Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SUDAH BERLAKU, SUDAH TERCEMAR, ALASAN TIADA GUNA

Penganjur lindungi gadis terlibat

  • 'Adegan' seorang gadis bertudung dicium artis K-Pop. 'Adegan' seorang gadis bertudung dicium artis K-Pop.
1 / 1
SUSULAN penyebaran klip video gadis Melayu yang kurang menyenangkan iaitu membabitkan adegan peluk dan cium dengan kumpulan artis Kpop, B1A4 pihak penganjur acara berkenaan TGM Events tampil menjelaskan perihal ‘sebenar’ perkara tersebut,  melalui laman Facebook rasmi mereka hari ini.

Menerusi penjelasan tersebut, pihak TGM Events memaklumkan bahawa sebagai penganjur acara, pihak mereka terpanggil untuk menjelaskan kontroversi mengenai insiden tersebut.

“Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

“Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat.

Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut.

“Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens,” jelas kenyataan tersebut.

Menyentuh perihal yang sama, pihak TGM Events memberitahu, perlakuan ‘sumbang’ itu sama sekali tidak dibenarkan oleh pihaknya, kerana pihak TGM Event mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

“Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka.

“Oleh sebab itu, program-program kami dirancang bersesuaian dengan minat audiens kami.

“Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami,” jelas kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, pihak TGM Events memaklumkan bahawa sebagai langkah keselamatan, pihaknya akan melindungi maklumat tentang peminat yang terlibat.

“Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

“Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis," jelas pihak TGM Events lagi.

2 orang berkata:

XUMNO said...

Lain kali pihakTGM Events mrnyediakan katil atas pentas supaya peminat boleh lebih mesra dan intimate dengan penyanyi. Kalau ikut kenyataan penganjur ini mereka tidak menghalang apa jua yg ingin dilakukan oleh peminat.

Anonymous said...

Artis wanita pun selamba je melentok dipeluk atis lelaki semasa persembahan di pentas. Pakaian sesetengah artis wanita Islam sangat2 tidak senonoh di acara karpet merah yg menonjolkan peha dan rekahan payudara, ada yg mengkiaskan spt telanjang.
Tiada ke usaha pihak berwajib membendung gejala ini, kerana ianya menjadi tontonan umum. Yg berkurung dan yg tersembunyi gigih amat diserbu dan ditangkap, kenapa yg terang2 melanggar hukum didepan mata dibiarkan? Adakah yg berkhalwat dan berduaan di tempat sunyi sahaja melanggar hukum agama, manakala yg terang2an mcm tak berdosa. Bagaimana kita nak mendidik generasi menjadi lebih berakhlak?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.