RAKYAT RASANYA TAK PEDULI PERPECAHAN, APA YANG RAKYAT MAHU ADALAH KESELESAAN HIDUP, BN JUGA BERPECAH, TAPI BELUM LAGI ROBOH, SAMA SEPERTI PR, ERTINYA BN TIDAK AKAN MENEFA'AT DARI PERPECAHAN, TAPI RAKYAT AKAN TENTUKAN NASIB BN KERANA HIMPITAN HIDUP YANG DI SEBABKAN TADBIRAN BN -Pak Karamu
Perpecahan dalam PR beri manfaat kepada BN
PERMATANG PAUH - Isu 'perpecahan' dalam PR dilihat memberi manfaat untuk Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.
Beliau berkata, parti sekutu dalam PR masih tidak dapat menyelesaikan masalah seperti isu Pas dengan DAP, PKR dan masalah dalaman Pas.
"Pihak pembangkang juga ada banyak isu seperti hudud... jadi kelebihan itu adalah sama rata," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bersama ketua cawangan dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Mengkuang, di sini hari ini.
Beliau juga mengingatkan anggota BN supaya bersatu dan bekerja sebagai satu pasukan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dan mengambil iktibar daripada kejayaan BN memenangi semula kerusi Parlimen Teluk Intan daripada DAP.
Mohd Puad berkata, beliau sendiri akan berkampung di Parlimen Permatang Pauh untuk memastikan kemenangan BN serta mempertahankan PDM Kuala Mengkuang yang merupakan kubu kuat Umno yang mendapat lebih 300 majoriti pada PRU13. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment