•  Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan
1 / 1
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom perlu bertindak demi menangani permasalahan integriti yang wujud dalam Lembaga Tabung Haji (TH).

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Amidi Abdul Manan berkata, Jamil Khir selaku individu yang diberikan kuasa mengikut Akta Tabung Haji 1995 layak mengambil langkah memecat pengerusi atau mana-mana ahli lembaga pengarah TH.

"Tuntutan ini adalah bertepatan dengan kuasa yang diberikan kepada beliau (Jamil Khir) mengikut akta yang ditetapkan. Adalah terletak sepenuhnya dibawah bidang kuasa beliau, baik untuk meluluskan cadangan pelaburan Seksyen 4 (3) dan 20 (2), pelantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah Seksyen 6(1).

"... Bahkan untuk memecat pengerusi dan ahli lembaga pengarah 6 (5) serta memastikan tidak wujudnya percanggahan kepentingan mana-mana ahli lembaga pengarah TH sepertimana yang dinyatakan dalam peruntukan Seksyen (9)," katanya selepas sesi penyerahan Memorandum 'Selamatkan Tabung Haji Yang Dimiliki Umat' kepada pemangku  Ketua Pegawai Operasi TH, Adi Azuan Abdul Ghani hari ini.

Abdul Azeez sebelum ini menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan desakan supaya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Tabung Haji yang disandang sejak 2013.

Menurut Abdul Azeez, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh merugikan TH.

Artikel berkaitan: 'Abdul Azeez: Saya tidak akan letak jawatan' ‎Tambah Amidi lagi, integriti TH yang tercalar kini perlu dibersihkan dari sebarang bentuk manipulasi 1MDB.

Ia bagi mengembalikan keyakinan pendeposit serta mengelakkan insiden seperti konflik kepentingan berulang kembali dalam transaksi TH di masa-masa akan datang.

"Semua pihak yang terlibat dalam urus tadbir TH harus mengurus amanah berdasarkan kepada objektif utama penubuhan TH demi meringankan bebanan umat Islam untuk mengerjakan ibadat fardu Haji.

"Kecekapan urus tadbir TH juga perlu dipertingkat bagi mengembalikan keyakinan pendeposit," katanya lagi.