang tidak sanggup berhujah. Terima sahajalah apa yang didakwa oleh mereka tanpa berfikir. Jangan guna akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah kerana ini kononnya dilarang oleh agama Islam.

"Saya sekarang dilabel, iaitu diberi gelaran atau dicap anti hadis kerana kononnya saya sudah jadi penyokong Kassim Ahmad yang diberi gelaran sama," katanya.

Kassim kini disiasat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung kenyataan kontroversi yang dikeluarkannya di seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian", anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana yang dinaungi Dr Mahathir apabila mendakwa sesetengah ulama di Malaysia meniru sistem "kasta paderi".

"Apa pula dengan orang yang utamakan hadis berbanding firman Allah yang terdapat dalam al-Quran yang kita terima sebagai wahyu daripada Allah. Berkenaan dengan zina, apakah hukum yang terdapat dalam al-Quran. Dan apakah yang terdapat dalam hadis.

"Yang manakah lebih utama, wahyu dan firman Allah atau hadis yang diriwayatkan oleh beberapa keturunan manusia biasa, yang dikaji, disah atau ditolak oleh pakar hadis yang juga manusia biasa 200 tahun kemudian? Salahkah jika kita pilih al-Quran yang jelas dan satu yang tidak berbeza-beza dan oleh itu tidak merejam dan menembak mati dengan ‘mesingun’ perempuan yang dituduh berzina," tulis Dr Mahathir lagi dalam blognya.

Dalam forum baru-baru ini Kassim berkata, umat Islam terbahagi dua apabila mempersoalkan hadis untuk menginterpretasikan al-Quran dan berkata Nabi "hanyalah sebagai penyampai maklumat Allah."

Dalam ucapannya bertajuk "Ucapan kepada konferensi politik nasional untuk menentukan hala tuju negara Malaya untuk 30 tahun akan datang", Kassim turut mempersoalkan pemakaian tudung oleh wanita Islam dan bekata "rambut bukanlah sebahagian daripada aurat."

Susulan kenyataan kontroversinya itu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya akan memanggil Kassim untuk disiasat.

Dr Mahathir tampil mempertahankan Kassim secara terbuka dan mengatakan Kassim dituduh anti hadis kerana golongan yang tidak sukakannya tidak berani berdebat dengan bekas presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) itu.

Sementara itu, dalam khutbah Jumaat minggu lalu, Jakim mengingatkan umat Islam di negara ini untuk terus beriman dengan Allah, menerima dan patuh kepada hadis, dan juga menjelaskan perkataan "Nabi" adalah sedia ada termaktub di dalam undang-undang Islam. ~tmi


Iklan C (ii)


Thursday, 27 February 2014

Siapa Bergambar Dengan Tuan Guru Nik Aziz Ni?.. Anda Kenal?..

Fizo Omar selebriti popular kelahiran Kelantan seorang pelakon, pengacara dan ahli perniagaan yang berjaya, apa yang admin kagum dengan selebriti ini adalah sifat nya seorang yang boleh di kagumi dalam semua aspek merupakan contoh terbaik kepada semua selebriti kelahiran Negeri Kelantan.
Fizo sempat memuat naik gambar nya dan isteri ketika melawat Tok Guru Nik Aziz di Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM ) , walaupun sibuk dengan jadual nya yang ketat Fizo dan Isteri sempat lagi melawat pemimpin yang mereka hormati itu.
Tok Guru kini di rawat di HUSM , namun admin tidak pasti masalah kesihatan yang di alami Tok Guru, admin berharap semoga Tok Guru cepat sembuh seperti biasa , itu lah juga harapan Fizo dan Isteri . Amin
Iklan C (ii)


 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.