• Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pas menyifatkan penahanan seorang peguam yang dilaporkan mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosi ekstremisme sebagai satu tindakan wajar.
  
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menarik perhatian bahawa tidak patut bagi seseorang mempersoalkan ibadah bagi mana-mana agama yang seterusnya boleh mengeruhkan hubungan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
  
"Kalau ada khutbah yang menjurus kepada ektremisme...sila perincikan, khutbah bila, tajuk apa," katanya kepada sidang media ketika diminta mengulas penahanan peguam itu malam tadi.
  
Peguam itu dilaporkan mendakwa melalui akaun twitternya kononnya Jakim
menyebarkan fahaman ekstremis setiap hari Jumaat.
  
Mahfuz bagaimanapun berkata elok perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa untuk membuat siasatan. – Bernama