• Hadi, Mat Sabu
 1 / 1 
SHAH ALAM - Mesyuarat Agung Tahunan Pas kawasan Shah Alam di sini hari ini sebulat suara mengekalkan kesemua penyandang lima jawatan tertinggi parti itu dalam pencalonan yang akan dibawa ke Muktamar Pas ke-61, Jun depan.

Lima penyandang jawatan tertinggi itu ialah Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Mohamad Sabu (Timbalan Presiden); dan tiga naib presiden iaitu Datuk Husam Musa, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Yang Dipertua Pas Shah Alam, Azli Yusof berkata, pencalonan kelima-lima penyandang jawatan itu diputuskan atas kehendak perwakilan.

"Walaupun pada mesyuarat hari ini Abdul Hadi mendapat undi majoriti, namun ada juga perwakilan mencalonkan Ahmad Awang bagi mencabar jawatan presiden parti," katanya kepada pemberita.

Ahmad Awang pernah menjadi Naib Presiden Pas, bekas Pesuruhjaya Pas Perak, dan bekas anggota Majlis Syura Pas. - Bernama