• hudud
 1 / 1 
MARANG - Walaupun penangguhan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2015) atau Akta 355 bagi pelaksanaan hudud di Kelantan ke sesi Dewan Rakyat akan datang dijadual pada Mei, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap beliau berpuas hati kerana ia telah dipersetujui sebulat suara.

Jelasnya, keputusan itu dibuat selepas satu perbincangan diadakan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri Kelantan.  
  
Katanya, Pas bersetuju untuk tidak terlalu memaksa usul itu dibentangkan lebih awal sebaliknya bersedia mengikut giliran yang telah ditetapkan kerana percaya agenda negara khususnya melibatkan isu keselamatan dan keganasan perlu diutamakan pada masa ini.
  
"Saya juga dimaklumkan bahawa ada menteri yang membuat kenyataan di Parlimen bahawa akan dipanjangkan perkara ini dalam sidang akan datang. Maka, sebab itu, kami tak perlu tergesa-gesa dalam hal ini," katanya memetik laporan Bernama.
  
Jelas Abdul Hadi, beliau turut berpuas hati dengan sokongan yang diberikan oleh ahli Parlimen yang beragama Islam termasuk Umno dalam perkara itu dan menganggap penerimaan terhadap hukum berkaitan Islam semakin baik berbanding dahulu.
  
"Keadaan sekarang tidak seperti tahun 50-an dulu. Tahun 50-an dulu, orang memomokkan undang-undang Islam ini. Tapi, perkara ini dah dianggap sebagai ilmu sejak tahun 70-an hingga hari ini termasuk berlaku perbincangan dalam Umno dan MCA juga menganjurkan seminar hudud walaupun ada kekalutan.

“Tapi, itulah, dia (MCA) berjaya anjur secara akademik, secara ilmu dan ini satu perkara yang sangat positif," katanya. - Bernam