• Abdul Hadi AwangHadi Awang
 1 / 1 
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan wajib bagi Pas untuk berunding sekiranya Umno sedia berbincang mengenai hudud dengan parti itu.

Menurutnya, perkara tersebut selaras dengan ajaran Islam yang meminta supaya setiap perkara yang menjurus kepada kebaikan agama dan negara dilakukan bersama.

"Soal keikhlasan mereka (Umno) untuk laksana hudud, itu urusan dia dengan ALLAH.

"Kita anggap sahaja mereka ikhlas  tolong kita melaksanakan hudud," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Progran Nadwah Fiqh Ikhtilaf, hari ini.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi penjelasan bahawa hudud hanya terpakai kepada orang Islam dan tidak kepada orang bukan Islam.