Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ISU GST BANYAK MEMBANTU UNDI PKR DI PERMATANG PAUH

Pemuda Umno akui isu Felda, GST beri kesan
  • Pemuda Umno akui isu Felda, GST beri kesan Shahar (dua, kiri) mengucapkan tahniah kepada calon BN PRK Parlimen Rompin, Datuk Hasan Arifin selepas beliau berjaya menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad, Selasa lalu.
1 / 1
ROMPIN – Pemuda Umno Pahang mengakui isu Felda dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sememangnya dekat dengan hati anak muda yang memberi kesan kepada majoriti diperoleh BN pada PRK Parlimen Rompin, Selasa lalu.

Ketua Pemuda Umno Pahang, Mohd Shahar Abdullah berkata, Pemuda perlu melihat kembali strategi dalam memberi kefahaman kepada anak muda mengenai kedua-dua isu itu yang juga menjadi isu di peringkat nasional.

Namun begitu, katanya, BN tetap berjaya memperoleh majoriti selesa iaitu 8,895 undi walaupun jumlah tersebut mencatatkan penurunan berbanding PRU13 lalu sebanyak 15,114 undi.

“Kita telah melihat wujud dicelah-celah tempoh berkempen banyak isu timbul yang memerlukan jentera, terutama Pemuda tampil memberikan penjelasan yang akhirnya sebahagian pengundi muda memahami seterusnya memberikan sokongan.

“Kita juga mengakui isu Felda dan GST banyak memberikan kesan kepada kemerosotan sokongan. Oleh sebab itu kita akan melihat kembali beberapa isu ini dan merangka strategi bagaimana cara memberi kefahaman kepada mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Paya Besar turut menegaskan akan memperhebatkan jentera di semua peringkat dan bahagian dalam menghadapi serangan pembangkang.

“Berdasarkan kajian awal pada PRK Parlimen Rompin lalu, kita mengambil keputusan untuk memperhebatkan lagi jentera Pemuda di semua peringkat dan bahagian supaya dapat menangkis sebarang isu yang dibawa parti pembangkang.

“Pengalaman yang dilalui sewaktu PRK Parlimen Rompin baru-baru ini juga akan dijadikan panduan kepada Pemuda pada masa akan datang supaya dapat menangani sebarang isu yang dibangkitkan agar pengundi mendapat penjelasan yang tepat,” katanya.

PRK Parlimen Rompin yang berlangsung Selasa lalu dimenangi calon BN, Datuk Hasan Arifin, menewaskan calon Pas yang juga Ketua Pemuda Pas Pahang, Nazri Ahmad.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Rompin dan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang itu memperoleh 23,796 undi berbanding Nazri yang mendapat 14,901 undi.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis meninggal dunia dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor 4 April lalu yang turut mengorbankan lima mangsa lain
.

2 orang berkata:

lanlah said...

Rakyat Malaysia bukan mahu dengar penerangan. Sebab GsT bukan boleh diselesaikan dengan Penerangan.

lanlah said...

Rakyat Malaysia bukan mahu dengar penerangan. Sebab GsT bukan boleh diselesaikan dengan Penerangan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.