Fenomena hujan luar biasa mungkin berulang
08/02/2015 10:39am
KUALA LUMPUR - Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar Klimatologi dan Oseanografi, Prof. Dr. Fredolin T. Tangang.
Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.
Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang merupakan antara faktor hujan lebat luar biasa membasahi Malaysia.
MJO ialah elemen dalam keragaman iklim tropika yang berlaku sekali antara 20 hingga 60 hari, berbanding fenomena El Nino antara tiga hingga tujuh tahun sekali.
Ia merupakan fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment