Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Hormati Proses Demokrasi

1. PAS menegaskan bahawa pembentangan pindaan Enakmen  Kanun Jenayah Syariah II 1993 pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang perlu dihormati oleh semua pihak. Ia bukanlah perkara baru dan merupakan sebahagian daripada perjuangan PAS buat sekian lama.

2. Tidaklah timbul isu ‘Unity Government’ sekiranya ada ADUN UMNO yang menyokong pindaan enakmen tersebut kerana itu adalah hak ahli dewan untuk menyokong dan membantah sesuatu perkara. Sepertimana di Parlimen, tidaklah menjadi perkara yang aneh apabila ada ketikanya Ahli Parlimen Pakatan Rakyat turut menyokong usul dan pindaan yang dibentangkan oleh pihak kerajaan. Adakah ini  bermakna PR sudah ‘berUG’ dengan BN..? Politik yang matang adalah meletakkan kepentingan rakyat di hadapan bukannya sempadan politik kepartian yang tidak berkesudahan.

3. PAS tidak pernah memaksa DAP untuk menyokong pindaan Enakmen  Kanun Jenayah Syariah II Kelantan tetapi PAS berharap sekurang-kurangnya DAP menghormati proses demokrasi yang sedang dilaksanakan. Aspirasi dan kehendak rakyat yang telah memberikan amanah kepada PAS untuk mentadbir Negeri Kelantan sejak tahun 1990 sehingga genap 25 tahun pada 2015 ini perlulah juga dihormati. Apatah lagi, Enakmen  Kanun Jenayah Syariah II Kelantan itu hanya melibatkan orang Islam sahaja maka amatlah tidak wajar DAP melatah pula dalam hal ini. Sepertimana PAS boleh berlapang dada terhadap hal prinsip dan dasar perjuangan DAP, maka sebegitulah yang sepatutnya dipraktikkan oleh DAP kepada PAS.


YB DATO’ MAHFUZ HAJI OMAR
Ketua Penerangan PAS Pusat/
Ketua Whip Ahli Parlimen PAS

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.