• PKR umum calon Permatang Pauh Jumaat ini
 1 / 1 
PERMATANG PAUH - PKR akan mengumumkan calonnya yang bertanding dalam PRK Permatang Pauh Jumaat ini.
 
Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata, pengumuman itu akan diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya di sini.
 
Ditanya siapa yang akan membuat pengumuman itu, Wan Azizah hanya memberi jawapan 'tunggu malam itu'.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Tampil yang dianjurkan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) di Kompleks Yayasan An-Nahdhoh di sini.