• FRU
 1 / 1 
SHAH ALAM - [KEMASKINI] Peserta Himpunan Derita Rakyat (Hindar) yang berlangsung petang ini di Padang Merbok, Kuala Lumpur dinasihati mematuhi undang-undang dan arahan pihak berkuasa.

Pengarahnya, Nasrudin Hassan berkata, perhimpunan bantahan pelaksanaan GST itu mendapat permit polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

“Peserta dinasihatkan mematuhi undang-undang dan arahan,” katanya.

Menurutnya, bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, peserta boleh menaiki pengangkutan awam untuk ke lokasi.

“Semua peserta yang hadir ke himpunan ini diminta memakai bertemakan hijau dan membawa payung hijau,” katanya.
Program pada jam 4 petang itu dimulakan dengan solat Asar.

“Untuk solat, peserta diminta membawa sejadah dan air mineral untuk wuduk,” katanya.

Nasrudin berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyampaikan pidato khas selepas Maghrib.

“Turut berucap, wakil NGO, persatuan peniaga, selebriti dan pimpinan parti politik,” katanya.

Program dijangka bersurai selepas solat Isyak berjemaah.