Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA LA PROJEK KAT SITU

PRK Rompin: PAS bertanding rakyat dapat manfaat

 
KUALA LUMPUR: PAS akan menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parimen Rompin sebagai peluang terbaik untuk rakyat secara terbuka bagi mendapatkan manfaat yang akan datang mencurah-curah ketika kempen nanti.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, banyak manfaat yang akan diperolehi rakyat daripada PRK Rompin seperti projek-projek segera yang akan dijalankan oleh kerajaan selepas ini termasuklah menurap jalan.

"Misalnya di Pulau Tioman dikenali sebagai Pusat Pelancongan Bebas Cukai langsung tidak ada bagi manfaat kepada rakyat berbanding dengan Langkawi.

"Jadi pilihan raya ini bagi kita, hendak tolong rakyat dan guna peluang demokrasi untuk rakyat mendapatkan manfaat sebaiknya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Malah katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, daripada PRK itu rakyat perlu mendapat penjelasan isu-isu semasa yang berlaku dan waktu inilah peluang terbaik untuk rakyat mendengar secara terbuka.

"Bagi kita ruang yang ada seperti ini kita akan gunakan, rakyat perlu tahu isu dengan jelas kadang-kadang mereka dengar daripada sebelah pihak," katanya.

Beliau yang juga Pengarah PRK Rompin melihat beberapa isu yang akan dibangkitkan seperti isu alam sekitar, isu Felda, kemudahan asas di kampung-kampung tradisi dan masyarakat orang asal termasuk isu jalan raya antara Segamat dengan Kuantan merupakan jalan yang mencatat kemalangan tertinggi.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan calon PAS yang akan bertanding di Rompin pada 5 Mei nanti adalah dari kalangan penduduk tempatan.

Katanya, beberapa senarai calon yang belum rasmi sudah dikenal pasti dan akan dipertimbangkan dalam masa terdekat.

"Tapi, kita masih tunggu calon yang akan dikemukakan oleh kawasan. Kita kena raikan dulu kawasan-kawasan, ada kawasan masih belum hantar nama pilihan mereka secara rasmi kepada saya tetapi secara lisan ada dua tiga nama, kita akan senarai pendek nanti," katanya.

PAS Pahang turut memaklumkan pihaknya telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana bahkan sudah menggerakkan kerja-kerja asas di semua cawangan yang ada.

PAS akan mengumumkan calonnya pada 20 April ini di Muadzam manakala penamaan calon akan berlangsung pada 22 April. -HARAKAHDAILY 13/4/2015

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.