Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GST: Silap pilih pemerintah, rakyat tanggung derita

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata rakyat perlu membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, akibat dari kesilapan memilih pemerintah, rakyat terus menanggung penderitaan ekonomi selain daripada pelaksanaan undang-undang yang menekan kebebasan mereka.

"Inilah akibat dari kebodohan sesiapa yang memilih Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya lalu.
"Untuk kebaikan rakyat buat pilihan bijak pada pilihan raya nanti," katanya ketika berucap pada Himpunan Derita Rakyat (Hindar) di Padang Merbok, di sini petang semalam (sabtu).

Program membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) itu dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat.

Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi NGO PAS Pusat turut memaklumkan himpunan membantah GST pada 1 Mei depan.

Turut berucap pada sesi sebelah malam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob.

Ustaz Ahmad sebelum itu mengimami solat Maghrib sementara solat hajat dipimpin oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Mokhtar Senik. - HARAKAHDAILY 12/4/2015

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.