Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Rakyat Malaysia redah lautan lari dari Yaman
  • 'Kami semua mahu pulang' Tajuk utama muka depan akhbar Sinar Harian hari ini.
1 / 1
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Setelah berminggu terkandas, sekumpulan pelajar Malaysia di Yaman mengambil risiko meredah lautan dengan perjalanan selama 13 jam menaiki kapal ke Djibouti, Afrika Timur, bagi menyelamatkan diri daripada konflik yang berlaku di negara tersebut.

Itulah yang diceritakan seorang pelajar, Syed Hafiz Syed Alui, 19, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan kepada bapa saudaranya, Syed Abdullah Syed Mahmood sebelum menaiki kapal tersebut pada jam 12.30 tengah hari (waktu Malaysia), semalam.

Dipercayai, kapal dinaiki pelajar terbabit digunakan untuk menangkap ikan dan tidak dilengkapi jaket keselamatan.

Syed Abdullah berkata, anak saudaranya itu menaiki kapal bantuan yang dikatakan disediakan pihak dari Indonesia bersama kira-kira 150 pelajar lain termasuk dari Indonesia dan Thailand untuk ke Djibouti sebelum mendapatkan penerbangan pulang ke Malaysia.

“Mereka akan mengharungi perjalanan merentas lautan kira-kira 13 jam, kini saya masih menunggu informasi terkini mereka, sama ada sudah selamat sampai di Djibouti atau tidak.

“Saya dimaklumkan, ada kapal dari Malaysia di Aden, cuma mereka tiada kemudahan bot untuk mengambil pelajar dari pelabuhan kerana dikatakan kapal berkenaan tidak boleh mendekati pelabuhan atas faktor keselamatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Syed Abdullah berkata, dia dan beberapa keluarga pelajar terbabit sangat bimbang dengan keselamatan mereka, ditambah dengan perjalanan yang mengambil masa lama.

“Apa pun,  saya berterima kasih kepada pihak Indonesia kerana dapat membantu mengeluarkan mereka (pelajar) dari kawasan bergolak dengan menumpang kapal bantuan disediakan.

"Pelajar tekad untuk menyelamatkan diri keluar dari kawasan perang tersebut,” katanya.
 
Kelmarin, wartawan sempat menghubungi  Syed Hafiz yang menyatakan mereka sedang menuju ke pelabuhan Aden dengan menggunakan lima bas, diiringi pasukan Palang Merah dari Indonesia.
 
Syed Hafiz memberitahu, mereka terpaksa membuat keputusan drastik disebabkan suasana di Aden khususnya di Masjid Al-Idrus, lokasi mereka bersembunyi sangat berbahaya berikutan bunyi letupan sering kedengaran.
 
Dalam pada itu, Syed Abdullah berkata, anak saudaranya itu turut  meminta keluarga menghantar wang untuk kegunaan harian, khususnya apabila tiba di Djibouti.
 
Sehubungan itu, Syed Abdullah berharap pihak kerajaan turut sama mengambil tindakan lebih pantas termasuk menyediakan penerbangan khas kepada pelajar terbabit setibanya di Djibouti untuk kembali ke Malaysia.
 
“Saya ada menghubungi pihak kedutaan untuk mengetahui status pelajar, jawapan yang diberikan tidak memuaskan kerana mereka tidak mengetahui lokasi sebenar pelajar terbabit, ini sesuatu yang sangat pelik,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.