Hudud, GST antara isu dibangkit di Permatang Pauh
GEORGETOWN - Selain hudud, beberapa isu besar akan dibangkitkan dalam
kempen PRK Permatang Pauh termasuk pelaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST).
Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin berkata, semuanya akan disebarkan kepada pengundi di kawasan berkenaan agar mereka lebih jelas berkaitan pelbagai isu terkini yang berlaku di negara ini.
"Saya akui dalam PR sendiri, memang banyak isu yang diperbincangkan bukan sekadar hudud.
“Saya percaya ada isu yang lebih besar iaitu GST. Ia satu isu yang menjadi kebimbangan rakyat ketika ini,” katanya kepada media, hari ini.
Beliau yang juga Adun Seberang Jaya, salah satu dari tiga kerusi Dun dalam Parlimen Permatang Pauh berkata, PR masih mengamalkan pendekatan berbincang dan berbahas jika tercetus sesuatu isu.
Menurutnya, amalan itu tidak pernah diketepikan kerana tidak ada mana-mana parti yang dominan dalam PR.
“Kekuatan dalam PR adalah setiap isu yang dibincang secara bersama ketiga-tiga parti adalah sama.
“Kita akan duduk sekali untuk bincang dan bahas, itu adalah amalan PR sejak dulu lagi. Tidak ada parti yang dominan antara satu sama lain, itu sangat jelas,” katanya
Dr Afif berkata, untuk PRK Permatang Pauh, semua parti berpadu tenaga untuk memastikan kemenangan PR.
“Di peringkat Pulau Pinang, mesyuarat jawatankuasa sekretariat PR dimulakan sejak kes Datuk Seri Anwar Ibrahim diputuskan pada 10 Februari lagi. Kita bertemu dan adakan mesyuarat, gerak kerja dijalankan bersama.
“Untuk PRK ini, semua parti beri komitmen penuh malah Adun Permatang Pasir, Datuk Sallehman Mat Aji sendiri mengetuai Dun Permatang Pasir untuk Pas dalam membantu PKR. Tiada istilah tidak sokong mana-mana calon yang dipilih,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad yang menyebut penyokong parti Islam itu akan menolak pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk PRK Permatang Pauh pada 7 Mei nanti.
Jamsari berkata, penolakkan itu dibuat dengan alasan presiden PKR menolak pelaksanaan hukum hudud.
Dr Afif berkata, bukan hanya di Permatang Pauh ketiga-tiga parti memberi komitmen apabila adanya PRK.
“Kesemua parti dalam PR memberi komitmen sepenuhnya. Malah semua PRK yang kita hadapi selepas 2013 sebagai contoh di Teluk Intan, Pengkalan Kubor dan Kajang, semua turun padang membantu,
“Semua PRK kita hadapi dengan menganggap parti yang dipilih itu adalah mewakili PR dan calon yang dipilih juga mewakili PR,” katanya.

1 orang berkata:
150522hangqihangray ban sunglasses
air max 95
michael kors handbags
gucci outlet online
cheap jordans
cheap oakley sunglasses
ray bans
coach factory outlet
chanel bags
soccer jerseys
burberry handbags
oakley sunglasses wholesale
true religion
coach outlet store online
ralph lauren outlet
cheap ray ban sunglasses
coach outlet online
oakley sunglasses outlet
oakley sunglasses
nike air max
michael kors outlet
coach factory outlet
michael kors bags
fitflops sale clearance
michael kors handbag
gucci outlet
pandora charms
hollister clothing
true religion jeans
hollister clothing store
christian louboutin sale
burberry outlet
ray ban sunglasses
7
Post a Comment