• Anwar Ibrahim Anwar Ibrahim - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB
1 / 1
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR) dan pengerusinya serta kerajaan Malaysia kerana tidak membenarkan  beliau mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh yang akan dijalankan esok.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi melalui peguamnya N Surendran.

Dalam sama  tersebut, Anwar selaku plaintif memohon deklarasi mahkamah bahawa beliau mempunyai kelayakan sebagai pengundi dan berhak untuk membuang undi di PRK Permatang Pauh dan mana-mana PRK.

 Beliau turut menuntut pampasan kerana mendakwa hak perlembagaannya digugat dan  dicabuli.