• Khairy tak setuju peluang kedua Nur Fitri Twitter Khairy yang mengulas tentang tajaan Mara Nur Fitri.
1 / 1
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamalludin berpendapat Nur Fitri Azmeer Nordin tidak perlu diberikan tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Melalui laman mikro Twitternya, Khairy berkata Nur Fitri boleh usahakan peluang keduanya sendiri.

"Selepas menjalani hukuman penjara & pemulihan yang panjang paedo boleh usahakan peluang kedua sendiri. Tak perlu tajaan Mara dan lain-lain," kata Khairy hari ini.

Sementara itu, sebuah hastag #NoSecondChance (tiada peluang kedua) yang ditujukan kepada kes Nur Fitri mula trending secara meluas dan menarik perhatian pengguna laman sosial.

"Satu patung bersaiz kanak-kanak lelaki ditemui di bilik Nur Fitri. Dia sakit. Dia perlukan bantuan psikiatrik dan penjara, bukan biasiswa! #NoSecondChance," kata Ing.

"Kes Nur Fitri menunjukkan bahawa tak kisah anda genius dan bagus dalam pelajaran, jika iman lemah, tiada apa yang hendak dibanggakan," kata Husna Nasser.

"Kalau Mara bagi peluang kedua kepada Nur Fitri, mereka patut lakukan benda sama kepada pelajar lain yang gagal dan dibuang pengajian," kata Huz.