Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PANAS !!!

PANAAAAAS !!! RAKYAT SUDAH NAMPAK DAN BUKA MATA ! - Pak Karamu

Rabu, 1 Oktober 2014


Azmin akan menghadapi cabaran besar

Aspan Alias


Anwar dengan penuh ‘politeness’ telah memberitahu kita secara halus yang beliau lah yang berkuasa di Selangor. Anwar telah mengumumkan yang beliau telah meminta atau mengarahkan Menteri Besar baru untuk membongkar semua ‘salah laku’ semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu. 


Ada dua perkara pokok yang terlihat dengan kenyataan Anwar itu. Pertamanya beliau telah memberitahu kita rakyat biasa ini yang beliau sudah merasa ‘enlightened’ dengan perlantikan Azmin Ali sebagai Menteri Besar kerana beliau boleh mengarahkan Azmin untuk melakukan sesuatu yang beliau kehendaki. Ini tidak dapat dirasanya semasa Khalid menjadi Menteri Besar dahulu.


Maka nyata yang matlamat untuk meletakkan isteri beliau menjadi Menteri Besar itu adalah masalah kuasa, tidak kira secara ‘direct’ atau secara ‘indirect’. Anwar seolah-olah mahu memberitahu supaya Khalid serta siapa yang beliau maksudkan supaya berhati-hati dengan beliau kerana beliau sudah mempunyai kuasa atau pengaruh melalui Menteri Besar yang baru ini.


Kalau dia gagal untuk meletakkan isterinya sekarang beliau ada orang kuatnya menjadi Menteri Besar. Kata setengah orang, kalau tak dapat meletakkan isterinya, dapat orang kuatnya menjadi MB itu sudah memadai. ‘Tak dapat dagingnya, dapat kuahnya pun rasa daging juga’. Tentu Azmin merasakan masalah sedang mula menghampiri beliau walaupun baru beberapa hari sahaja menjadi pengganti Khalid Ibrahim.


Inilah sebenarnya kemahuan Anwar yang tidak dapat dipenuhi oleh Khalid dahulu. Anwar perlukan tempat untuk memberikan beliau perangsang dengan mempunyai tempat untuk menyara kemahuannya untuk berkuasa.
Untuk itu beliau mahukan semua orang terutamanya dalam partinya untuk menyokong beliau tanpa berbelah bagi dengan menggunakan isu-isu yang diada-adakan untuk menurunkan Khalid Ibrahim. Selain dari menjadi pemimpin de facto PKR beliau mahu menjadi Menteri de facto di Selangor.


Lebuhraya Kidex, pengambil alihan projek air serta berbagai-bagai lagi yang beliau fikirkan boleh diterima dan dibeli oleh pemikiran ramai. Pengumumannya untuk mencungkil segala-gala perjanjian dengan semua pihak semasa pentadbiran Khalid itu merupakan isyarat kepada semua, ‘I am in control of Selangor , and you better watch out’. Beliau sedang menunjukan ototnya kepada kita semua.


Kita tidak tahu apa untungnya kepada beliau dengan menunjukan ototnya itu. Yang pastinya sekarang ini Pakatan Rakyat sedang di ambang kesusahan untuk menghadapi rakyat selepas ini. Beliau tidak lagi mendapat sokongan ramai semasa berada di Seberang Jaya tiga hari yang lepas kerana masalah penyokong PAS yang kecewa dengan tindakan Anwar selama ini.


Bagi setengah pihak, inilah caranya untuk memberikan perbezaan di antara beliau dengan Khalid Ibrahim. Khalid telah melakukan yang terbaik, lebih baik dari mana-mana MB atau Ketua Menteri di negeri-negeri yang lain. 
Untuk menambah-baik keadaan pentadbiran adalah susah untuk menandingi Khalid, maka untuk menunjukan kelebihan dari Khalid ialah dengan mencungkil dan tercari-cari kesalahan Khalid, 'ibarat orang mencari kutu'.


Selalunya badan yang mempunyai tanggungjawab untuk mencari kesalahan sesiapa yang berkuasa, seperti MACC dan badan penguat kuasa yang lain yang bercakap tentang isu ini, bukannya pemimpin politik. Ahli politik merupakan penggubal dasar dan perlaksaan dasar dan penguatkuasaan dasar-dasar itu adalah tanggungjawab pihak pelaksana dasar.


Seperti apa yang berlaku dalam isu pertuduhan rasuah yang sedang dihadapi oleh berpuluh orang pegawai kastam negara sekarang ini adalah tugas pelaksana untuk mengumumkan apa-apa yang sedang berlaku. Kita boleh saksikan sekarang tidak ada pihak politikus untuk memberikan komen. 

Yang boleh mengolah keadaan dalam isu Kastam dan Eksais di Raja sekarang ini ialah pihak MACC sahaja dan ini menunjukan kematangan pimpinan pihak kerajaan yang jarang-jarang kita lihat berlaku.


Biar pihak MACC membuat apa-apa kenyataan yang berkaitan dengan pertuduhan pegawai Kastam itu. Begitu jugalah dengan isu Khalid Ibrahim. Biarkan pihak MACC mengendalikan kes Khalid Ibrahim jika ada kesnya.

 Anwar dan ahli politik yang lain tidak perlu membuat kenyataan kerana jika ahli-ahli politik yang membuat kenyataan, maka berbagai-bagai persepsi akan timbul dengan kenyataan mereka itu.


Saya tidak percaya ada kes terhadap Khalid, tetapi jika ada pun biarlah pihak penguatkuasa dan pihak pelaksana undang-undang untuk membuat kenyataan berhubung dengan isu yang dibangkitkan Anwar ini. Khalid sendiri meminta beliau disiasat dan Anwar boleh memulakan tindakan menyiasat ini.


Khalid pula dalam reaksinya telah memberitahu semua yang beliau pun mahu disiasat oleh mana-mana agensi termasuk MACC bagi membersihkan nama beliau dari tuduhan jahat pihak yang mahukan beliau digantikan dengan Wan Azizah. 

Tuduhan itu hanya tiba apabila sudah ada usaha untuk menggantikan beliau dan tercari-cari kesalahan yang di cipta oleh Anwar dan konconya semasa beliau (Khalid) menjadi Menteri Besar.


Khalid tentulah mahu namanya dibersihkan setelah dicemar oleh rakan dalam partinya sendiri yang akhirnya mendapat surat pemecatan yang pastinya dengan kehendak Anwar itu.


