Ahli PAS perlu meneliti dasar perjuangan parti, itulah dasar perjuangan setiap ahlinya, sikap keterbukaan memilih pimpinan boleh di lakukan jika ia tidak bercanggah dengan dasar parti. kita menyertai parti bukan kerana pemimpin akan tetapi kerana dasarnya yang bertepatan dengan kehendak agama
Apa yang penting ialah mempertahankan dasar parti, pemimpin perlu di hormati selagi ia tidak ada kepentingan pribadi dan tidak bercanggah dengan dasar parti
Adalah sanagt malang jika dasar memilih pimpinan itu di kaitkan dengan kemenangan akan tetapi membelakangi dasar perjuangan parti, bahkan tersangat malang jika ada di kalangan ahli yang bercita-cita menubuhkan kesatuan dengan tujuan menggodam PARTI dan di pengaruhi oleh musuh di dalam selimut - Pak Karamu
Pas Bukit Gelugor tolak Hadi, kekalkan Mat Sabu
GEORGETOWN - Pas kawasan Bukit Gelugor mencalonkan bekas Naib Presiden
Pas, Ahmad Awang untuk bertanding jawatan presiden, yang kini disandang
Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Yang Dipertuanya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, melalui undian semalam semua anggota sebulat suara mencalonkan Ahmad untuk jawatan itu dan mengekalkan Mohamad Sabu untuk jawatan timbalan presiden.
"Keputusan untuk mencadangkan Ustaz Ahmad Awang sebagai presiden adalah berpandukan beberapa faktor antaranya beliau adalah tokoh yang memulakan inisiatif gabungan kerajaan antara Pas, DAP dan PKR di Perak pada tahun 2008, walaupun ketika itu Umno mengajak untuk membentuk kerajaan.

"Sikapnya yang tegas kerana memenuhi aspirasi rakyat yang menolak BN
(Barisan Nasional) adalah amat dihargai. Penghayatan beliau kepada
aspirasi pakatan rakyat lebih mendalam dan mampu menjalin hubungan yang
baik selain berprinsip dengan rakan komponen pakatan rakyat," katanya
dalam kenyataan di sini, hari ini.
Mujahid, yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang berharap pencalonan itu dapat melonjakkan Pas ke hadapan.
Di samping itu, mesyuarat turut sepakat memilih Mujahid, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayob untuk jawatan Naib Presiden. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment