• Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
1 / 2
SHAH ALAM – Pas menyerahkan kepada rakannya PKR untuk menentukan calon sesuai bagi PRK Permatang Pauh yang akan diadakan pada 7 Mei depan.
Naib Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bagi Pas, mereka akan menyokong siapa sahaja calon yang diletakkan oleh PKR.

“Mesyuarat Pas Pusat juga telah sepakat menyerahkan (pemilihan calon) kepada PKR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan Pas Permatang Pauh menolak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PRK Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: PKR bakal berdepan laluan sukar]
Terdahulu, memetik dalam satu laporan media, Ketua Penerangan Pas Permatang Pauh, Jamsari Samad berkata, Pas Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon PRK Permatang Pauh.

Mengulas lanjut kata Tuan Ibrahim, tidak timbul isu bantahan daripada Pas kerana ternyata kerusi tersebut sebelum ini milik PKR.

"Pas akan tetap turun membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh nanti," katanya.