Samada Azmin mampu untuk menolak tekanan dari Anwar ini, sama-sama kita saksikan nanti. Jika semasa sebelum pilihanraya umum yang lalu Anwar telah memberikan amaran yang beliau akan mengambil tindakan kepada mana-mana agensi yang beliau mahu sebaik sahaja mendapat tempat di Putrajaya itu, menunjukan yang beliau mempunyai dendam kesumat yang tidak dapat disorokkan lagi. 


Tetapi malang bagi beliau cita-cita hendak menjadi Perdana Menteri selepas PRU13 itu tidak kesampaian dan telah menyalahkan semua pihak diatas kegagalan beliau dan PR untuk memperoleh mandat yang cukup untuk mentadbir Putrajaya. Hajatnya tidak kesampaian walaupun ada beberapa doanya telah termakbul oleh Allah s.w.t..


Azmin sudah pasti berhadapan dengan dilemma yang besar, iaitu untuk akur kepada Anwar atau akur kepada keperluan moral dan politik rakyat Selangor. 
Apabila Anwar dengan yakinnya memberikan kata dua kepada Khalid itu, ia bermakna yang beliau seolah telah mendapat kuasa melalui Azmin dan akan bertindak terhadap mereka yang beliau sudah membencinya itu.


Jika Azmin lemah dalam menghadapi kerenah Anwar ini, maka tidak dapat dipersalahkan sesiapa dihari muka jika Azmin terpaksa memikul beban Anwar lagi. 
Di mana-mana rakyat sedang memikul bebanan yang dicetuskan oleh Anwar kerana matlamat beliau bukannya untuk memperbaiki keadaan negara dan negeri tetapi sebaliknya untuk menunjukan yang beliau mempunyai otot yang besar dan boleh memulas sesiapa sahaja yang beliau mahukan.


Tetapi buat masa ini orang ramai masih menaruh harapan terhadap Azmin. Jika sebaliknya berlaku, itu bukan salah siapa lagi, tetapi semua kesalahan itu adalah kesalahan Azmin kerana rela memikul beban pimpinan yang bermasalah dalam PKR itu.


Bagi rakyat biasa yang menumpang berteduh di Selangor ini, kita hanya mampu untuk berdoa agar Azmin akan terbuka hatinya untuk bersifat luhur dan mengurangkan tindakan bermusuhan dengan mana-mana pihak. Mencari musuh itu, kata orang, hanya mengecilkan padang kita sendiri.


Bersifat adil dan saksama itu sepatutnya menjadi matlamat kepimpinannya. Nelson Mandela tidak pernah memenjarakan lawan dan musuh beliau yang telah memenjarakan beliau hampir tiga dekad oleh kerajaan Arpatheid Afrika Selatan dahulu.


Kita berharap Azmin mempunyai jiwa besar dan akan menyatukan semua pihak seperti Mandela lakukan. Semakin berumur kita sepatutnya kita akan menambah kekayaan jiwa kita.
 Jangan terikut-ikut dengan pemimpin atau sesiapa yang melayani nafsu amarah mereka yang sentiasa meletakkan seseorang itu berada di dalam kefakiran jiwa.


Mencari ‘reconciliation point’ di antara kehendak pemikiran dan hati itu merupakan perjuangan besar bagi Azmin Ali. Itulah dia yang dinamakan pengorbanan, jangan setakat sedap bercakap sahaja.


Azmin perlu mengimbangi amal dan ibadahnya dan sentiasa merujuk kepada mereka yang berjiwa kaya dan elakkan dari menerima rujukan dari mereka yang terlalu ‘obsessed’ bisikan khatir yang sentiasa mahu melihat kita berpecah di antara kita.


Pemimpin yang lemah selalunya akan berjaya menguasai kita jika mereka lihat di antara kita berpecah belah. Jika keadaan aman, pimpinan yang buas nafsu untuk berkuasa semata-mata untuk kuasa itu tidak akan ke mana-mana.

ADAKAH PASMA ITU TEROR BEBENO ? PI LA MABUUUUK !


Wednesday, October 1, 2014

Mempertahankan PR itu baik, mempertahankan JEMAAH(PAS) keutamaan.

Sahabat2 sekalian...
Ambo melihatnya begini...
Sebagai anggota Jemaah(PAS), sesiapa saja yang ada pandangan, saranan, usul dan cadangan sepatutnya tahu dan arif berkenaan saluran2 yang sesuai untuk digunakan...
Mereka tak perlu bertindak sebagai jemaah dalam jemaah, jika benar mereka sayangkan jemaah...

Pandangan ini bukan prejudis, tetapi melihat betapa pendokong PasMa amat2 tidak sabar dan tidak begitu kasih dengan jemaah yang meletakkan mereka ditempat mereka hari ini...

Mereka fikir, kehebatan mereka sendiri yang menjadikan mereka YB, AJK, MP dan sebagainya...

Bukankah mereka sepatutnya sedar, tanpa jemaah yang mereka tumpang selama ini adakah mereka akan berada ditempat mereka sekarang.???

Bukan bermaksud memperkecilkan sumbangan mereka, tetapi ingatlah bahawa perjuangan mereka hendaklah untuk jemaah. Bukan untuk kepentingan diri. 

Jika mereka meletakkan kepentingan diri dan individu diluar jemaah(jika ada), nescaya mereka bukanlah pemimpin yang sesuai untuk memimpin rakyat...

Mempertahankan PR itu baik, tetapi mempertahankan JEMAAH(PAS) itu sepatutnya menjadi keutamaan mana2 pemimpin PAS...

Sekian terima kasih...
Sahabat2 sekalian...

Ambo melihatnya begini...

Sebagai anggota Jemaah(PAS), sesiapa saja yang ada pandangan, saranan, usul dan cadangan sepatutnya tahu dan arif berkenaan saluran2 yang sesuai untuk digunakan...

Mereka tak perlu bertindak sebagai jemaah dalam jemaah, jika benar mereka sayangkan jemaah...

Pandangan ini bukan prejudis, tetapi melihat betapa pendokong PasMa amat2 tidak sabar dan tidak begitu kasih dengan jemaah yang meletakkan mereka ditempat mereka hari ini...

Mereka fikir, kehebatan mereka sendiri yang menjadikan mereka YB, AJK, MP dan sebagainya...

Bukankah mereka sepatutnya sedar, tanpa jemaah yang mereka tumpang selama ini adakah mereka akan berada ditempat mereka sekarang.???

Bukan bermaksud memperkecilkan sumbangan mereka, tetapi ingatlah bahawa perjuangan mereka hendaklah untuk jemaah. Bukan untuk kepentingan diri. 

