Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAGAI SEORANG ISLAM MEREKA PERLU RUJUK AL QURAN

Tiada beza diantara orang kafir dengan Mahadhir, dan mereka-mereka yang menentang hukum HUDUD, hukum HUDUD adalah hukum HAD, undang-undang civil ciptaan  barat juga adalah hukum HAD, tapi ikut acuan daripada orang kafir Barat, jika Mahadhir nak tunjuk pandai maka Mahadhir boleh ajak bermuzakarah ataupun berdebat dengan pemerintah Kelantan secara terbuka, jangan cakap belakang-belakang macam orang munafik. boleh bawa al quran dan duduk bincang, - Pak Karamu

Dr M: 'Saya tidaklah begitu jahil bab agama'
  • Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
SHAH ALAM -  Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan hudud di Kelantan selepas hampir sebulan Pas Kelantan membentang dan meluluskan rang undang-undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) di Dun Kelantan.

Melalui catatan terbaru dalam blognya, Dr Mahathir berkali-kali menyatakan bahawa hudud yang dibawa Pas itu bukan hudud Islam.

“Saya terkejut mendengar bahawa Umno Kelantan menyokong hudud Pas. Saya harap mereka faham apa yang dilakukan oleh mereka. Hudud Pas bukan hudud Islam sebab ia sangat tidak adil sedangkan al-Quran menuntut keadilan apabila menghukum.

“Hukum potong tangan, rejam sampai mati dan penggal leher ke atas orang Islam tetapi mengenakan hukum yang amat ringan kepada orang bukan Islam dalam masyarakat yang sama amatlah tidak adil. Justeru itu hudud Pas bukan hukum hudud Islam," tulisnya.

Beliau turut berpandangan niat Pas dan Umno Kelantan untuk memperkenalkan hukum itu di negeri tersebut hanya untuk kepentingan politik.

“Yang kedua ialah niat Pas dan juga Umno Kelantan apabila memperkenalkan hudud Pas adalah untuk kepentingan politik. Ini menjadikan hukum hudud Pas dan sokongannya oleh Umno tidak Islam. Bahawa niat Pas adalah untuk politik adalah jelas daripada ‘Amanat Perdana Pemangku Presiden Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang - Pilihan Raya ke-11 Formula Kemenangan pada 18 Januari 2003’.

“Amanat ini berbunyi demikian, ‘yang pentingnya perlu ada kerjasama untuk menjatuhkan atau mengurangkan penguasaan atau hegemoni BN di Parlimen dan kali ini DAP perlu diyakinkan bahawa mudarat kerjasama ini dapat dikurangkan sebab konsep kerjasama ini berbeza dalam strategi 2 Arca berbanding BA-1999...Justeru kerana isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud dan syariah menjadi punca perpecahan BA dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan ijtihad-besar untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan Hudud di peringkat Pusat.
“...Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini di peringkat Pusat. Seandainya menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang mendukung Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.”

“Nawaitu (niat) orang Islam semasa membuat ibadat amat penting. Jika niat semasa solat, tawaf dan sai’e ialah untuk senaman, ia tidak lagi menjadi ibadat. Kerana hudud Pasmempunyai niat menang pilihan raya, maka ia tidak lagi Islam,” tulisnya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa enakmen yang diluluskan bulan lalu di Kelantan itu tidak boleh diterima sebagai hukum hudud Islam.

“Datuk Haji Hadi berkata saya tidak tahu syariat Islam. Oleh itu saya tidak layak bercakap berkenaan hukum hudud. Saya juga boleh kata Haji Hadi tidak tahu berkenaan pentadbiran dan tidak layak mentadbir negeri.

Sebagai seorang yang terlatih dalam bidang perubatan saya boleh kenal pasti penyakit, termasuk penyakit pentadbiran dan mengubatinya. Saya tidaklah begitu jahil dalam bidang agama. Hasil semasa pentadbiran oleh saya boleh dikaji.

“Ingatlah orang-orang yang fasih bahasa Arab dan dipimpin oleh pemimpin yang terpelajar dalam bidang agama; orang-orang inilah yang berperang dan membunuh orang yang seagama dengan mereka. Apakah mereka tidak tahu akan larangan membunuh dalam Islam?

Mereka mencipta jenayah yang tidak pun ada dalam Islam dan menjatuh hukum yang ditentukan oleh mereka tanpa menitik berat soal keadilan yang dituntut oleh Islam,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Mahadir dah faham dah tapi yang tak faham tu Wan Azizah & co & gang Islam liberal PAS

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.