Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CER TERANGKAN ASAL USUL HARUS

Pelaksanaan GST harus bukannya haram
  • Hasan Malek Hasan Malek
1 / 1
PUTRAJAYA - Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah harus dan ia terbukti berjaya di 169 buah negara, termasuk negara-negara Islam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata keputusan sudah dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-106 yang bersidang pada Oktober tahun lalu yang memutuskan hukum pelaksanaan GST adalah harus.

“Saya tidak melihat sebarang alasan GST haram. Majlis Fatwa Kebangsaan telah membuat keputusan. Jadi kita akan meneruskan pelaksanaan GST,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali daripada Pas yang dilaporkan mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan melaksanakan GST.

GST bakal dilaksanakan pada 1 April ini pada kadar enam peratus bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan sedia ada yang berkadar keseluruhan 16 peratus. 

Kini terdapat 169 daripada 193 buah negara yang melaksanakan GST termasuk Indonesia, Singapura, China, India, Iran, Jepun, Jordan, Jerman dan Perancis.

Hasan mempersoalkan mengapa isu GST haram bagi orang Islam ditimbul ketika pelaksanaannya semakin menghampiri.

"Kenapa ketika perbahasan di Parlimen isu (GST haram) tidak timbul.

"Pelaksanaan GST telah dibincang, dibahas dan lulus di Dewan Rakyat dan Dewan Negara dan ia telah diwartakan. Maknanya tak ada masalah untuk melaksanakan GST,” katanya.

Hasan yakin bahawa pelaksanan GST adalah untuk kesejahteraan rakyat dan kutipan cukai adalah untuk tujuan pembangunan, khususnya di luar bandar. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

Bila pula hassan malek ni belajar agama...boleh hujjah antara harus & haram...yg dia tahu semua halal.

Anonymous said...

semenjak malaya merdeka dan tertubuhnya Malaysia, rupax nya semua cukai yang di punggut sebelum GST dia gunakan untuk membangun kawasan bandar sahaja dan untuk perutx pemimpin sahaja, zaman najib jagi PM barulah di perkenalkan GST untuk membangun kan kawasan luar bandar. Raayat yg berada di luar bandar yang inginkan pembangunan mesti berkorban wang ringgit sendiri. itu kata hassan malek mujur lah najib lantik beliuau kalau tidak sampai sekarang penduduk luar bandar tidak apax faedah denga cukai SST. mohon penjelasan....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.