Jika mereka meletakkan kepentingan diri dan individu diluar jemaah(jika ada), nescaya mereka bukanlah pemimpin yang sesuai untuk memimpin rakyat..
.
Mempertahankan PR itu baik, tetapi mempertahankan JEMAAH(PAS) itu sepatutnya menjadi keutamaan mana2 pemimpin PAS...

Sekian terima kasih...

DEME SUKA BUAT DULU KEMUDIAN SURUH PAS IKUT ....

KALO DI PERAK HANGPA (PAS+DAP+PKR) SANGAT BAIK, PASAL TAK DE YANG NAK REBUT APA-APA. SELANGOR BANYAK FULUS, MACAM REBUT BANGKAI YANG BUSUK, LAGIPUN PERAK TAK DE TUKANG KACAU - Pak Karamu

Pemimpin PR kena kerap semuka

  • Mohd Akmal Kamaruddin Mohd Akmal Kamaruddin
1 / 1
IPOH - Pemuda Pas Perak menyarankan supaya pemimpin dalam PR lebih kerap bersemuka bagi memastikan hubungan yang dibina antara gabungan ketiga-tiga parti itu kukuh.

Timbalannya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, berikutan itu, semua pihak perlu berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat demi masa depan PR.

“Pas tidak perlu keluar daripada PR, sebaliknya pemimpin perlu duduk semeja dan berbincang cara terbaik bagi menyelesaikan konflik yang melanda.

“Jika suasana tuduh menuduh berterusan, ini merugikan PR sebaliknya parti lawan yang akan mendapat untung besar dan pada masa itu ketiga-tiganya hanya mampu gigit jari,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang mendedahkan bahawa terdapat usaha untuk menyingkirkan Pas daripada PR.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Akmal turut menggesa mereka yang terbabit dalam konflik tersebut supaya menamatkannya dengan segera.

Katanya, daripada terus menuding jari dan mencari kesalahan antara satu sama lain, lebih baik mereka turun padang dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Rakyat dahagakan khidmat kita, jadi lebih baik kita terus bekerja demi kepentingan dan kesejahteraan mereka (rakyat) di kawasan masing-masing,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, di Perak, hubungan Pas bersama rakan PR yang lain amat baik dan tidak mempunyai masalah memandangkan mereka sentiasa bertemu untuk mengekalkan hubungan antara satu sama lain.

“Di peringkat pemuda, kami mempunyai hubungan yang cukup erat dengan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy).

“Justeru, kami berharap konflik yang berlaku di negeri lain tidak akan menular di Perak,” katanya.

PASMA MAKHLUK PEROSAK ???

Pasma perosak dalaman Pas

  • Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri Mamat
1 / 1
KUALA TERENGGANU – Pas Terengganu sekali lagi menegaskan ahlinya supaya tidak sesekali terlibat dalam badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sebagaimana arahan dikeluarkan sebelum ini.

Pesuruhjayanya, Satiful Bahri Mamat mengingatkan bahawa Pasma bukanlah satu persatuan yang baik kepada ahli Pas, malah menyifatkannya perosak di peringkat dalaman yang boleh menghakis kesetiaan ahli terhadap parti dan kepimpinan.

Menurutnya, kewujudan Pasma yang berpunca daripada rasa tidak puas hati ahli parti itu dan tidak senada dengan kepimpinan, dilihat membawa lebih banyak keburukan terhadap ahli parti.

“Mereka rosakkan parti dan tidak wajar ahli Pas bersama-sama mereka. Tugas mereka mengkritik Pas sedangkan Pas ada saluran dalam parti. Kita minta ahli Pas ikut parti.

“Orang yang berasa kecewa sahaja berada dalam Pasma. Kita harap jangan terlibat dengan NGO ini sebagaimana arahan Pas Terengganu sebelum ini,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai Pasma yang dilancarkan di Besut, malam kelmarin.

Mengulas lanjut kenyataan Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi bahawa Pas akan rugi jika tidak memanfaatkan Pasma, beliau menegaskan, Pas tiada kaitan sama sekali dengan pertubuhan itu.

ye ada, yang cabut kepalapun ada

[RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA


Pengarah Eksekutif LENSA di ugut

SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri.

Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

“Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut.

“Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya,” kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.
Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pada jam 1 tengah hari ini.

Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda.

Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR.

“Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai,” katanya sewaktu di temui di Shah Alam. -FMT

Portfolio: PAS sudah beri pandangan kepada Azmin


KUALA LUMPUR: PAS Selangor telah menyatakan pandangan mereka kepada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berhubung portfolio exco kerajaan negeri.


Pesuruhjaya negeri, Iskandar Samad berkata, pandangan itu dinyatakan dalam pertemuan pihaknya dengan menteri besar, beberapa hari lalu.

Menteri Besar juga katanya, membuat pertemuan serupa dengan exco PKR dan DAP.

Bagaimanapun, Iskandar berkata pengesahan portfolio itu hanya akan dimaklumkan dalam mesyuarat exco, esok.

"Untuk portfolio ini MB sudah berbincang dengan semua exco yang terlibat di kalangan tiga parti," katanya kepada Hararakahdaily.


Menurutnya, mesyuarat exco esok akan menentukan portfolio bagi kesemua 10 exco yang dilantik dan satu sidang media dijangka diadakan selepas itu.


Terdahulu, perbincangan telah dilakukan antara Menteri Besar dengan ketiga-tiga parti untuk membincangkan pembahagian portfolio yang akan dipegang oleh setiap exco di kalangan mereka.

Selain Iskandar, dua lagi Adun PAS yang dilantik exco adalah Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dan Adun Taman Templer Zaidy Abdul Talib.


Sebelum ini, Iskandar yang juga Adun Chempaka memegang Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri Selangor ketika dibawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.


Manakala Ahmad Yunus memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. -HARAKAHDAILY 30/9/2014



Aduhh!!! Pecat Bekas MB Selangor, TS Khalid Ibrahim: DS Wan Azizah & Datuk Saifuddin Dipanggil Menghadap ROS.. Jom Terjah!!!



PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu.

Kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang.

Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit.

"Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal dan atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu)," katanya.

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu.

Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat.
-Mstar

LENSA NI MACAM PASMA JUGA KOT !

