Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Monday, April 13, 2015

Tak dapat tanduk, boleh pulas telinga pun jadilah ya Hishamuddin..


Dia nak sound Mahathir dia tak berani.. boleh sound anak Mahathir pun jadilah.. kah..kah..kah..

Baca ni..

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir perlu bertanggungjawab memastikan Umno negeri itu tidak berpecah, kesan daripada kritikan ditimbulkan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.  
Naib presiden Umno itu berkata, kepimpinan Mukhriz terbukti gagal jika Kedah berpecah.
"‎Tanggungjawab beliau sebagai menteri besar memastikan Kedah tidak berpecah. 
"Jika Kedah berpecah, itu menggambarkan kepimpinannya," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.  
Beliau memberi respons terhadap wakil rakyat Umno Kedah yang mempersoalkan Mukhriz kerana tidak mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada terus dikritik Dr Mahathir.
Menteri Pertahanan itu berkata, sebagai pemimpin, Mukhriz perlu menyelesaikan sendiri gesaan daripada akar umbi Kedah yang mahu beliau meletakkan jawatan jika masih enggan menyatakan sokongan terhadap Najib.  
"Tidak ada siapa yang boleh lari dari tanggungjawab. Kalau mereka gagal, maka mereka gagal sebagai pemimpin," katanya.  
Hishammuddin berkata, kritikan itu bukan sesuatu yang baru kerana bapanya, Tun Hussein Onn juga pernah mengkritik Dr Mahathir suatu ketika dulu, namun perkara itu tidak menjejaskan parti.
Katanya, perkara itu boleh diatasi jika meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan parti.

"Masa depan Umno bukan terletak di tangan seorang lelaki kerana yang akan menentukannya adalah ahli," katanya.  
Satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno Kedah termasuk ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) diadakan semalam bagi menyatakan sokongan terhadap Najib.  
Namun menurut Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, Pengerusi Umno Kedah itu enggan menyatakan sokongan selagi laporan siasatan audit terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum selesai.  
Ahmad mendakwa, Mukhriz hanya akan menyokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak ada salah laku dalam 1MDB dan akan berpihak kepada rakyat jika siasatan mendapati sebaliknya.
Pendirian Mukhriz itu mengejutkan pemimpin Umno dan ada yang tidak bersetuju dengannya.  
"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat.  
“Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib,” kata Ahmad dipetik dalam wawancara SuaraTV.  
Ahmad berkata, Mukhriz dilantik Najib dengan sokongan Adun Barisan Nasional (BN), dan perlu meletakkan jawatan jika tidak lagi menyokong perdana menteri.  
Antara Adun yang dilaporkan hadir mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam).  
Exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (Industri dan Pelaburan), Aminuddin Omar (Belia dan Sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (Perumahan dan Kerajaan tempatan), kata Ahmad.  
Manakala antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah).  
Najib ketika ini dikritik hebat pemimpin veteran Umno termasuk bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.  
Dr Mahathir kebelakangan ini secara terbuka menggesa Najib meletakkan jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian lapor The Malaysian Insider

Tak pasal-pasal pulak Mukhriz diheret ke dalam kancah pertempuran Najib VS Mahathir ni..

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.