Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Permaya minta kerajaan segera keluarkan pelajar Malaysia melalui jalan laut

10/04/2015 8:13pm

KUALA LUMPUR - Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (Permaya) meminta kerajaan bertindak segera mengeluarkan kira-kira 70 orang pelajar Malaysia yang masih terperangkap di kawasan bergolak di Aden, Yemen melalui jalan laut.
Exco Ekonomi Permaya, Mohd. Saiful Al Hafiz Satiful Bahri berkata, kawasan Aden merupakan kawasan yang sangat kritikal dan berlaku pertempuran sengit antara pemberontak Houthi dan penduduk setempat yang mempertahankan wilayahnya.
“Pelajar kita di Aden tidak dapat keluar melalui jalan darat kerana pertempuran sengit sedang berlaku di sana dan setiap hari berlaku kematian rakyat negara itu.
“Aden mempunyai jalan laut dan ia merupakan laluan yang selamat berbanding menggunakan jalan darat dan saya berharap kerajaan Malaysia boleh menggunakan inisiatif itu untuk mengeluarkan pelajar kita yang terperangkap,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Menurut Mohd. Saiful Al Hafiz yang juga merupakan Jawatan Kuasa Penempatan dan Keselamatan Ops Balqis, pihaknya tidak berani mengambil risiko membawa keluar mereka melalui yang terperangkap kerana ia melibatkan nyawa mereka yang terperangkap.
Katanya, pergerakan keluar mengikut jalan laut telah ada dalam perancangan Permaya dan ia pernah dibincangkan melalui pihak kedutaan Malaysia di Yemen.
Kosmo! turut difahamkan terdapat pelajar Malaysia di beberapa kawasan seperti Tarim, Seiyun, Makala dan Hadramaut telah bergerak meninggalkan negara itu menuju ke Oman.
Rabu lalu, Kosmo! melaporkan seramai 152 pelajar Malaysia di Yemen dilaporkan telah selamat berada di Jeddah sementara menunggu Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Luar menguruskan perjalanan pulang mereka ke tanah air.
Sementara itu, Presiden Permaya, Muhammad Nasiruddin Othman berkata, pelajar Malaysia yang berada di Hadramaut dan Aden dalam keadaan selamat dan sentiasa dipantau. - KOSMO!



Hakcipta terpelihara 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.