LENSA NI ANAK MUDA PKR KOT, SEMENTARA PASMA NI ANAK TUA PAS BARANGKALI, PATUTNYA LENSA DAN PASMA RUNDING BERSAMA DULU BERSAMA UNTUK SETABILKAN PR, SEBAB KEDUA-DUAN BADAN NI NGO LA KATAKAN. BILA SEBUT NGO MAKA TAK NAMPAK SANGAT TINDAKAN MEREKA ITU KEHENDAK PARTI LA SEBENARNYA, MASA PKR DAN DAP BUAT KERENAH DULU LENSA DAN PASMA SENYAP JE, SEBAB MEREKA NAMPAK CELUPAR PKR DAN DAP ITU LURUS DAN BETUL SAHAJA, YANG SALAH APABILA PAS BUAT KOMEN SEMUANYA DI ANGGAP KERENAH DAN SALAH, BLOGER YANG PRO DAP DAN PKR JUGA NAMPAKNYA CEPAT BUAT KOMEN APABILA PAS BUAT KOMEN, TAPI BILA DAP DAN PKR BUAT KERENAH MAKA MENIKUS PULA MEREKA INI - Pak Karamu

30/09/14

PR akan bincang isu Pas

Mohamed Azmin Ali 
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama pemimpin tertinggi pakatan rakyat berhubung desakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu Pas keluar daripada gabungan pembangkang itu.

Mohamed Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata perkara itu merupakan masalah dalaman parti dan berharap ia dapat diselesaikan segera.

"Itu kita akan bincang dalam pakatan, tanggungjawab saya kini adalah untuk perkukuhkan pakatan rakyat," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, sebuah NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) hari ini menyerahkan memorandum kepada PAS bagi mendesak parti itu keluar daripada pakatan pembangkang dengan mendakwa pemimpin Pas telah menimbulkan ketegangan dalam pakatan rakyat.

Memorandum itu diserahkan kepada wakil Pas di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur kira-kira 10.45 pagi ini.

Sementara itu, Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani masalah banjir kilat di Kajang.

Katanya laporan awal mendapati banjir tersebut berpunca daripada projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan terlibat.

"Saya akan tengok laporan penuh mengenainya...saya juga akan bincang dalam mesyuarat Exco negeri esok bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Hujan lebat yang bermula sejak jam 4 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dilanda banjir kilat.

Hujan hampir dua jam itu menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan turut menjejaskan aktiviti di pekan itu. - Bernama
Peraturan baharu selesai isu cermin gelap
  • Peraturan baharu selesai isu cermin gelap
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pengenalan peraturan baharu cermin gelap yang diumumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menyelesaikan isu cermin gelap yang timbul selama ini, kata Pengarah Urusan Driven Communications Sdn Bhd, Paul Tan.
 
Paul, yang juga penulis blog automotif terkenal paultan.org, berkata dengan pengenalan peraturan baharu ini, tahap keselamatan kenderaan dapat ditingkatkan serta pemandu dan penumpang akan berasa lebih selesa.
 
"Kita tidak dapat pastikan bahawa peningkatan cermin gelap akan mengurangkan jenayah, tetapi sebarang langkah yang berpeluang meningkatkan tahap keselamatan ke atas sesebuah kenderaan adalah baik," katanya kepada Bernama, hari ini.
 
Beliau berkata pada masa sama, peraturan baharu ini akan lebih memberi keselesaan kepada penumpang tempat duduk belakang kerana mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari pada waktu siang.
 
Pengenalan peraturan baharu ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara keselesaan dan keperluan keselamatan terutamanya untuk pihak berkuasa menjalankan penguatkuasaan, katanya.

Semalam, JPJ mengumumkan akan melaksanakan penguatkuasaan peraturan baharu berhubung penggunaan cermin gelap bermula 1 November depan.
 
Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pelaksanaan peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus.
 
Beliau berkata, kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
 
Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya Datuk Dr Tam Weng Wah berkata keputusan penetapan kadar cermin gelap itu diperoleh hasil perbincangan antara pihak terlibat dalam Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap Kenderaan yang berlangsung Jun lepas.
 
"Dari segi signifikannya, penetapan kadar cermin gelap ini dibuat berdasarkan permohonan daripada pengguna selain mengambil kira faktor keselamatan," katanya.
 
Beliau berkata penetapan terbaharu ini adalah keputusan terbaik yang dapat dicapai dan sebarang maklum balas yang diterima selepas ini masih lagi boleh dipertimbangkan pihak JPJ untuk memperbaiki kelemahan di masa akan datang. - Bernama

Tuesday, September 30, 2014

TERKINI ! SAMAN TERHADAP WAN AZIZAH DITERUSKAN !

Sungguh memalukan! Fitnah jijik lidah rasmi PKR, Suara Keadilan terhadap FELDA terjawab apabila bekas editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib hari ini memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, berhubung penerbitan dua artikel di akhbar mingguan Suara Keadilan kerana ia palsu dan tidak benar.

Dzulkarnain dalam permohonan maafnya yang dibacakan di mahkamah terbuka berkata artikel-artikel tersebut diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan niat untuk memperkecilkan plaintif-plaintif dan merosakkan reputasi mereka.

Merujuk kepada satu artikel, beliau berkata tajuk utama ‘Felda Bankrap’ sengaja diterbitkan akhbar itu untuk mensensasikan isu berkaitan Felda.

“Sebagai editor Suara Keadilan pada masa itu, saya telah menyarankan bahawa tajuk utama itu harus dikemukakan sebagai persoalan dan menasihatkan bahawa pernyataan sedemikian boleh menyebabkan saman fitnah.

“Bagaimanapun pihak atasan PKR, penerbit akhbar Suara Keadilan berkeras untuk meneruskan dengan tajuk utama itu (Felda Bankrap) dengan niat untuk membuat kerosakan maksimum terhadap reputasi plaintif-plaintif,” katanya.

Dzulkarnain, yang tidak diwakili peguam, turut menyatakan bahawa beliau sebelum ini telah memohon maaf secara terbuka kepada Felda dan anak syarikatnya mengenai artikel-artikel tersebut dalam satu majlis pelancaran buku yang diadakan di Menara Felda pada 10 April tahun lepas.

Sehubungan itu beliau menarik balik kesemua pernyataan fitnah dan memohon maaf tanpa syarat kepada Felda dan anak syarikatnya.

Pernyataan fitnah itu terkandung dalam artikel pertama bertajuk ‘Felda Bankrap’ yang diterbitkan pada 22 Jun 2010 dan artikel kedua berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ bertarikh 29 Jun 2010 yang diterbit dan diedarkan oleh akhbar itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said kemudiannya membatalkan saman Felda terhadap Dzulkarnain yang kini merupakan perunding media tanpa sebarang perintah berhubung kos.

Kamaludin juga merekodkan penghakiman persetujuan yang mengandungi kenyataan permohonan maaf yang dibacakan oleh Dzulkarnain di mahkamah.

