• Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Wan Ismail
 1 / 1 
PERMATANG PAUH - "Siapa mereka? Saya perlu dapatkan pengesahan terlebih dahulu.” 

Demikian kenyataan ringkas Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika diminta mengulas mengenai khabar angin lima Adun PKR dari Selangor bakal lompat parti dan menyokong Adun Perlabuhan Klang,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Khalid ambil alih Selangor hanya cerita dongeng']

Beliau yang ditemui selepas merasmikan Program Tampil di Dewan Pauh Jaya di sini bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Saya perlu mengkaji dahulu dan tak rasa dakwaan itu benar," katanya.

Sebelum ini, desas desus kononnya bekas Menteri Besar Selangor itu bakal kembali menerajui Selangor bagi mengganti Mohamed Azmin Ali susulan lima Adun Selangor dari PKR akan melompat parti.