Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WANITA MALAYSIA DAH TAK LEH TERBENDUNG !

Pihak Berkuasa Wajib Bendung Program Cemar Maruah Wanita Malaysia 

1. Wanita mempunyai kedudukan dan nilai yg tinggi di sisi Islam sama seperti golongan lelaki. Wanita dan lelaki berasal dari diri yang satu.

Firman Allah Taala, maksudnya:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

(An-Nisa:1)

2. Islam menetapkan etika seorang muslimah bagi mengekalkan nilai kemuliaan ini. Kedudukan wanita akan terjejas dan hina apabila wanita mengabaikan etika ketinggian nilai muslimah yang telah digariskan dalam Islam. Antaranya Firman Allah swt:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka... (An-Nur:31)

Firman Allah swt, maksudnya:

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). (Al-Ahzab:32).

3. Penderitaan mangsa banjir luar biasa di beberapa negeri belum pun sempat tamat kita terkejut dan dikejutkan pula dengan kemungkaran mendatang di mana remaja muslimah di ibu negara dengan bangga dan rela menggadai maruah diri di khalayak ramai bersama penari kpop Korea. Begitu rapuhnya prinsip remaja muslimah melayu. Di mana silapnya?

4. Masyarakat yang sedia menghidapi pelbagai penyakit sosial kini ditambah lagi dengan gejala terbaru yg amat memalukan di mana remaja muslimah rela menjadikan harga diri begitu rendah nilainya di hadapan artis bukan Islam dalam satu konsert k-pop Korea B1A4 yang dianjurkan oleh Acer di KL Life Center pada 10 Januari 2015.

5. Islam juga telah menggariskan sistem politik dan pemerintahan negara yang menjamin kesejahteraan rakyat. Malaysia adalah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi yang memberi isyarat kpd pemerintahnya agar menyekat budaya hiburan yang tidak menepati syariat dianjurkan dalam negara sebagai mematuhi tuntutan agama iaitu kewajipan mencegah kemungkaran.

6. Sbg muslimah dan ibu kepada para remaja Jabatan 'Alimat Dupp memandang serius terhadap gejala keruntuhan akhlak remaja muslimah kini dan dibimbangi ia mengundang kemurkaan Allah swt yg lebih besar lagi.

7. Kami menyeru kepada semua pihak khususnya kepada pihak kerajaan agar menggunakan kuasa yang dianugerahkan oleh Allah untuk menghentikan sebarang bentuk program yang menjerumuskan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam ke lembah penghinaan dan dikeji oleh Allah s.w.t sekaligus agar kembali kepada cara hidup Islam yang lengkap dan sempurna. 

Ustazah Mastura hj.Ismail
Ketua Jabatan 'Alimat ,
Dewan Ulamak PAS Pusat.
12hb Januari 2015

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.