Pada 16 Ogos 2010, Felda dan anak syarikatnya memfailkan saman terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Senator Dr Syed Husin Ali yang ketika itu Naib Presiden PKR, Dzulkarnain dan penulis artikel itu Rusnizam Mahat atas dakwaan menyiarkan dua artikel yang memfitnah Felda dalam Suara Keadilan.

Felda mendakwa artikel yang disiarkan pada 22 dan 29 Jun 2010 bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan artikel berserta gambar bertajuk ‘Kontroversi’ dan ‘Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu’ menjejaskan imej mereka.
Ia mendakwa penerbitan artikel-artikel itu boleh menjejaskan dan defendan sengaja menyiarkannya untuk merosakkan kepercayaan dan keyakinan peneroka-peneroka Felda terhadap agensi itu.

Sehubungan itu, saman Felda terhadap Dr Wan Azizah, Syed Husin, dan Rusnizam masih diteruskan.

Sementara itu, selepas prosiding permohonan maaf tersebut, peguam defendan-defendan, Francis Pereira membangkitkan isu awal berhubung kapasiti Felda untuk memulakan tindakan saman terhadap anak guamnya atas alasan Felda sebagai sebuah badan berkanun yang didaftarkan mengikut Akta Syarikat 1965 tidak ada locus standi untuk memfailkan saman.

Peguam Datuk Ahmad Firoz Hussein Jamaluddin yang mewakili Felda pula berkata berdasarkan satu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan dalam kes saman Felda terhadap bekas Timbalan Menteri Tanah, Pembangunan dan Koperasi Datuk Dr Tan Kee Kwong, di mana mahkamah itu memutuskan Felda boleh memfailkan saman.

Oleh itu katanya, Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu.

Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Okt untuk membuat keputusan terhadap isu awal itu. - BERNAMA

PKR AKAN UG NGAN UMNO ..........?

Tuesday, September 30, 2014


APAKAH MAKNANYA INI?




ADA RUNDINGAN KOT BELAKANG ?

PAS TIDAK BODOH MENILAI

Dalam suasan politik yang agak kucar kacir yang di cipta oleh PKR dengan langkah Kajang, yang jelas PAS yang agak menderita dan huru hara, di tambah lagi dengan kenyataan yang kurang ajar dari PKR dan DAP, PAS cuma jawab, "Itu tak patut, atau Mustafa Ali kata dia tak mahu layan" jawapan yang mungkin tidaklah menyakit hati sangat, berbanding kenyataan Pengkhianat dan berbisa dari timbalan pengurusi PKR Selangor yang cukup menyakitkan hati, namun kekeruhan dari kenyataan itu tidakpun di ulas,namun apabila PAS bertindak balas maka ramai yang buka mata kata PAS yang memulakannya, Mengapa nampak PAS sahaja yang mencipta pasal ?

PAS telah di terangkan oleh Presidennya tetap dengan PR, Mengapa masih lagi buat kenyataan bahawa PAS mahu keluar PR ? Atau segala-galanya PAS di persalahkan, Mengapa ? Mengapa tidak cari punca kesalahan tersebut, PAS tahu segala kenyataan keluar PR itu adalah suatu Provokasi supaya PAS melenting dan buat keputusan Keluar PR, Apakah motif provokasi tersebut ? Yang ni apa pasal tak mahu dihebohkan ? Ingat PAS ni bodoh ke ? atau mudah di buli ? Mengapa para pimpinan tak duduk bincang bersama secara  anak jantan, - Pak Karamu

Tuesday, 30 September 2014

Tak Perlu Keluar PR, Pas Hanya Perlu Tukar Pemimpinnya Saja


Kedudukan Pas dalam gabungan Pakatan Rakyat atau PR boleh dikira paling genting ketika ini. Selain ada suara daripada luar parti itu yang mahu Pas keluar daripada PR, dalam masa yang sama wujud pula suara daripada dalam Pas sendiri yang mahu parti itu berbuat tindakan yang sama.

Suara daripada luar ini berbagai bentuk nadanya. Ada yang merasakan adalah merugikan Pas berada dalam PR kerana kedudukannya yang dikatakan tidak dominan dan sentiasa ditenggelamkan oleh PKR dan DAP.

Ada pula yang merasakan Pas perlu mengubah sikap dan berpendirian lebih kukuh kepada semangat kerjasama serta berpegang pada janji jika mahu terus bersama dengan PR. Sebaliknya jika tidak sedia berubah, Pas disarankan keluar saja daripada PR dan bergerak sendirian dalam politik negara ini.

Pihak yang lain seperti Perkasa misalnya, menyarankan agar Pas mengetuai PR jika benar-benar mahu mewujudkan sistem dua parti kerana Pas adalah parti yang mirip seperti UMNO yang kini mengetuai BN. Maknanya, jika hanya berada di belakang PKR dan DAP, dianggap tidak berguna sama-sekali.

Sementara dalam Pas pula seperti terbelah dua dalam isu sama ada parti itu perlu terus kekal bersama PKR dan DAP dalam PR atau bergerak sendirian selepas ini. Walaupun Presiden Pas, Haji Hadi Awang dalam muktamar baru-baru ini menekankan bahawa parti itu akan terus bertahaluf siyasi dalam PR tetapi suara-suara yang mahukan sebaliknya juga turut lantang kebelakangan ini.

Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Nasharuddin Tantawi dan Dr Zuhdi Marzuki adalah antara pemimpin dalam Pas yang terus-menerus "mencari pasal", mengungkit, mahu berbalah dan seolah-olah lebih emosi dengan pemimpin daripada PKR dan DAP berbanding pemimpin daripada UMNO.

Setiap hari ada saja kenyataan berbentuk luahan perasaan, dakwaan dibuli dan berbagai lagi daripada mereka ini seolah-olah PKR dan DAP itu lebih dianggap musuh berbanding UMNO yang secara realitinya adalah musuh sebenar dalam perjuangan parti itu sebagai parti politik.

Dalam masa yang sama, golongan "nasi tambah" pula seperi Dr Hasan Ali, ahli akademik dan beberapa NGO sentiasa muncul dengan saranan agar Pas segera keluar daripada PR untuk menyelamatkan pejuangan Islam yang dibawanya dan untuk mengelakkan daripada hanya menjadi alat PKR dan DAP semata-mata. Nampak suci benar hati nurani mereka ini!

Soalnya, apakah lebih untung Pas bersama PR atau keluar daripada gabungan itu?

Untungnya Pas berada dalam PR sudah pun dapat dilihat daripada kejayaannya memenangi banyak kerusi di Selangor, Perak, Johor, WP, Pahang dan sebagainya dalam beberapa pilihanraya kebelakangan ini. Berbanding ketika bersendirian Pas hanya dominan di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Kedah saja, harapan untuk menang di negeri lain bagaikan jauh daripada jangkauannya..

