• Najib Tun Razak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Foto Bernama
1 / 1
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, BN perlu menerima hakikat bahawa tidak semua pesara penjawat awam menyokong parti pemerintah.
Katanya, terdapat pesara kerajaan sudah berpaling tadah kepada parti pembangkang selepas menamatkan dan lebih parah lagi penyokong BN sedia ada disifatkannya sebagai 'masuk angin'.

"Walaupun saya tahu nak dapat 100 peratus dalam demokrasi amat sukar sebab ada juga pesara-pesara yang masuk tiket lain.

"Tidak kurang juga yang masuk angin (penyokong kerajaan)," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia di Perbadanan Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Yayasan Pesara Kerajaan Malaysia, Tan Sri Aseh Che Mat pada majlis sama berkata, ramai pesara menjawat awam itu sudah beralih arah kepada PR.

Bagaimanapun Najib juga berkata walaupun ada segelintir yang tidak setia kepada kepimpinannya, namun sebahagian besar daripada 750,000 pesara tersebut masih penyokong setia BN.

"Kalau kita hitung penjawat awam yang masih berkhidmat, kita tambah 1.61 juta orang.

"1.6 juta ini tambah 750,000 pesara ini merupakan kumpulan yang amat besar, besar itu bukan hanya saiznya, tapi besar boleh tentukan hala tuju masa depan negara," ujarnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, sistem persaraan penjawat awam yang semakin baik antara faktor utama sektor itu menjadi pilihan masyarakat sebagai kerjaya yang menjamin di usia persaraan.

"Sistem pencen kita antara yang terbaik, sebab itu ramai yang nak jadi penjawat awam.

"Untuk PTD, jawatan 300, yang mohon 70,000 lebih (yang layak dipertimbangkan)," kataya lagi.