• Mukhriz Mahathir Mukhriz Mahathir
1 / 1
KUBANG PASU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyifatkan Adun Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin sebagai terlalu ghairah dalam mengeluarkan kenyataan yang memintanya supaya meletak jawatan.

Beliau berkata, Ahmad sepatutnya menunggu sehingga kenyataan rasmi dibuat oleh Umno Kedah pada 24 April depan tentang sokongan terhadap perdana menteri selepas satu mesyuarat oleh pemimpin-pemimpin Umno negeri di ibu negara.

"Kami telah bersetuju sesama kami, jangan ada apa-apa kenyataan (sebelum 24 April). Kami hendak satu kenyataan bersifat konsensus dalam kalangan semua anggota Badan Perhubungan Umno Kedah.

"Nampaknya Ahmad Lebai (Sudin) agak ghairah sangat, dia keluarkan kenyataan sebelum kami keluarkan kenyataan rasmi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Integrity Global Champions di sini hari ini.

Semalam, Adun Bukit Lada itu meminta Mukhriz yang juga Pengerusi Umno Kedah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar sekiranya gagal menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. - Bernama