Ini kerana tanpa kerjasama dengan PKR dan DAP, calon Pas tidak mungkin mendapat undi daripada bukan Melayu. Di situlah pula letaknya kelebihan calon UMNO berbanding Pas dalam banyak pilihanraya sebelum ini kerana mereka mempunyai kerjasama dengan MCA dan MIC.

Tetapi sejak wujudnya PR yang dicetuskan melalui kesungguhan Anwar Ibrahim mengikat kerjasama antara Pas, PKR dan DAP untuk menyaingi BN yang mempunyai UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya, dominasi UMNO di banyak kawasan sudah dapat dipecahkan.

Ia menjadikan selain Pas makin kukuh di Kelantan, Terengganu dan Kedah, ia juga sudah dapat melebarkan sayapnya dengan lebih selesa ke negeri-negeri lain. Sokongan daripada pelbagai kelompok masyarakat seperti profesional, guru, kakitangan kerajaan, swasta dan sebagainya juga turut bertambah.

Jika Pas tidak bersama PR dan bergerak sendirian pula, gambarannya ialah parti itu perlu menyelak kembali sejarahnya di tahun-tahun 80-an dan 90-an dahulu. Sekadar menang di beberapa kawasan dan hanya gah di pentas ceramah saja.

Dengan emosi, marah, terkilan, kecil hati dan seumpamanya, memanglah sesiapa pun boleh berhujah dengan pelbagai dalil dan nas untuk mewajarkan perlunya Pas keluar dan berpisah daripada PR. Tetapi apakah untungnya dan tidakkah keluarnya Pas daripada PR akan menjadikan cita-cita mewujudkan pembangkang yang kuat atau kerajaan alternatif hanya tinggal angan-angah saja?

PR yang hanya diangggotai oleh PKR dan DAP tidak menjadikannya sekukuh BN kerana wujudnya kelompongan untuk menarik sejumlah pengundi Melayu yang sepatutnya dilakukan oleh Pas tadi. Dalam masa yang sama pula, Pas secara sendirian juga turut lompong kerana tiada sokongan bukan Melayu dan pengundi bandar atau separa bandar yang lebih kukuh. Akhirnya kedua-duanya rugi.

Hakikatnya Pas, PKR dan DAP saling memerlukan antara satu sama lain. Ia sama seperti UMNO yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa MCA, MIC, Gerakan dan lain-lainnya

Pas tidak perlu keluar PR sebenarnya. Apa yang perlu dilakukan ialah memperbaik tekad dan azamnya untuk terus kekal bersama PR sambil menyedari cita-cita menawan Putrajaya tidak mungkin tercapai jika bergerak sendirian. Sesuai dengan semangat majoriti ahli dan pimpinan Pas sendiri yang mahu terus berlawan dengan UMNO, pendirian itu perlu terus diperkemaskan dan jangan digoyahkan dengan unsur-unsur yang lain.

Kalau perlu dan enggan patuh, Pas juga harus berani mengenepikan mana-mana pemimpinnya, termasuk Presiden sekali pun jika didapati lebih condong mahu membawa parti itu keluar daripada PR kerana ia nyata bertentangan dengan matlamat sebenarnya. Slogan "Pas For All" atau "Pas Ganti UMNO" tentunya bermaksud menggantikan tempat UMNO dan bukan bekerjasama dengannya.

Keluarnya Pas daripada PR tidak lain hanyalah khabar gembira buat UMNO dan BN. UMNO akan bergembira dengan tindakan itu. Harus juga disedari, sekiranya UMNO dan BN menang lagi dalam PRU 14 nanti, ia mampu menjadikan dominasi itu kekal untuk sekurang-kurangnya selama 50 tahun lagi. Sanggupkah Pas menerima realiti itu?

Jika ketika bersama PR, diperbesarkan dakwaan kononya parti itu akan menjadi lebih condong kepada Anwar, PKR dan DAP tetapi tidakkah dengan membawa keluar Pas daripada PR pula menunjukkan kecondongan kepada Najib dan UMNO?

Apakah UMNO yang dimusuhi sejak sekian lama sebelum ini lebih Islamik sekarang untuk didampingi dan Najib pula sudah menjadi putih bersih bagi sesetengah kelompok dalam Pas?

Inilah pertimbangan yang perlu difikirkan dengan sewaras-warasnya oleh sesetengah pihak dalam Pas sekarang ini. (SH 30/09/2014)

macam lembu


ANAK-MUDA MEMANG NAMPAK TAPI ADA YANG MEREKA TIDAK NAMPAK ....

Sebaiknya  kita boleh selesaikan perkara yang kusut, tidak ada masalah yang tidak dapat di selesaikan, asalkan kita perlu melakukan puasa Maryam,  Wahai anak muda ! kamu tahu tak ? Apabila Azmin Ali hendak di lantik, pada awalnya PAS bersikap terbuka dan menerima, selepas perlantikan ketika ura-uran nak memilih Exco, boleh kamu fikir siapa yang memulakan penghinaan ? dengan cadangan yang menyakitkan hati, ini kamu tak nampak ? Selepas itu DAP pula terus melebel 4 Exco PAS sebagai pengkhianat ? Ini kamu tak dengar dan tak nampak ? Tapi masa itu mengapa kamu diam ? kenapa kamu tak suruh cool ?

Rentetan dari peristiwa itu PAS memang lambat membuat tindak balas, inilah masalah yang ada pada PAS, namun semasa PAS di herdik sepatutnya kamu bersuara, tapi kamu terus berdiam, Mengapa ? nampaknya kamu berat sebelah ! adakah ini adil ? Bukankah baik jika selepas keputusan istana memperkenan Azmin Ali sebagai MB semuanya senyap dulu, apa yang tak kena jangan buat kenyataan terbuka yang boleh mengeruhkan suasana, namun itulah yang berlaku bertimpa-timpa. seruan kamu sebagai anak muda jika hendakkan PAS keluar pakatan maka sebenarnya kamu tiada kuasa, apa yang lebih baik bagi kamu berjumpalah dengan  orang yang berautoriti dari DAP dan PKR, suruh saja mereka tendang PAS dari PR - Pak Karamu

 

Apakah PAS Akan Hormati Suara Anak Muda Ini Atau Akan Di"Barua"kan Juga?


