• Satiful Bahri Mamat Satiful Bahri Mamat
1 / 1
KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu menyifatkan tindakan Pas kawasan tertentu mencalonkan nama selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk jawatan Presiden Pas sebagai cuba menimbulkan provokasi dalam parti itu.

Mengulas keputusan mesyuarat Pas Kawasan Kota Bharu yang menamakan naib presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi jawatan presiden sekali gus mencabar Abdul Hadi, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat menegaskan, soal pemilihan kepimpinan adalah amanah, bukan permainan atau percaturan politik.

Beliau juga mendakwa telah difahamkan bahawa pencalonan Tuan Ibrahim tidak mewakili suara akar umbi Pas di kawasan itu.

“Hendak letak siapa pun boleh tetapi kena hargai dan nilai kemahuan ahli. Apabila ahli buat pilihan tetapi kita buka cadangan yang mendatangkan provokasi, ia seolah-olah tidak menghargai ahli.

“Kita (seolah-olah) tentukan (berlaku) provokasi dalam keadaan seperti ini. Pas adalah sebuah gerakan Islam, bukan untuk berpolitik sesama sendiri,” katanya.


AKAN MENYUSUL