• Pas
 1 / 1 
ALOR SETAR - Empat Pas kawasan di Kedah sebulat suara menggandingkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon presiden dan timbalan presiden bagi pemilihan parti itu, pada Muktamar Tahunan Pas, Jun depan.
 
Pas kawasan Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani, Pendang dan Jerai masih menaruh kepercayaan kepada golongan ulama untuk menerajui parti itu.
        
Bagaimana pun, untuk calon naib presiden, Pas kawasan Kulim/Bandar Baharu, Sungai Petani dan Jerai memilih tiga calon yang sama, iaitu Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar; Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad serta Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
            
Manakala Pas kawasan Pendang memilih untuk mengekalkan Naib Presiden, Salahuddin Ayub untuk jawatan yang disandangnya itu, selain mencalonkan Mahfuz dan Idris.
             
Dua lagi Pas kawasan yang mengadakan mesyuarat agungnya semalam, adalah Padang Terap dan Langkawi, namun belum membuat sebarang keputusan berhubung pencalonan.