NGO anak muda serah memorandum desak PAS keluar Pakatan

Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri daripada kumpulan anak muda hari ini mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika tiada langkah pemulihan diambil parti Islam itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Lensa Anak Muda Malaysia (Lensa) berpandangan kenyataan yang dikeluarkan pemimpin PAS hanya menimbulkan ketegangan dalam PR dan jika tidak dibendung ia akan mengakibatkan hilangnya sokongan rakyat.

"Lensa menyarankan PAS perlu menggesa semua pimpinan di semua peringkat untuk tidak lagi membuat kenyataan yang boleh memudaratkan hubungan sesama rakan PR.

"Hal ini penting bagi mewujudkan tempoh bertenang seterusnya memberi ruang kepada komponen PR untuk memperkukuh semula permuafakatan.

"Lensa berpendirian sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama PR maka Lensa mencadangkan PAS mengambil langkah berundur daripada PR," katanya selepas menghantar memorandum di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.

Lensa semalam berkata PAS menyebabkan krisis menteri besar Selangor yang mengundang perpecahan dalam PR.

Berdasarkan pandangan ahli politik dan ahli akademik, NGO itu berkata, PAS harus dipersalahkan atas pendirian mereka yang berubah-ubah dalam isu menteri besar Selangor.

Koordinator Lensa Ekhsan Bukharee berkata, PAS menjadi faktor utama menyebabkan krisis Selangor terheret sehingga hampir 5 bulan sedangkan konflik ini boleh diselesaikan lebih awal jika PAS menghormati semangat setiakawan menyokong calon menteri besar yang dipersetujui PKR dan DAP.

Katanya, hubungan sesama komponen PR juga menjadi tidak menentu apabila terdapat pemimpin PAS yang mengeluarkan kenyataan terbuka merugikan PR.

“Lensa khuatir jika pertembungan dalam PR tidak diurus segera, masyarakat akan hilang kepercayaan kepada PR dan secara khususnya kepada PAS. Ini berikutan tanggapan umum terhadap PAS yang dilihat membelakangkan semangat Pakatan.

“Dalam empat siri forum yang dijalankan, 33 soalan diajukan penonton kepada ahli panel. Hasilnya 23 daripada 33 soalan tersebut menunjukkan kekecewaan terhadap sikap PAS dalam krisis Selangor.

“Analisis juga menunjukkan semua soalan diajukan penonton bukan Islam mempertikai sikap PAS sepanjang konflik berlaku,”
katanya kepada pemberita yang turut dihadiri Pengarah Eksekutif Lensa Safwan Anang.

Ekhsan berkata, PR perlu sentiasa memperkukuh persepakatan bagi menyemak imbang urus tadbir negara di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana pakatan pembangkang yang kuat akan melahirkan kerajaan yang lebih prihatin dan telus dalam pemerintahan.

Katanya, PR begitu longlai dalam menangani keghairahan kerajaan menggunakan Akta Hasutan walaupun pemimpin utama PR sendiri disabitkan dengan akta drakonian tersebut.

“Jika pakatan pembangkang lemah, kerajaan yang memerintah akan berpeluang untuk mentadbir secara sesuka hati sekali gus berpotensi untuk menindas rakyat.

“Sebagai contoh, dalam masa PR terheret dengan konflik dalaman yang berpanjangan dan kelihatan lemah, tempoh tersebut digunakan pihak berkepentingan untuk menganiaya pemimpin politik dan aktivis rakyat menggunakan Akta Hasutan,” katanya. – TMI

SHHHH ! KITA TUNGGU RABU ......

ORANG PERAK KATA, KALO ISTILAH PORTFOLIO ITU KALO LETAK PORTFOLIO ITU YANG TIDAK PENTING DEME KATA KALO MENTERI MAKA JADI MENTERI TAK BERPELIO - Pak Karamu

Azmin: Portfolio exco baharu diumum Rabu

  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
SHAH ALAM - Portfolio bagi 10 anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor yang baharu dilantik diumumkan Rabu ini, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.
 
Katanya, portfolio itu akan ditentukan setelah mengambil kira kemampuan dan kepakaran setiap Exco, agar tanggungjawab yang diberikan dapat dijalankan dengan berkesan.
 
"Portfolio itu akan diberikan Rabu ini dan kami juga mahu memastikan anggota  Exco akan berkhidmat dengan lebih cekap dan berkesan," katanya.
  
Azmin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan sempena Ulang tahun Hari Keputeraan ke-68 Sultan Selangor Tahun 2013.
  
Dalam komposisi barisan exco yang diumum Azmin Jumaat lepas, PKR mendapat empat jawatan Exco manakala Pas dan DAP, masing-masing tiga.
  
Tujuh anggota Exco yang dilantik merupakan mereka yang telah berkhidmat di bawah pentadbiran bekas menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. - Bernama

PAS KURANG TARBIYAH DAN WALA TERMASUKLAH HASSAN ALI DULU

Sekarang Pas juga dibuli ahli sendiri

  • Hasan Mohamed Ali Hasan Mohamed Ali
1 / 1
SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan sikap buli dua parti komponen PR terhadap Pas bukan perkara baharu.

Malah katanya, Pas bukan sahaja dibuli pihak luar tetapi juga oleh ahli parti sendiri.

"Ada pimpinan tertinggi Pas yang berani menyangkal kenyataan presiden sendiri yang mana perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya lihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menghadapi tekanan hebat dari dalam dan luar dalam masa sama," katanya, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang disiarkan dalam Sinar Harian semalam, bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.

Nik Mohamad Abduh meluahkan pendapat beliau itu melalui laman Facebook beliau, kelmarin.

Menceritakan keadaan Pas sejak penggabungan ketiga-tiga parti itu pada 2008, Hasan berkata Pas dilihat sukar membuat keputusan dan terpaksa mengikut rakan parti yang lain.

"Pas sebelum ini merupakan parti yang cukup kuat. Ia jelas berlandaskan asas perjuangan teguh yang mahu melihat negara ini ditadbir dengan nilai-nilai Islam sebenar tanpa membelakangkan kaum lain.

"Sejak diterajui presidennya Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor, tiada siapa yang boleh membuli Pas. Tetapi sebaliknya berlaku pada zaman Abdul Hadi. Dahulu, semua kepala presiden 'sejuk' sahaja, kalau ada masalah atau isu-isu semasa, presiden ada kuasa bercakap,
dan kata-katanya diterima baik semua ahli dan juga dihormati orang luar. Tetapi tidak lagi hari ini," katanya.

Malah Hasan berkata, beliau turut melalui pengalaman dibuli sehingga dipecat daripada Pas pada 2012.

"Lapan tahun saya berada di Selangor, memegang jawatan sebagai exco kerajaan negeri, Pesuruhjaya Pas dan Naib Presiden Pas selama tiga penggal.

