Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KALIAN LEBIH BAIK BERMUFARAKAH, PUSAT PERLU MENGGANTIKAN MEREKA

"BARUA" Terus Menimpa Haji Hadi... PAS Batu Bermufarakah!


PAS Batu berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi

Ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu mengumumkan untuk bermufarakah (berpisah) dengan kepimpinan pusat selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gagal menyelesaikan isu berbangkit di dalam parti.

Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti.

"Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR).

"Kami mengadakan sidang media hari ini bertujuan menyatakan rasa kecewa, sedih dan kesal terhadap kepimpinan PAS Pusat khususnya Hadi yang gagal bertindak menangani isu dalaman sehingga tercetusnya krisis berlarutan dalam parti," katanya.

Ishak berkata demikian dalam satu sidang media yang dihadiri ahli jawatankuasa PAS Batu di Markas Tarbiah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, krisis semasa PAS kini merupakan yang terburuk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada 1982 iaitu selepas presiden PAS ketika itu Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan 30 tahun lalu.

Katanya, melalui tindakan mufarakah itu diharapkan Hadi selepas ini dapat menjadi tokoh pendamai meredakan krisis dalam dengan kata-kata nasihat, kenyataan tegas dan amanat kepada semua pihak di dalam parti.

"Kami berharap presiden dapat membetulkan keadaan apabila budaya melabel, menggelar dan menuduh dalam kalangan pimpinan PAS serta ahli dengan label buruk seperti munafik harki, syaitan, babi, iblis tua, kafir, liberal, komunis, jebon dan lain-lain.

"Tetapi kami lagi kecewa apabila presiden sendiri turut melabelkan ahli parti sebagai barua dan broker. Budaya ini ada yang dilakukan secara rasmi dalam pelbagai program parti seperti Liqa Fikri, Hiwar Siasi termasuklah Muktamar PAS ke-60 lalu.

Ishak berkata, selepas pengumuman berkenaan juga diharapkan Hadi dapat mengukuhkan hubungan tahaluf siasi dengan PR kerana dalam banyak perkara PAS dilihat menjadi pemain tegar mengeruhkan keadaan.

Katanya, mutakhir ini sebahagian pemimpin PAS menyerang PKR dan DAP serta pemimpinnya secara peribadi tanpa rasa silu dan tidak langsung menyerang Umno dan pimpinannya.

"Malah isu rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, kemiskinan, gejala sosial, penyelewengan dan lain-lain terbiar begitu saja. Seolah-olah berdasarkan senario ini Pakatan retak menunggu belah.

"Kami sangat mahukan pencerahan daripada presiden mengenai pelbagai dakwaan mengenai kerajaan perpaduan seperti yang dibangkitkan bekas presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengakui isu kerjasama dengan Umno sebenarnya sejak 2008 dan diputuskan Majlis Syura Ulama," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin pada minggu lalu berkata sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Hadi tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti.

Katanya, pimpinan juga perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.

“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya," katanya.

Hadi semalam mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam.

Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, PAS Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.

PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.

Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden. – TMI.

3 orang berkata:

Anonymous said...

Pandangan saya...org lain jgn marah ye....buat masa skrg bersatu bersama pakatan agak sukar terutama dap...x faham konsep asas pas...seolah2 dap gunakan pas utk capai kemenangan ke putrajaya...dasar pas diketepikan malah ditolak hudud secara terangan2. Dimana pas akan berada kalau pakatan mng pru14 nanti....pas akan terkonteng2...sedangkan matlamat kita mendaulatkan islam sbg addin. Pkr membisu dan agak setuju dgn dap dlm mengejar kekuasaan...ahli2 pas berfahaman sekular gunakan isu x suka TGHH sbg jalan membenci pas....sbnrnya mereka ini lebih mirip kpd perjuangan pkr &dap...bkn nya utk letak syariat islam sebagai wadah utama....saya rasa tindakan TGHH & majlis syura adalah tepat....cuma sbhg besar ahli pas masih keliru sbb ada sabotaj dr pasma dsb.

Anonymous said...

Ahli pasma tak sampai 1000 ahli pas lebih 1 juta takan takut kot...

Anonymous said...

Pas x takut pasma...cuma pasma ni mcm virus...setitik virus hiv masuk kat badan kau mesti kau takut....mcm tu juga pasma...virus ni bahaya sbb jenis hubbudunia, gila kuasa dsb...selalu virus jenis ni makan perlahan2 sistem imuniti...cara nak selamat buang virus dr badan....@ kalau dah rasa jadi virus cepat2 la blah...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.