"Saya perjuangkan isu Islam, namun suara saya tidak didengar. Pimpinan Pas ketika itu lebih mendengar kata-kata daripada parasit dalam parti sahaja," katanya.

Ditanya sama ada Pas perlu keluar daripada PR, Hasan berkata perkara utama yang perlu dilakukan Pas terlebih dahulu adalah membuang golongan yang digelarnya sebagai parasit dalam parti itu pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 2015.

"Sama ada presiden (Pas) dan (Majlis Syura) Ulama Pas tahu atau buat-buat tidak tahu, (parasit) inilah sebenarnya yang boleh membinasakan Pas.

"Golongan parasit boleh melumpuhkan Pas kerana mereka tidak lagi menyokong presiden tetap lebih kepada pemimpin parti lain. Jadi, saya melihat perkara ini semakin serius dan perlu diperbetulkan," katanya.

DI TIMUR DAN BARAT SEDANG MEMERANGI ISLAM

Sikap orang-orang bukan islam di seluruh muka bumi ini sedang memerangi islam secara kasar dan halus, setiap tahun kita umat islam di sedarkan dengan aktiviti musuh islam melalui takbir hari raya, La Illahaillallahu wala na'abudu illa iyyahu mukhlishina lahuddin, walau karihal kafirun, walau karihal mushrikun, walau karihal ashobiyun ! . Semua sistem dan dasar perjuangan politik  yang di amalkan manusia selain dari islam tetap memusuhi dasar islam, tidak kira apa rupa bangsa dan kaum, kerana itu PAS tidak terkecuali dari serangan tersebut, kerana itu Allah memperingatkan kepada umat islam sebagaimana firmanNya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman ! jika kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian
kamu : (Muhammad  ayat 7) - Pak Karamu                                                                                                                                                                        
 Ada usaha singkir Pas daripada PR

  • Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki
1 / 1
SHAH ALAM – Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.

Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.

Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.

“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.

AKAN MENYUSUL

ADUN TAK BEST KE BEBAS ? KALO PKR BERTANDING BOLEH MENANG KE ?

Monday, September 29, 2014

Khalid Ibrahim mahu letak jawatan ADUN Pelabuhan Klang?


Kesan dari krisis MB Selangor yang berpanjangan terhadap PAS telah kita lihat dalam PRK Pengkalan Kubor baru-baru ini..

Walaupun tidak menyeluruh, kita perlu akui krisis yang menyaksikan sikap berdolak dalik pemimpin-pemimpin PAS telah memberikan kesan terhadap PRK tersebut..

Jika spekulasi ini bertukar menjadi nyata, kita akan menyaksikan kesan dari krisis MB Selangor tehradap PKR pula..

Dengan pengundi yang berjumlah 34,784, Peratus keluar mengundi 87.02% dan undi rosak pula 596, Tan Sri Khalid yang bertanding atas tiket PKR telah memperolehi 18,591 undi.

Mengalahkan calon BN yang memperolehi 15,597 undi dengan majoriti 2,994 ... Mampukah PKR mengekalkan kerusi ini ditangan mereka andaikata benar Tan Sri Khalid akan metekakkan jawatan..

Aku jangkakan majoriti akan merosot dengan teruknya kalau jadi PRK...
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang tidak lama lagi.
Ia dijangka diumumkannya selewat-lewatnya November ini. Menurut sumber, ia dibuat kerana beliau yang kini wakil rakyat bebas hanya mahu menumpukan kerja sebagai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Bagaimanapun belum ada permohonan rasmi dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Abdul Khalid memenangi kerusi DUN Pelabuhan Klang dan Parlimen Bandar Tun Razak sekaligus atas tike PKR.

Lagi pun beliau bukan lagi MB Selangor. Jawatan MB Selangor kini disandang oleh ADUN Bukit Antarabangsa yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Abdul Khalid meletakkan jawatan MB selepas usaha menyingkirkannya melalui Langkah Kajang bermula dari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang baru-baru ini.

Menurut sumber, sekiranya Abdul Khalid masih menjadi ADUN Pelabuhan Klang, ia menimbulkan suasana tidak selesa.

"Bagaimana bekas seorang MB yang dahulunya menerajui kerajaan negeri kini duduk sebagai wakil rakyat bebas dalam Persidangan DUN," katanya.

Abdul Khalid juga dikatakan tidak berminat menyertai Pas atau UMNO. Sebagai wakil rakyat bebas, Abdul Khalid akan berseorangan di dalam DUN Selangor dan suasana itu agak berbeza dengan Parlimen yang kedudukannya tidak berubah.

Bagaimanapun, menurut sumber, peletakan jawatan ADUN itu masih dalam pertimbangan Abdul Khalid dan masih belum muktamad.--MalaysiaGazette

APA NAK JADI SULTAN, APABILA SUDAH RAMAI MEMPERTIKAIKAN ?

MB Selangor digesa pertahan kuasa sultan
  • Azmin Ali Azmin Ali
1 / 1
ALOR SETAR - Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa mengeluarkan kenyataan rasmi bagi mempertahan kuasa yang dimiliki Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan menteri besar.
 
Ini berikutan kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leong dalam sebuah portal baru-baru ini yang menggesa Azmin mengubah perlembagaan negeri itu dengan mengurangkan kuasa sultan gara-gara kemelut politik yang berlaku di negeri itu.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zainal berkata, menteri besar baharu yang diperkenan Sultan Selangor itu perlu mempertahan kuasa tersebut dan menolak cadangan itu secara terbuka.
  
Beliau berkata, Azmin juga perlu memberi jaminan kepada rakyat negeri itu agar Adun daripada Pakatan Rakyat tidak membawa usul mengurangkan 'kuasa Sultan' dalam sidang Dun Selangor mulai November depan.
  
"Azmin orang pertama perlu pertahankan kuasa Sultan. Jika Azmin tak keluarkan kenyataan, bermakna dia setuju dengan kenyataan Gooi dan dia perlu sedar pelantikannya juga berdasarkan perkenan daripada Sultan," katanya pada sidang media di Pejabat Umno Kedah di sini hari ini.

Zainuri berkata, Pemuda Umno negeri memberi tempoh sehingga hujung minggu ini kepada Azmin untuk bertindak.
  
Mereka mengambil berat terhadap isu yang sengaja dibangkitkan oleh kepimpinan PKR yang didakwa menghina intitusi diraja secara terbuka disebabkan kemelut yang dicipta parti itu sendiri.
  
"Kami juga menggesa agar Gooi menarik balik kenyataannya itu," katanya. - Bernama
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.